Pages

Wednesday, September 26, 2012

Hoi...Nasi Goreng...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Sebelum kita merungut tentang rasa makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Pertandingan memasak Unit Beruniform selesai sudah...Ada nasi goreng yang rasanya amat mabelos seperti restoran tersohor...ada yang masin, ada pula yang tak cukup perasa...
Semasa cikgu-cikgu mengemas, Cikgu Jiha mencadangkan agar cikgu masak nasi goreng untuk dimakan bersama-sama....Wow! Great cadangan tu..dapat le merasa nasi goreng sedap kawan-kawan.Mesti la seluruh dunia akui
bahawa chef yang paling baik ialah kaum lelaki.So cikgu lelaki start menyediakan bahan-bahan...Nampak semangat le diaorang menggoreng nasi....Hahahahahha....tapi ada aje yang datang menambah keriuhan dapur masterchef.
 
Jemput makan Kak Zam...lembut je suara tukang masak.....Hehehehe ini ler hasilnya nasi goreng....Sedap...memang sedap!!! Alhamdulillah kenyang....

Sunday, September 23, 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Negaraku Malaysia


Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Kemenangan sejati bukanlah kerana kita tidak pernah kalah, namun ia kerana kita sanggup bangun semula setiap kali kita jatuh... (Confucius)

Aku percaya semua sekolah pasti melaksanakan program penutup bagi bulan kemerdekaan....Seperti rutin setiap tahun, murid-murid tahu apa peralatan yang perlu ada....tentu la benderakan...daripada sebesar-besar hingga sekecil-kecil bendera...Aku lihat ada juga murid yang tidak ceria hari tu....tu la tak bawa bendera kan...Mujur ada guru yang prihatin yang ada banyak stok bendera bagi pinjam....Baik kan cikgu tu...

Happy gile muka budak-budak kecil ni...tu gambar murid tahun satu. Aku dok perati....budak-budak ni happy sebab apa eh...
a) sebab dia rakyat Malaysia
b) Boleh hayun bendera kiri kanan
c) Boleh nyanyi lagu Jalur Gemilang kuat-kuat
Kalau aku dulu.... aku memang seronok....sebab bendera aku dulu dalam batangnya ada gula-gula warna warni....errrkkkk ...jawapan tiada dalam pilihan diatas le plak. hehehehe

Tak sah la majlis penutup kalau tiada persembahan. Murid-murid pelbagai kaum naik atas pentas mendeklamasikan sajak....Best la...pandai cikgu yang membimbing budak-budak ni....Ternganga mulut murid-murid tahun satu dok tengok kakak dan abang mereka beraksi.


Dari aku kecil, school aku ada berbagai kaum...pan-asia pun ada..lagi la aku sekolah convent....Mak kata kalau aku nak pandai English kene gi sekolah tu....So...kita sebagai rakyat Malaysia perlu la saling hormat menghormati antara satu sama lain...Jiran aku cina....semalam dia bagi aku sebag limau kasturi....aku plak bagi sebag buah mempelam.....Hehehhehe.....1 Malaysia!!!!Selamat Hari Malaysia buat my best friend Jasmine Bt Seman....anak kacukan Cina Melayu...



 

Demi Malaysia Yang Tercinta.

 
 
Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Sebagaimana aku tidak mahu menjadi budak, aku juga tidak ingin menjadi tuan. Inilah pernyataanku tentang idea demokrasi.
Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik koir/solo diadakan baru-baru ini. Aku turun ke dewan setelah tugas di bilik kaunseling selesai. Hanya ingin melihat bakat dan keyakinan diri anak-anak beraksi di atas pentas.
Suara merdu dengan pilihan lagu patriotik yang tepat menyebabkan juri menjadi serba salah memilih juara. Aku lihat guru kelas turut sama memberi sokongan pada kelas masing-masing.Pak Chik pekerja sekolah pun nampaknya berminat mendengar alunan merdu suara bebudak ni.

Ramai guru-guru yang seronok mendengar nyanyian solo lagu patriotik........sangat best..tahniah la ye untuk guru yang rajin meluangkan masa melatih anak-anak didik... Apa pun bulan kemerdekaan sudah sampai ke penghujungnya...Aku keluar dari dewan dan berfikir...sudah merdeka sepenuhnyakah aku....Sudah ke belum????Baru pagi tadi sibuk mencari bendera buat anak kecil ku....Sorry ye adik..

Wednesday, September 12, 2012

Salam Aidil Fitri .......drpada warga SK Sri Skudai

Assalamualaikum... salam sayang anak-anak dan teman-teman....Salam lebaran buat semua daripada seluruh warga SK Sri Skudai.
 
 

Semoga diberkati di Aidil Fitri...Biar pic dibawah menceritakan suasana pada hari itu..
 
 
 

Monday, September 10, 2012

UPSR- Tawakal Seorang Ibu.

Assalamualaikum  dan salam sayang anak-anak...Ibu yang baik tak pernah berhenti belajar untuk menjadikan anak dan keluarganya menjadi lebih baik.
Ibu-ibu yang anak mereka berada di dewan peperiksaan masih berusaha keras memohon daripada Allah demi kejayaan anak-anak.Berbulan-bulan bersama berusaha dengan anak...hari ini debaran ibu lebih kuat terasa. 


Aku pasti naluri keibuan akan menyebabkan sang ibu tidak berputus asa.... Amalan ini boleh dibuat dimana saja ibu berada...

Semasa anak-anak sedang berada di dalam dewan peperiksaan....ibu-ibu boleh la melakukan amalan ini...
1. Ambil wuduk
2.Mengadap kiblat
3.Baca Syahadah - 3 kali
4.Al -Fatihah 10 kali
5. 3 Qul - 1 kali
6.Surah  Insyirah - 1 kali
7. Selawat Atas Nabi - 10 kali
8.Baca Surah Yassin - 1 kali
9.Baca Surah Insyirah - 100 kali
10.Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang...Insyaallah..


UPSR- Titipan Ikhlas Seorang Bapa...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....“Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.”
Kadangkala kita sering berputus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.
Tenang.... Ingat kembali kata-kata ini, sekiranya kita bersedia menerima kejayaan dan bersedia juga untuk kegagalan kita dan berusaha untuk memperbaikinya dan menjadi lebih maju lagi!!

video

Harapan seorang yang bernama ayah sangat tinggi....Aku kagum dengan seorang bapa yang sanggup bercuti dan berada di sekolah untuk menemani anaknya sejak peperiksaan percubaan lagi...Hari ini aku lihat dia lagi....Alhamdulillah semoga berkat kesungguhan bapa tadi anaknya mendapat kejayaan yang cemerlang. Al-Fatihah buat bapa ku...walaupun dia tidak sempat bersama dalam setiap kejayaanku....sebagai seorang anak, aku amat berpuas hati kerana dapat membawa namanya setiap kali nama ku diumum untuk mendapat anugerah....

UPSR...Semoga Berjaya Anak-Anakku!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...“Today is not a good day to give up”
Berfikirlah positif bahawa hari ini bukanlah hari untuk berputus asa
kerana menurut orang yang sudah berjaya, jalan menuju ke arah kejayaan memang akan membuat orang rasa untuk berputus asa.
Sebentar lagi semua calon UPSR seluruh Malaysia akan melangkah masuk dewan peperiksaan....Hanya kiriman doa untuk mereka agar dapat menjawab soalan dengan tenang.



Pengalaman pertama berada dalam dewan peperiksaan bagi anak kecil ini pasti mendebarkan.Kami guru-guru dan seluruh warga SK Sri Skudai berdoa agar kamu diberi kekuatan untuk mengharungi tempoh peperiksaan dan dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Good Luck !!!!!Cikgu kaunseling sayang kamu...

Friday, September 7, 2012

Saya Ada Kawan Baru.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah dia mendalami ilmunya kerana tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.Seseorang itu yang memiliki ilmu perlulah memahaminya dengan mendalam seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan ajarkanlah ilmu itu pada segenap insan agar ilmu tersebut tidak hilang. (Buku Gen-Q).Haaa... tu dia amanah bagi orang yang berilmu. GPK Kurikulum beritahu tadi...aku diminta membimbing seorang guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling. 
Suka...aku dapat kawan baru. Namanya Siti Fatimah...nama manja yang aku panggil ialah Ema...seorang ibu muda yang aku lihat begitu gigih menuntut ilmu walaupun ada anak kecil..
Melihat dirinya seperti melihat diriku sewaktu menjadi guru pelatih suatu masa dahulu.....Aku jadi begitu bersemangat berkongsi ilmu dengannya walaupun aku ni masih lagi dalam tahap mengumpul ilmu. Kami bersama-sama melaksanakan program dan saling bertukar-tukar idea...Alhamdulillah sepanjang 2 minggu Ramadan aku punya teman di bilik ku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget