Pages

Thursday, February 28, 2013

Art Therapy..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.Kenali kekurangan diri sendiri agar tidak sombong dan ketahui kelebihan diri sendiri agar tidak rendah diri.
Hari ini cikgu kaunseling nak ajak semua melukis dan mewarna...Ramai cikgu tengok masih malu-malu untuk bercakap walaupun kita sudah bersekolah masuk bulan kedua. Cikgu nampak semuanya seronok mewarna dan melukis. Sampai meniarap pun ada...Cutekan! Ada juga yang sangat kreatif mewarnakan muka kaler biru...hijau...takpe la janji kamu luah apa yang ada dalam minda kamu.
Ini ialah art therapy.Biasanya terapi ni digunakan bila ada cikgu mengadu ada murid yang sukar untuk meluahkan perasaan, tidak mahu bercakap, suka  memendam rasa dan sangat pendiam. Jadi,  art therapy ini sangat sesuai digunakan. Murid diberi kebebasan untuk melukis apa saja yang lahir dari minda.Cikgu kaunseling mulakan dengan aktiviti kaler-kaler dulu. Apabila kita nilai lukisan mereka, terhasilnya luahan emosi mereka yang kita boleh baca..




 
 

Sunday, February 3, 2013

Wajah- Wajah Baru SK Sri Skudai

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.
 

Murid baru datang lagi....Selamat datang anak-anak comel...Tahun ini cikgu kaunseling tak ada anak yang jadi murid baru..Murid baru ni layanan harus lebih...Maklumlah baruuu....Jom ikut cikgu kaunseling makan di kantin....Kene ajar adab makan...doanya...jangan makan bersepah-sepah.Cara nak membeli makanan...cara nak simpan pinggan dan cawan selepas makan...Abang kantin pun tau nak bersabar dengan murid baru...cikgu lagi la bolehkan...
 

Guru Disiplin pula menjadi gang dengan murid baru...Memang kene tunjuk garang agar murid-murid baru berdisiplin.Kena bimbing murid-murid cara nak beratur dengan betul. Tatacara semasa perhimpunan..Peraturan sekolah mesti ikut jangan dilanggar. Setiap hari Isnin, Unit Disiplin mengadakan satu slot bagi mengukuhkan budaya disiplin sekolah.
Walaubagaimana pun minggu-minggu yang agak penat.....menguruskan anak-anak comel baru.Sudah nampak 3 orang murid baru yang memerlukan khidmat kaunseling..Sorang tak berenti-renti melalak...dua lagi tak mau duduk diam....asyik keluar kelas....Semoga kita ikhlas dalam kerja kita...Mak cikgu kaunseling pesan kalau kita ikhlas....nanti anak kita pandai.....Semua nak anak pandaikan...so jom ikhlaskan hati dan siapkan kerja dan tanggungjawab kita.....
 
 

Saturday, February 2, 2013

Banjir Melanda Lagi...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.........   Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim
Seronok jadi orang pantai timur....dapat merasa pengalaman banjir setiap hujung tahun. Walaupun banyak masalah yang timbul akibat dek banjir...tetapi semasa ini banyak sifat kemanusiaan terserlah dijiwa insan.Saling bantu membantu...sangat prihatin....Biasalah anak-anak....agenda utama balik kampung...tentu lah nak main banjir...Sepanjang jalan pulang ke Terengganu aku tunjukkan rumah-rumah yang ditenggelami air sambil memberi ceramah motivasi percuma.....boring je aku tengok muka mereka...hehehee.
 Ini rumah mak mertua aku semasa air mula naik..Anak-anak teringin lagi main banjir tapi apakan daya aku ada mesyuarat esok...Oleh kerana bimbang terkandas...kami bertolak awal....terlepas hasrat hubby nak makan ikan sungai...
Terima kasih mak sebab hidangkan ubi rebus cicah kelapa.....makanan rasmi waktu hujan banjir. Ubi ni beli masa gi tengok banjir....Ramai orang yang menjala ikan so banyak juga yang menjual ikan sungai.Jom balik Johor.....Minta diri dulu....
 

Bilik Kaunseling Baru - Part 1

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak....   Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
Aku dapat bilik kaunseling baru....lebih besar dan lebih luas.
Terima kasih Guru Besar sebab sudi memberi Unit Bimbingan dan Kaunseling bilik baru. Hasil pemantauan tahun lepas, Guru Besar meminta aku supaya berusaha lagi bagi meningkatkan pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. So dapat la aku sebuah bilik yang luas dan otak aku dah start berangan cara nak cantikkan bilik ini.
Hati aku happy but tau la kan....kerja memindah ni banyak. Nak siapkan mengecat, nak angkat perabot, nak siapkan papan kenyataan, nak siapkan bilik kaunseling individu, kaunseling kelompok, sudut-sudut.......ermmmm...dengar je dah rasa penat....tapi selagi ada kemahuan aku akan cuba buat....so Guru Besar....u jangan risau ye...hujung bulan Februari..insya Allah siap..

Kerja sangat banyak so aku dah start wat plan....tengok apa yang boleh dibuat dulu....semoga hubby tersayang sanggup membantu merealisasikan impian aku untuk menyiapkan sebuah klinik kaunseling yang sangat kondusif.

Bollywood and Arabian Nite...Wohoaaa!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman..."Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan beritahu semua yang kamu dengar."

 
Malam jamuan yang memerlukan pakaian semua mengikut tema yang ditetapkan.Tema - Arabian n Bollywood Nite.Sangat cantik dan bergaya teman-teman aku pada malam itu. Tema telah menyuntik aura bagi semua.Sebagai MC pada malam itu...aku tak punya banyak masa untuk bersama dengan gang..menikmati makanan yang lazat pun dalam masa yang pendek...Biasalah bila ada jamuan begini beberapa perkara perlu dianalisa:
1. Food-sedapp..banyak..../
2. Majoriti pakaian mengikut tema./
3.Hadiah cabutan bertuah - best tapi biasa lah aku tak pernah bertuah hihihihi../
4.Pengisian - games/persembahan semua menjurus ke arah mengeratkan silaturahim./
5. Door Gift yang cute../
 
Apapun tahniah pada yang mendapat hadiah cabutan bertuah...bagi yang tidak....mungkin bukan rezeki kita...Aku pun tak dapat apa-apa....huwaaaaaa...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget