Pages

Friday, September 7, 2012

Saya Ada Kawan Baru.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah dia mendalami ilmunya kerana tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.Seseorang itu yang memiliki ilmu perlulah memahaminya dengan mendalam seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan ajarkanlah ilmu itu pada segenap insan agar ilmu tersebut tidak hilang. (Buku Gen-Q).Haaa... tu dia amanah bagi orang yang berilmu. GPK Kurikulum beritahu tadi...aku diminta membimbing seorang guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling. 
Suka...aku dapat kawan baru. Namanya Siti Fatimah...nama manja yang aku panggil ialah Ema...seorang ibu muda yang aku lihat begitu gigih menuntut ilmu walaupun ada anak kecil..
Melihat dirinya seperti melihat diriku sewaktu menjadi guru pelatih suatu masa dahulu.....Aku jadi begitu bersemangat berkongsi ilmu dengannya walaupun aku ni masih lagi dalam tahap mengumpul ilmu. Kami bersama-sama melaksanakan program dan saling bertukar-tukar idea...Alhamdulillah sepanjang 2 minggu Ramadan aku punya teman di bilik ku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails