Pages

Tuesday, June 28, 2011

Wad ICU - Boleh Sembuh?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......whooooshhhhhh......nak buang habuk kat sini.....lamanya tak menulis....tapi apa kan daya......
Secara tetiba ada virus baru menyerang.....cikgu kaunseling menerima timbunan borang rujukan murid yang bermasalah dalam aspek tanggungjawab diri terhadap kerja rumah yang diberi. Tak siap?
Berbagai usaha dah cikgu-cikgu lakukan
 untuk murid lebih bertanggungjawab
Alasan yang diberi  menggunakan ayat yang sangat power....kalau sekali dua mungkin cikgu-cikgu boleh terima tapi kalau dah banyak kali......cikgu-cikgu rasa diri tidak dihargai.....Makan jajan cikades banyak sangat kah? Kalau penat, kawan yang lain penat juga. Kalau tak cukup masa, kawan lain pun ada 24 jam yang sama. Kalau tak faham, kawan lain yang tak faham berusaha gigih. Dalam class diwujudkan meja bersebelahan dengan meja guru.....ni dipanggil wad ICU. Kalau ada murid yang selalu tidak siap kerja rumah, di sini la dia duduk sehingga dia berubah dan cikgu pun boleh memantaunya supaya tidak membuang masa semasa dalam class. Bila sudah pulih, murid ini akan kembali ke meja asal.....murid lain yang "sakit"pula duduk di meja ICU ini. Suatu hari aku lalu di sebuah class, ada seorang murid yang selalu sangat tidak siap kerja rumah berada dalam class ini. Semasa aku lalu aku lihat wad ICU class itu kosong. Wah! bagus....mungkin murid ini sudah berubah sikap ke arah lebih bertanggung jawab. Sampai di blok bilik kaunseling, aku disapa oleh murid ini.....cikgu....canteek tudung.....pujinya sambil tersenyum. Aku senyum balik. Kami berjalan beriring sambil berbual-bual sehingga ke classnya....dia masuk dan terus ke arah meja.......wad ICU......la...belum pulih lagi rupanya.
Mungkin sesi ulangan perlu untuk murid ini......cikgu kaunseling perlu berusaha lagi....

Wednesday, June 8, 2011

Bila Mata Tak Mengantuk...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......hari sudah malam tapi mata belum mengantuk....Suasana sangat sunyi....hanya kedengaran suara lagu dari siaran radio Sinar FM....angin sejuk tiba-tiba meniup...mungkin hujan diluar. Betul hujan...ada bunyi titik-titik air jatuh.....Takde siaran menarik di Astro....rakan FB semua sudah lama dibuai mimpi. Kerja masih banyak tapi hati tak mau menyiapkan dulu....eh.eh..eh...sikap tidak bagus...suka menangguhkan kerja. Bangun berjalan ke dapur....dua sudu besar milo + susu panas + beberapa keping biskut....sedapnya....masih mengadap blog...mencari idea....


Mata masih belum mengantuk. Mengapa agaknya mata ni tak mau tidur....tiba-tiba teringat cerita Karak (KRU) yang ditonton baru-baru ni.....seram la plak....tapi aku tidak berada di jalanraya so tak payah ler takut. Kan dalam rumah.....tapi semua orang dah tidur...kira aku sorang-sorang ni....Mata mengapa tak mau tidur? Tiba-tiba dari celah langsir mata terlihat sesuatu berambut panjang duduk di atas kereta...seramnya....tangan cepat-cepat menutup suis laptop....
Ek.... eleh...bila dah takut....ekor kucing parsi aku, pun nampak cam rambut nenek tua....Apa pun aku memang agak seram lebih-lebih lagi aku tahu ada mende paranormal itu.....aku pernah nampak....betul-betul disebelah rumah mak......
Ingin berkongsi....kurangnya waktu tidur bukan hanya mempercepatkan proses penuaan tetapi juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, diabetes dan hilang ingatan....(Eve Van Center)
Bila mata tak mengantuk..... aku perlu bangun....menunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Esa......


IKLAN MASA CUTI
Walaupun tak cantik.... cuti ni mama buat utk kamu....
selalu kita beli aje kat kantin RM1.00 utk 3 keping

Monday, June 6, 2011

Tandas...Harum!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Masih bercuti sakan yek....wah.....ramai yang makan angin dan cuti-cuti Malaysia. Apa pun semoga gembira menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Lepas ni dah busy balik....kerja.....kerja.....belajar.....belajar.....Tentu seronok bila sekali sekala kita keluar dari rumah, dari tempat rutin untuk menikmati sesuatu yang baru. Bessst tu!!!!Apa pun dan walau dimana pun kalian berada semoga happy la yer. Cikgu kaunseling hanya nak share satu perkara aje hari ini. Bila dah travel tentu la dalam perjalanan tu nak stop kejap kan. Bersolat, makan/minum dan yang penting menunaikan hajat di tandas.
Adooooiiiii.....ada ke nak guna toilet ni.....
Nak cerita sikit pasal tandas ni. Pada satu hari tu, aku on the way gi cuti-cuti....kalau lalu kat highway....ok la, toilet dia bersih dan selesa. Timakasih la kat makcik/pakcik/abg nepal yang tolong jaga kebersihan toilet tersebut. Ni kalau dah exit highway, tetiba perut rasa perlu ke toilet....alamak...memang berdebar. Dari mula parking, melangkah ke toilet dan buka pintu......memang sangat mendebarkan. Ni la orang kita....(dah start nak berleter nih)....."tinggalan"tidak diflush, diapers baby ada tepi sinki, putung rokok bersepah2, bau sangat mengecewakan....lebih-lebih lagi bila anak-anak tak mau masuk dalam toilet.....Aku juga pernah pergi satu toilet nih...dah ler kena bayar....air kena angkat sendiri dari takungan besar ke toilet. Sampai mat salleh yang nak guna toilet tu geleng2kan kepala bila lihat kondisi toilet yang amat kotor. Namun bukan semua le toilet tu teruk. Ada juga yang amat cantik....siap susun perabot jati lagi dalam toilet. Ada diletakkan almari yang disusun dengan segala macam alat pencuci berjenama.. ok2 suka2. Jadi untuk kemudahan aku terutama kalau tak nak anak buat hal tak mau masuk toilet kotor walaupun dah tak leh tahan....aku akan bawa pencuci yang dah siap ditransfer dalam botol yang comel ( leh letak dalam handbag). So aku akan mula mencuci toilet (pekerja kat situ kena bagi upah kat aku tau....hehehehe)....bagi wangi...harum.....Sapa-sapa yang queue belakang aku....kalau lama aku dalam toilet tu....jangan le marah ye..... :D

IKLAN MASA CUTI.....
Ini nasi arab buat anak ku....hari tu kata  terliur tgk kat TV...
mama sibuk nak masak...cuti ni .....mama ada masa.....boleh la masak kan :)


Sunday, June 5, 2011

Anak Saya Kurang Motivasi...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Tony Robin, seorang pakar motivasi mengatakan, “manusia biasanya tidak malas cuma mereka tidak ada matlamat”.

Suara tangisan kuat kedengaran.....tak ada apa yang kronik cuma dia tidak mahu mencuba menunggang basikal baru kerana takut jatuh. Puas kakaknya yang motivasi diri
ter over tinggi memujuk.Tapi dia tetap tidak mahu. Itu la dia anak saya cikgu kaunseling. Selalu dia mudah putus asa, menyerah, tak boleh susah sikit dan tidak mahu menghadapi cabaran.
Macamana nak kenal orang yang kurang bermotivasi:-
1. Bersikap terlalu mudah berserah pada nasib.
2. Tidak mahu berusaha mengubah nasib diri.
3. Selalu menyalahkan takdir dan orang sekeliling sekiranya
    menghadapi masalah.
4. Tidak mahu mencari punca terjadinya masalah.
5. Ada sifat malas.
6. Suka menangguh kerja hingga ke saat akhir.
7. Tidak sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit
     untuk kebaikan diri.

Cara untuk meningkatkan motivasi diri, cikgu kaunseling cuma ingin cadangkan 3 langkah iaitu:-
1. Tetapkan goals/matlamat....pastikan ada garis masa.
     Saya akan dapat 8A dalam PMR kalau saya mengulangkaji
     secara konsisten selama 3 bulan.
2. banyak baca buku/artikel motivasi (blog cikgu kaunseling
    pun boleh...kalau sudi singgah)
3. Berkawan lah dengan orang yang berfikiran positif.
    Mereka akan mendorong kita ke arah kejayaan. Aura pada
    diri mereka akan berjangkit dengan kita.Senang aje nak
    jumpa orang berfikiran positif nih....dalam setiap bicara
    dia semasa berhadapan dengan masalah, tak pernah
    sebut pasal hal-hal negatif...sentiasa berfikir positif..

IKLAN MASA CUTI....
.
Tutty Fruity Muffin- menu masa cuti ni untuk anak-anak....



Thursday, June 2, 2011

Saya Takut......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Orang yang berani tidak akan membabi-buta terjun ke dalam jurang, melainkan turun dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Semua orang pernah merasa takut....aku juga....untuk memulakan sesuatu adalah moment yang paling menakutkan aku...tapi kalau dah mula hati tidak takut lagi.
Takuuuuuuuuutnya....
Asal Usul Takut
Takut adalah tindakan otak disebabkan  kita ada nilai standard atau keyakinan yang harus dipenuhi. Sekiranya tidak dipenuhi kita akan merasa gagal. Ini terhasil dari pergaulan kita dengan keluarga, teman, dan pekerjaan. Kita harus memenuhi tuntutan mereka dan tanggungjawab ini membuat kita bimbang apabila kita gagal memenuhinya.
Takut semulajadi ialah  takut yang timbul oleh naluri kita sebagai makhluk bernyawa. Misalnya ketika kita menyeberang jalan, kita akan tengok kiri tengok kanan untuk memastikan kita tidak dilanggar. 
Jenis  takut yang kedua adalah takut yang berdasarkan perkara yang bukan kenyataan. Takut yang ini menyebabkan kebimbangan, kecemasan dan stress padahal semuanya hanyalah anggapan semata-mata. Contohnya seseorang yang takut bercakap di depan khalayak beranggapan bahawa orang-orang akan mengatanya padahal belum tentu hal itu terjadi.

Mengatasi Rasa Takut
1. Ubah fokus anda
2. Selalu berkomunikasi dengan diri sendiri.
3. Berlatih untuk berhenti berfikir tentang perkara yang belum tentu akan berlaku.



Aku pun sedang takut sekarang......dapat tak aku siapkan kerja-kerja yang perlu dihantar esok. Aduhhhh.....badan dah penat......jam sudah lewat.....semua kena siap esok pagi tanpa ada alasan.......tiba-tiba tangan keramat memegang bahuku......buat perlahan-lahan nanti mesti siap......Alhamdulillah.....aku tidak takut lagi.......





Wednesday, June 1, 2011

Wow.......Obesiti!!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
"The rest of the world lives to eat, while I eat to live." - Socrates


Cikgu kaunseling ada 12 orang murid obes di sekolah kita ye...sila buat sesi untuk mencari punca. Ok...boss.

Mummy  daddy mengapa saya gemuk ye?
a) Genetik dan keturunan
b) Sebab persekitaran -makanan segera dan cara pemakanan (mcd, kfc,etc)
c) Cara hidup anak-anak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer (facebook ler tu)
d) Sebab psikologi - anak-anak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak .

e) Masalah metabolisme


Mummy  daddy kalau gemuk, saya akan sakit tak?
1. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
2. Masalah jantung
3. Darah tinggi
4. Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.


Mummy daddy bantu saya nak kurang berat badan...
Makan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan anak-anak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif anak-anak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.


Mummy daddy bantu saya supaya suka bersenam.
a) Kurangkan menonton TV
b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum


Jom bersenam bersama saya  dengan muzik ni ok tak..?hahahaha....dalam rumah aje...ajak mummy daddy. Maaf ye mummy kalau video clip ni rasa tak sesuai....just for fun....kasi tutup mata anak kat part2 tertentu...



Lembah Biotech + Cikgu Kaunseling ....Sila Buat Penilaian Anda.

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....... ada sehelai surat di pigeon hole aku......cikgu kaunseling kena pergi kursus....yahuu.......suka.....suka.....sudah lama tak bertemu dgn kwn-kwn kaunseling lain. Peluang ini akan aku gunakan untuk bertukar-tukar ilmu kaunseling.
Bersama rakan kaunselor menikmati view Lembah Biotech
Melihat pada keperluan barang yang perlu dibawa......kursus ini pasti tidak akan diadakan di hotel-hotel 5 bintang....Summer camp....rupanya. Bak kata pegawai PPD...tido dalam khemah dan dapat lihat lebih dari 5 bintang.....hahahaha....Bila sebut camp....apa lagi la aktivitinya mesti la jungle tracking, berakit, camp fire, etc.
Aktiviti yang sgt2 mencabar...thanks pada ketua kumpulan.
 Memang seronok....banyak pengalaman baru yang aku perolehi daripada kursus kali ini....memang pasti bila berkumpul dengan kaunselor....semangat dan motivasi diri sangat tinggi.
Dapat pengalaman pegang anak kambing....heheheh...
Semua aktiviti yang dibuat memberi saingan yang tinggi antara satu sama lain.

Wajah seronok kaunselor selepas berjaya jungle tracking.....sian pada yg terjatuh sb licin


pose sebelum tapak kasut tercabut... :(
Lokasi menarik... Lembah Biotech...menyambut kedatangan kami dengan udara yang sangat segar. Makan makanan yang segar dari ladang. Mandi dengan air gunung....
Minum selepas perah sendiri....yummy...
Terima kasih kepada kak Salwa, kak Ton, kak Sal, kak Bad dan Maria kerana bersama-sama mengisi waktu dengan ku selama 2 hari di sini.
Ini la 'bilik no 27' kecik aje...takpe malam sgt sejuk
Kami cikgu kaunseling sudah menjalankan amanah yang diberi iaitu membuat penilaian tentang tempat ini bagi tujuan kegunaan murid-murid kelak.
 Lembah Biotech....udara segar memberi ketenangan kepada cikgu kaunseling...setelah berjam-jam sesi bersama klien di sekolah....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget