Pages

Tuesday, November 27, 2012

Model Kerjaya - Johan Milik Kita

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,  sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan.  Segala yang kau pandang dan dengar, simpan…jadikan pedoman.
Ini adalah 2 orang student tahun
6 yang sanggup membantu aku
dalam menjadi peserta Model Kerjaya. Makluman dan tempoh latihan sangatlah pendek. Aku dan studentku bersama-sama mengumpul maklumat mengenai kerjaya yang kami pilih iaitu Optometris. Setelah itu aku menyiapkan slide show data-data penting dan melatih mereka untuk membuat persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 minit.


Dengan bantuan beberapa orang guru, akhirnya kami bersedia untuk membawa murid-murid ku ke Muar untuk pertandingan peringkat negeri. Bagi kategori sekolah rendah sekolah ku mewakili pertandingan Model Kerjaya, SK Nusa Perintis 1 bagi Motivator Muda dan SJKC Pu Tze bagi Poster Motivasi.



Karnival My Talent Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan membina generasi muda celik minda kerjaya menjelang tahun 2020. Objektif bagi kategori Model Kerjaya pula ialah membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam kerja penyebaran maklumat secara berkesan.
 Hati aku agak yakin sekolahku akan memenangi pertandingan pada mulanya. Dengan strategi 0.1 yang aku gunakan dan bantuan guru-guru lain....aku amat yakin. Selalunya percaturan ku tak salah tetapi bila ada suara yang kurang yakin menyebabkan hati aku mula goyah. Hatiku bertambah berbelah bagi bila aku menyaksikan 9 daerah lain hebat membuat persembahan.
Aku dan Rubi telah bersedia mengemas peralatan kami...melihat cara persembahan daerah ini aku agak mesti johan milik mereka.Pabila daerah Johor Bahru diumumkan sebagai Johan....jantungku berdegup kencang...tanpa ku sedari aku menjerit...Rubiiiii kita menanggggg... Ya..Allah syukur alhamdulillah atas rezekiMu...Qistina dan Arif tahniah ye....Johan memang milik kita....seharusnya aku lebih yakin....




Sunday, November 25, 2012

Program Hati ke Hati - Selamat Bertugas Pada Aku

Assalamualaikum dan salam sayang anak- anak dan teman-teman. Program Jati Diri ~Hati ke Hati peringkat Negeri Johor diadakan di Tiram Indah Village... 3 hari tu.. Nama aku tersenarai sebagai salah seorang urusetia. Happynya.....boleh la beralih angin keluar dari sekolah....Errkkk...tak lah...gurau je...Cikgu-cikgu tahun enam ke USS Singapore, aku akan ke kem ini....Tapi kan bila melihat senarai nama AJK yang terlibat, aku dah tak sabar nak pergi. Ni lubuk ilmu....ramai kaunselor yang hebat-hebat dan penuh ilmu didada....Dapat le aku share untuk meningkatkan diri.


Awal pagi  tiba di kem dan terus membantu dalam kerja-kerja urusetia....pendaftaran peserta, fasilitator dan urusan borang dan fail-fail peserta. Bekerja sambil bergurau dan berbual-bual mengenai masalah manusia membuatkan aktiviti hari itu amat seronok. Ditambah pula dengan kehadiran En Shamsul dan En Husnizar bagi memantau dan membantu anak buah melaksanakan tugas.
Objektif pelaksanaan program ini
adalah untuk :-

1. Membantu murid memperoleh kesedaran mengenai sikap dan tingkah laku.                          2.Memupuk nilai asertif dalam diri murid.                  3.Membina dan mengukuhkan nilai kerohanian dalam diri. 

 4. Membimbing murid agar lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri.    5.Membina keyakinan dalam diri murid. Aku doakan agar semua peserta dapat manfaat daripada program ini.
 
Sepanjang aku berada dikem ini, hati aku sangat teruja dan lega. Dapat melibatkan diri dalam aktiviti bersama murid-murid ini membuat aku lebih faham erti apa itu kemanusiaan......
 

Kejayaan Cemerlang Bersama UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya kata Prof. Datuk Hj. Shahnon Ahmad. Keputusan UPSR 2012 sudah diumumkan...macam biasa ada yang senyum gembira, ada yang menangis duka, ada yang tidak punya apa-apa rasa.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan UPSR di sempurnakan oleh NYD PIBG dan AJK PIBG, En Ajini yang buat pertama kalinya menyediakan kain selempang kaler oren bagi murid cemerlang 5A. Thanks ye En Ajini...membuat satu pembaharuan.

Ini ialah barisan 30 orang murid SK Sri Skudai yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Mereka menyebabkan Tuan Guru Besar tidak dapat hadir pada majlis hari itu kerana terpaksa menghadirkan diri ke Majlis Menerima Anugerah Bagi Sekolah Cemerlang Daerah Johor Bahru.
  Tahniah cikgu ucapkan pada yang berjaya dan bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, cikgu harap jangan la berputus asa.Dari jauh cikgu lihat ada murid yang mendapat 4A sangat sugul wajahnya.. Iyala...hanya 1A tidak dapat ......

Tahniah juga buat penyelaras tahun 6 dan semua guru tahun 6 yang bertungkus lumus untuk mendapatkan peratus 94 bagi UPSR 2012. Tiada sorang murid yang mendapat gred E dan hanya seorang murid gagal bagi setiap subjek kecuali English 7 orang.

 Kegembiraan ibubapa terserlah hari itu....Tahniah ye...Debaran menanti keputusan sudah berlalu dan kini hanya masa untuk memenuhi janji untuk anak-anak yang berjaya ini....Hari ini aku lihat terlalu ramai yang tersenyum lebar....aku pun kerana ini adalah keputusan yang terbaik sepanjang aku berada di sekolah ini.

Wednesday, October 3, 2012

Adam Dan Hawa....


Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Dah tak boleh buat kerja selagi tak tengok cite ni kat Astro. Bermula aje episod satu....cerita Adam dan Hawa ni dah menawan hati aku...At least bila dapat bertemu ngan Adam Mukriz dan Ain Hawani....segala kepenatan reda.

Bila tau ia adalah adaptasi novel...apa lagi aku ngan Ain Afina anakku yang minat juga membaca novel  terus ke MPH..Kawan-kawan dah bagitau yang buku tu dah sold out...ada yang nak bagi pinjam tapi aku lebih suka beli...bagi memenuhi rak buku  aku...Sampai di kedai buku, aku lihat rak buku Adam dan Hawa kosong.....betul la mmg dah takde Ain buku tu...aku bagitau anakku...Mata aku masih meliar mencari....mana la tau ada...tapi hampa. Memang rezeki Allah tidak diduga...aku dihampiri oleh seorang adik manis yang berbaju kurung biru...Akak cari buku Adam dan Hawa ye? Soal dia seperti boleh membaca fikiranku..Tadi saya ada nampak sebuah dekat rak belakang sana...Aku bergegas ke rak yang dimaksudkan....memang ada...sebuah di letak di rak buku-buku rujukan SPM...Alhamdulillah dapat aku baca karya kreatif ni.Aku memang  appreciate orang-orang yang kreatif ni. Aku terus mencari adik tadi....Adik, nama siapa? Farah. Buat Farah, kalau terbaca blog akak....thanks ye.Cerita yang diolah oleh Erma Fatima pula hampir sama dengan cerita novelnya.Apa yang buat aku suka ialah semua pelakon sangat hidup lakonannya....of coz le Am...Sangat bersahaja...dan bakat baru Ain Hawani.....Lakonan yang sungguh berkesan....Tak sabar hendak tunggu 80 episod.....walaupun buku nya telah habis dibaca.....setiap malam mesti tunggu Am dan Ain...Hubby ku pun dah tau.....bila aku maklumkan yang pelakon citer ni best2...Dia kata ye la Aaron Aziz tu....Tak la bang..bukan sebab Aaron....memang semua pelakonnya real...
Lagipun....saya kan dah ada Adam Mukriz saya.... :)

Tuesday, October 2, 2012

SPLG - Mana Kad Biru Saya...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........Sistem Pengurusan Latihan Guru http://apps.moe.gov.my/splg  Cikgu-cikgu sila lengkapkan ye...






 
Ha....hambik....berterabur kad-kad biru kat depan aku.....Berebut-rebut aku tengok cikgu ni mencari kad masing-masing. Cam sales kat Jusco plak....hihihihi.....Jangan gabra cikgu...walaupun aku sebagai setiausaha LDP yang dah nak rasa demam...


Mula-mula cikgu klik pada Modul Individu. Masuk le ID cikgu iaitu No IC.....ha...senang kan....No IC sure le ingat takkan tak ingat kot.Pas tu lengkapkan soal selidik TNA. Pun senang je soalannya.....soalan Add Maths lagi susah. Klik...klik...klik....Senangkan !!!!

Ada soalan tak? Ustaz dah senyum tu kira dah faham la kan....Jangan lupa step seterusnya ialah kemaskini e-profil...Pastikan Profil Individu 1 tau.... Ala ...kat sini cite le kelulusan apa, pengalaman bekerja, anugerah perkhidmatan dan sumbangan kalau cikgu ada menyumbang....hihihihihi....
Last sekali daftar kehadiran kursus luar pula..... (KKL). Sabar tau....kalau sistem tidak dapat ditembusi......Okey....faham semua.....Wow...semua nampak OK...Aku sebagai SU LDP tersangat happy sebab hanya beberapa jam taklimat semua sudah menguasai........Malam ni leh la aku tidur lena......Lagu Adam dan  Hawa berbunyi lewat tengah malam.....aku dalam sedar tak sedar bangun......Isshhhhh......Aaron Aziz ni....Zam......tolong akak...camna ni tak leh nak wat le SPLG....Tak leh ye kak..takpe saya terangkan semula...Huwaaaaaaaaa! Tangisan ku di tengah malam!!!!!    ; (


Seminar Keselamatan Kanak-kanak...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yg menyebabkan benih dapat disemai. Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapa dan guru bagaimana dan cara hendak mencorak,mewarna, membentuk kanak-kanak tersebut sama ada nak jadi Nasrani, Majusi atau Yahudi.
Cikgu kaunseling dan cikgu disiplin perlu menghadiri Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga.Seminar ini amat bagus kerana yang berkongsi ilmu ialah wakil JKM, PDRM dan doktor.

Ruang yang terbuka agak panas tapi oleh kerana banyak input yang diterima maka aku dan Kak Ton duduk mendengar apa yang disampaikan.Sesekali kami berbisik dan bercerita tentang tugas masing-masing. Bila diberi rehat, kami terus mencuci mata di kedai berhampiran sambil minum Coolblog...waduh nyaman betul.Aku dan Kak Ton tidak melepaskan peluang melihat pameran.....Wah! banyak broshur / pamplet untuk aku bawa balik ke bilik kaunseling aku.
Rata-rata bahan pameran berkisar mengenai gejala sosial yang melanda manusia sekarang. Aku selalu rasa manusia sekarang jadi begitu kerana otak sudah rosak kerana banyak makan jajan... Ini Kak Ton....akak yang baik hati dan suka betul ketawa....Tempat saya bertukar-tukar idea.Ni dia sedang mengumpul semuaaaaa broshur kat booth pameran....Akak nak letak dalam bilik kaunseling akak....Heheheheh.....saya pun nak kumpul gak la....akak.
 

Wednesday, September 26, 2012

Hoi...Nasi Goreng...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Sebelum kita merungut tentang rasa makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Pertandingan memasak Unit Beruniform selesai sudah...Ada nasi goreng yang rasanya amat mabelos seperti restoran tersohor...ada yang masin, ada pula yang tak cukup perasa...
Semasa cikgu-cikgu mengemas, Cikgu Jiha mencadangkan agar cikgu masak nasi goreng untuk dimakan bersama-sama....Wow! Great cadangan tu..dapat le merasa nasi goreng sedap kawan-kawan.Mesti la seluruh dunia akui
bahawa chef yang paling baik ialah kaum lelaki.So cikgu lelaki start menyediakan bahan-bahan...Nampak semangat le diaorang menggoreng nasi....Hahahahahha....tapi ada aje yang datang menambah keriuhan dapur masterchef.
 
Jemput makan Kak Zam...lembut je suara tukang masak.....Hehehehe ini ler hasilnya nasi goreng....Sedap...memang sedap!!! Alhamdulillah kenyang....

Sunday, September 23, 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Negaraku Malaysia


Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Kemenangan sejati bukanlah kerana kita tidak pernah kalah, namun ia kerana kita sanggup bangun semula setiap kali kita jatuh... (Confucius)

Aku percaya semua sekolah pasti melaksanakan program penutup bagi bulan kemerdekaan....Seperti rutin setiap tahun, murid-murid tahu apa peralatan yang perlu ada....tentu la benderakan...daripada sebesar-besar hingga sekecil-kecil bendera...Aku lihat ada juga murid yang tidak ceria hari tu....tu la tak bawa bendera kan...Mujur ada guru yang prihatin yang ada banyak stok bendera bagi pinjam....Baik kan cikgu tu...

Happy gile muka budak-budak kecil ni...tu gambar murid tahun satu. Aku dok perati....budak-budak ni happy sebab apa eh...
a) sebab dia rakyat Malaysia
b) Boleh hayun bendera kiri kanan
c) Boleh nyanyi lagu Jalur Gemilang kuat-kuat
Kalau aku dulu.... aku memang seronok....sebab bendera aku dulu dalam batangnya ada gula-gula warna warni....errrkkkk ...jawapan tiada dalam pilihan diatas le plak. hehehehe

Tak sah la majlis penutup kalau tiada persembahan. Murid-murid pelbagai kaum naik atas pentas mendeklamasikan sajak....Best la...pandai cikgu yang membimbing budak-budak ni....Ternganga mulut murid-murid tahun satu dok tengok kakak dan abang mereka beraksi.


Dari aku kecil, school aku ada berbagai kaum...pan-asia pun ada..lagi la aku sekolah convent....Mak kata kalau aku nak pandai English kene gi sekolah tu....So...kita sebagai rakyat Malaysia perlu la saling hormat menghormati antara satu sama lain...Jiran aku cina....semalam dia bagi aku sebag limau kasturi....aku plak bagi sebag buah mempelam.....Hehehhehe.....1 Malaysia!!!!Selamat Hari Malaysia buat my best friend Jasmine Bt Seman....anak kacukan Cina Melayu...



 

Demi Malaysia Yang Tercinta.

 
 
Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Sebagaimana aku tidak mahu menjadi budak, aku juga tidak ingin menjadi tuan. Inilah pernyataanku tentang idea demokrasi.
Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik koir/solo diadakan baru-baru ini. Aku turun ke dewan setelah tugas di bilik kaunseling selesai. Hanya ingin melihat bakat dan keyakinan diri anak-anak beraksi di atas pentas.
Suara merdu dengan pilihan lagu patriotik yang tepat menyebabkan juri menjadi serba salah memilih juara. Aku lihat guru kelas turut sama memberi sokongan pada kelas masing-masing.Pak Chik pekerja sekolah pun nampaknya berminat mendengar alunan merdu suara bebudak ni.

Ramai guru-guru yang seronok mendengar nyanyian solo lagu patriotik........sangat best..tahniah la ye untuk guru yang rajin meluangkan masa melatih anak-anak didik... Apa pun bulan kemerdekaan sudah sampai ke penghujungnya...Aku keluar dari dewan dan berfikir...sudah merdeka sepenuhnyakah aku....Sudah ke belum????Baru pagi tadi sibuk mencari bendera buat anak kecil ku....Sorry ye adik..

Wednesday, September 12, 2012

Salam Aidil Fitri .......drpada warga SK Sri Skudai

Assalamualaikum... salam sayang anak-anak dan teman-teman....Salam lebaran buat semua daripada seluruh warga SK Sri Skudai.
 
 

Semoga diberkati di Aidil Fitri...Biar pic dibawah menceritakan suasana pada hari itu..
 
 
 

Monday, September 10, 2012

UPSR- Tawakal Seorang Ibu.

Assalamualaikum  dan salam sayang anak-anak...Ibu yang baik tak pernah berhenti belajar untuk menjadikan anak dan keluarganya menjadi lebih baik.
Ibu-ibu yang anak mereka berada di dewan peperiksaan masih berusaha keras memohon daripada Allah demi kejayaan anak-anak.Berbulan-bulan bersama berusaha dengan anak...hari ini debaran ibu lebih kuat terasa. 


Aku pasti naluri keibuan akan menyebabkan sang ibu tidak berputus asa.... Amalan ini boleh dibuat dimana saja ibu berada...

Semasa anak-anak sedang berada di dalam dewan peperiksaan....ibu-ibu boleh la melakukan amalan ini...
1. Ambil wuduk
2.Mengadap kiblat
3.Baca Syahadah - 3 kali
4.Al -Fatihah 10 kali
5. 3 Qul - 1 kali
6.Surah  Insyirah - 1 kali
7. Selawat Atas Nabi - 10 kali
8.Baca Surah Yassin - 1 kali
9.Baca Surah Insyirah - 100 kali
10.Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang...Insyaallah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails