Pages

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH~KE ARAH LEBIH BAIK ...MUNGKIN?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman..............

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua pengunjung  blog ini....Semoga Allah sentiasa memberkati kamu....

Pengertian Awal Muharram
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Awal Muharram atau  Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Di bawah terdapat doa akhir dan awal tahun



Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Semoga tahun baru ini membawa sinar kebaikan kepada diriku....

2 comments:

  1. selamat menyambut maal hijrah

    ReplyDelete
  2. Ana.b...Selamat Menyambut Maal Hijrah semoga Allah memberkati kita di tahun baru ini.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget