Pages

Tuesday, April 24, 2012

Arthur Sakit....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles).
Ini Arthur......dalam seminggu ni dia tidak sihat.....so kene le bawa jumpa Vet.
Dia tak mau makan....tak aktif main kejar-kejar....murung aje....stress kot.....Selain memilih kerjaya sebagai doktor perubatan, pelajar yang suka dan sayang pada haiwan dan minat sains perubatan mungkin boleh memilih untuk menjadi seorang veterinar atau doktor haiwan.

Antara tugas-tugas Vet atau doktor haiwan
1. Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan
2. Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;
3.Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan
4.Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit
5.Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan
6.Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia.

7.Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;
8.Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian
9.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik
10.Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan
11.Menyelia pekerja lain.


Sekiranya berminat.......
1. Mohon matriks untuk 1 tahun melalui kementerian  dan mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.6 ke atas. 2. Lulus  STPM, jurusan sains  dengan sekurang 3.5 Mohon masuk universiti melalui kementerian.
3. Mohon diploma kesihatan dan haiwan penternakan untuk 3 tahun di UPM.

4. Sijil veterinar melayakkan kamu menjadi pembantu vet, menjadi doktor haiwan perlu ada degree Vet.
Kelulusan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :
Bagi pelajar yang berminat, institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) ada menawarkan kursus yang melayakkan mereka bergelar doktor perubatan veterinar seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan

Prospek KerjayaDi sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.
Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Mama .....besar nanti saya nak jadi Vet la......aku senyum happy sebab sebelum ni cita-cita nak jadi otromen.......tetiba....masa balik......mama.....tak jadi le nak jadi Vet.....tadi tengok tangan doc dan assistant dia penuh bekas sebab kene cakar ngan kucing....Aku yang tadi happy terus murung sama ngan kucingku Arthur......

Monday, April 23, 2012

Taklimat Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Jagalah diri baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana kita dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Semua kaunselor sekolah rendah dan menengah berkumpul di PPD Johor Bahru untuk mendengar taklimat mengenai merekayasa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Tn Hj Rozman B Harun, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling.

Antara yang disampaikan ialah :-
1. Mengingatkan semua kaunselor daerah Johor Bahru tentang tujuan asal tugas sebagai seorang kaunselor dan memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
2.Memuji kaunselor yang mesra tetapi terdapat juga yang terlebih mesra sehingga tidak pandai menolak kerja.
3.Memenangi jiwa murid adalah merupakan teras perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
4.Mendahului jangkaan tindakan murid.
5.Mempunyai personaliti yang disenangi oleh semua warga sekolah dan merupakan orang yang paling dipercayai.


KAUNSELOR PERLU FOKUS PADA:-
a) Pembangunan sahsiah murid
b) Peningkatan disiplin diri murid
c) Pendidikan kerjaya murid
d) Psikososial dan kesejahteraan mental
Banyak lagi la yang dikongsikan bersama.....Beliau ada juga menyentuh tentang program hot sekarang iaitu Program Guru Penyayang.Kami dapat la duduk bersama-sama bertukar cerita mengenai sekolah dan program kaunseling sambil makan nasi tomato yang enak.....

Thursday, April 19, 2012

Sebiji Cake Chocolate Indulgence dan 30 Biji Cupcakes

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......jumpa lagi kitakan.....thanks pada yang sudi singgah kat blog and baca entri aku....walaupun tak beri apa-apa komen....maklum la silent reader..mcm aku...pemalu...hehehehe....Sebenarnya kalau boleh...dapat berbual kat shoutbox pun sudah seronok boleh menambah kenalan....
Hurrrrmmmm....hari ini nak cerita pasal cake.....Kelas xx diumumkan juara bagi pertandingan kebersihan baru-baru ini. Semua happy....cikgu kelas la terlebih happy...murid-murid pun bukan main seronok lagi....Cikgu pun merancang nak bagi murid-muridnya imbuhan atas usaha berjaya membuat kelas menang setelah saban minggu berada di ranking corot.
Singgah di bakery, cikgu pun membeli sebiji cake chocolate indulgence (yummy....bagi la kat cikgu kaunseling sikit) dan 30 biji cupcakes.....
Cuppies ni pun aku buat tau....hehehehe tak ada kene mengena ngan cite..
Esoknya semasa mengagihkan cake, setiap seorang murid mendapat sebiji cupcake yang comel. Semua wajah ceria dan suka....ada yang berazam akan stay back untuk ceriakan kelas lagi.
Cake ni takde kene mengena dgn cerita....aku buat tau cake ni masa class baking...jgn tak caya... :)
Namun pengumuman yang kedua membuat semua emosi gembira bertukar.......Sebiji cake ni cikgu bagi kepada Nadhirah kerana dia banyak membantu. Nadhirah terpinga-pinga......dia tahu bukan dia yang bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan kelas ceria....ada lagi rakan-rakan kelasnya yang bekerja lebih keras darinya.....Cikgu.....saya kembalikan semula cake ni....segan saya cikgu.........apa kata kita bahagi sebiji cake ni sama rata supaya semua kawan-kawan boleh rasa......Berkongsi lebih baik kan cikgu.....kita kongsi tenaga...bila menang....kita kongsi merasa..........tak ade la kawan terasa.......

Sup Ketam Special !

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Kesihatan yang baik bermula dari senyuman dan pemikiran yang ceria....betul tak? Badan aku masih belum pulih sepenuhnya....so atas cadangan dan bacaan...orang kata sup ketam bagus untuk memulihkan badan. So, aku pun teringin le nak try..kalau gi makan seafood....selalu order chilly crab / black pepper crab.....so hari ni nak try wat sup....
Nak share resepi....segan rasanya dgn topchef/masterchef....aku masak tak ada sukatan tetap sebab tu anak selalu komplen....mama masak yg dulu rasa lagi sedap....tapi ni le resepi yg aku gunakan untuk buat sup buat orang sakit...aku le tu....

Sup Ketam
Bawang putih+halia+lada putih (aku suruh anak teruna aku tumbuk)
Bawang besar- aku hiris sendiri
Carrot + celery - pun orang sakit hiris
Ketam - hubby tolong bersihkan sebab masih hidup lagi...

Cara..(huhuhu macam le pandai ngat masak)
Tumis carrot + celery hingga agak layu. Masukkan bahan tumbuk.Masukkan ketam.
Aku tambah bunga kubis.Campur air...tak yah banyak ngat.....Bubuh garam + perisa. Last tabur daun sup + cili padi + perah jus lemon....Walaaaa.....siap...Jom makan.....aku tengok orang yang sihat hirup sup beriaaaa sangat....Sapa sakit ni sebenarnya....

Tuesday, April 17, 2012

Awak Suka Warna Apa??

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak.......Awak suka warna apa?.Merah...M+E+R+A+H...mulut mengeja perkataan....pas tu buka la bawah lipatan kertas dan ada le ayat-ayat yang direka...nasib la dapat ayat best atau sebaliknya...Ingat tak permainan kita masa kecik2 dulu.Aku masih ingat permainan kertas tu le adik aku bawa sampai ke Singapore masa kami sekeluarga pergi shopping masa matawang republik tu murah...sepanjang jalan kami main permainan warna tu.....kreatifkan kita zaman dulu2....
warna maroon / dark red....hanya satu....sama...
Terkini di skool....ada pedebatan antara warna maroon vs hijau.... Sana sini soalan tentang warna mana pilihan hati antara 2....Kalau aku...lebih suka hijau sebab hijau banyak kuadran warna nya....tapi ada juga yang suka maroon. Ok kita tengok ye....
<><><>                                                                                                                                                                                                           ;
ada 13 basic green....pilihan yang cukup banyak.....

Personaliti  warna hijau dan merah (maroon dikategorikan sebagai warna merah gelap)

HIJAU - personaliti yang seimbang, natural, harmoni dan seorang yang cintakan kedamaian. Rapat dengan ahli keluarga, saudara mara dan teman.Mempunyai keinginan dalam memiliki wang yang banyak dan kesenangan.

MERAH - personaliti yang suka berada di tempat awam dan sukakan perhatian. Mampu memberi kegembiraan kepada orang lain. Wang melambangkan kekuasaan yang dapat membantu mereka memperoleh apa yang mereka mahu.

Dua-dua pun ok sebenarnya.....ehh...mesti ramai tertanya-tanya kenapa yek cikgu kaunseling cerita pasal dua warna ni.....hehehehe.....itu pilihan warna tema hari guru bagi skool tahun ni....so boleh la start cari baju.....ikut le...kalau ijau...ijau...kalau maroon...maroon......tapi dengarnya maroon menang.....huhuhuhu....







Saturday, April 14, 2012

Aku, Nyamuk dan Demam Denggi....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...badan rasa sangat lemah....mungkin penat kot...ye la...banyak buat kerja....anak plak demam...Asyik nak baring aje....Hari Jumaat masa sambutan Maulidur Rasul....badan dan kepala sangat sakit. Mungkin tersalah minum teh o kot semalam. Kak Amnah pon tolong urutkan....bila dia urut je sakit sungguh badan...Aku cuma terbaring tanpa membantu apa-apa pun hari tu. Badan mula panas...aku ke klinik untuk ambil ubat....Sabtu /Ahad hanya terbaring lesu....kepala sakit berdenyut-denyut...Bintik-bintik merah yang keluar di tangan menyebabkan hubby membawa aku ke emergency ward...mungkin denggi kot...semalam ada Jabatan Kesihatan fogging kat rumah kita.Ni le moment yg paling aku takut....takut wooo....cucuk-cucuk ambil darah....sakit doc....buat pelan-pelan.
aku tak suka rasa jarum panjang dok dalam tangan aku...
Masuk wad ye puan....platelet sudah turun...Aku disahkan kene demam denggi....dulu masa kawan2 cerita aku selalu imagine camna rasa....jadi yang belum pernah kene baik toksah nak imagine yek.Bila dah sakit demam denggi ni....doc kata tak de ubat cuma minum banyak air...banyak tu maknanya memang la sangat banyak sebab doc akan pantau berapa liquid yg in dan out.Selain air masak, hubby aku juga sediakan air kelapa/ 100plus berbotol-botol/guava juice....seme yg disuggest oleh kwan, aku teguk aje....
Bintik-bintik merah kat tangan ni tanda denggi ye...so klau demam cepat le gi jumpa doc
Dah le badan sakit, hari-hari mau ambil darah ye doc...Doc plak ada macam-macam....ada yg expert gile ambil darah...ada yg terkial-kial tak jumpa urat....10x cucuk pun tak dapat ambil darah...habis berlubang-lubang lengan aku....biasanya masa ambil darah masa paling aku gerun...so tak sempat nak snap pic....pic kat bawah ni aku pinjam aje kat google...tenkiu ye...mungkin masa amik darah aku dah pengsan dulu....
Kene amik darah banyak kali.....sakit.....
Duk la aku seminggu di wad...dan minum berbotol-botol air adalah rutin hidup aku. Terima kasih kepada hubby yang naik turun tingkat atas sebab anak perempuan aku pun masuk wad juga. Terima kasih juga buat adik beradik /kekawan yang begitu ambil berat....Alhamdulillah dan terima kasih Allah mengurniakan sakit untuk membuat aku lebih bermuhasabah diri......mungkin aku ada terlalai seketika.....

Rewang Maulidur Rasul...

Assalamualaikum dan salam salam anak-anak dan teman-teman......Sekolah akan mengadakan majlis Maulidur Rasul.....So petang tu semua cikgu reramai le membantu Ustaz Khairul Rizam dan bapa mertuanya yang menjadi ketua chef pada hari itu...Tak mau story panjang le kali ni....biar pic menceritakan segala.....

Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan niat untuk menjamu nasi beriani untuk seluruh murid, guru dan kakitangan sekolah dimakbul oleh Allah.......Tak sabar nak mkan......oww aku AJK makanan murid...so esok aku kene bungkus nasi untuk 700 orang murid.

Friday, April 6, 2012

Hati Yang Sedih.....


Assalamualaikum  dan salam sayang anak-anak dan teman-teman............Jangan lah kau bersedih wahai jiwa......
Hari ini cikgu kaunseling sedih........sedih sangat.....Maaf kerana cikgu kaunseling pun manusia biasa......Terapi merawat hati... ;(
Alhamdulillah....terima kasih En Farid Rashidi.....pic ni byk membantu

Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):
Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”



Sunday, April 1, 2012

Kem Motivasi - Anak Puan Sangat Happy

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........Aktiviti kem motivasi diteruskan lagi.........masih ada ibu bapa yang datang menghantar barangan keperluan anak-anak....aku lihat ada aje yang berdiri di pagar......penyayang sungguh mak ayah....bagus....bagus....tapi puan peraturan dah tetapkan puan tak boleh masuk ke kawasan sekolah.....
Jangan la masam muka dengan saya puan.....Lagi pun saya rasakan puan....anak puan mesti malu kalau kekawan dia tengok mak dia asyik datang je kan.....Hari ni mereka ada slot LDK bersama fasilitator yang dilantik......kriterianya harus la stylo cam mak-mak....penyayang......ada semangat juang yang kuat....nak bagi group menang.
Tengok pic kat sebelah ni.......kan saya dah kata....anak puan happy kat sini.....terlebih happy.......Fasilitator pun happy sama....siap tersenyum manis......tapi dalam hati tak tau le ye......entah-entah menangis sebab kena tinggal anak dan suami untuk menjaga anak-anak angkat kat kem.Jangan marah kat aku dah.....sebagai ketua fasilitator aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih la sebab sudi membantu aku menguruskan slot-slot LDK...
Group ni sedang berusaha keras menghasilkan bendera kumpulan. Bendera ini la yang akan menjadi barang amanah yang perlu dijaga dan dibawa kemana sahaja sepanjang kem ini berlangsung.......Aku lihat fasilitator pun bukan main nak bertanding mengumpul point untuk group.....Suka...suka....!
Ok...dah cukup....cukup pose....kang tak siap plak bendera kamu.........semoga dapat bekerjasama ok......jangan gaduh-gaduh tau.Gunakan semua ilmu dan info yang dimaklumkan fasilitator kamu....jangan malukan fasilitator kamu tau.....

Kem Motivasi UPSR- Lauk Sedap

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...........hai jumpa lagi kita kat skool ye.....maklum le cikgu kene berkampung bersama-sama murid-murid selama 3 hari minggu ni...so pagi petang malam ada aje muka kekawan. Best juga dapat le berbual-bual dan bertukar-tukar gosip ......ehhh....tak.....cerita a.k.a perbincangan ilmiah la. Ramai ibu ayah yang menyatakan perasaan risau mereka tentang anak-anak....makan ke tidak anak aku ni.........lauk best ke tak......cukup ke tidak lauknya......Adusss.....banyak nya soalan.....sebenarnya bagus tau ada mak yang prihatin macam ni tapi puan....bagi le peluang anak-anak rasa susah sikit kat kem.....bukan kita nak dera tapi nak suruh mereka muhasabah diri dan lebih bersyukur tentang nikmat yang mereka ada.
Bila tiba time makan aku lihat peserta dah tak sabar nak makan....lapar la tu kan...kat sini kene beratur la ye...kalau kat rumah mak hidang...best je kan.Tengok tu lauknya siap dicedok oleh guru-guru lagi.Seronok betul aku tengok budak-budak ni makan......puan tak payah risau. Ada yang berselera sampai 3 ketul ayam habis.....lauk ayam puan.....yummy.....Ada juga yang tak de selera nak makan.Ye le ingat kat mak dia....

Puan boleh tengok lauk mereka......ada buah, ayam masak kicap......menu ni aku pun suka.....Masa ni aku boleh nampak siapa yang betul-betul mendengar arahan kem komandan mengenai ketepatan masa.......Oleh itu mereka makan tanpa ada yang berbual....khusyuk menikmati juadah. Namun ada juga yang didenda kerana melanggar peraturan..Haa...kan cikgu dah ingatkan.....
Sudah kenyang jangan lupa basuh pinggan sendiri tau.......peserta yang dah biasa mencuci pinggan .....aku lihat spontan mencari span dan sabun......Ni yang tak tahannya....ada yang terkial-kial nak basuh pinggan......Tak biasa ye........Bibik yang basuh kat rumah pinggan awak....Tu la....bila mak suruh basuh pinggan tak mau......kan dah susah sekarang sebab tak biasa.



Bila sudah selesai makan.......aku terdengar satu suara.....cikgu saya nak tambah nasi dan lauk boleh? Aku renung wajahnya.....eh....rasanya budak ni dah tambah 3 kali........Bila tengok saiz badan.....lagipun lauk ada lebih lagi.......Aku pun senyum......makan la .........jangan sampai tertidur masa ceramah nanti....sudah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget