Pages

Tuesday, April 24, 2012

Arthur Sakit....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles).
Ini Arthur......dalam seminggu ni dia tidak sihat.....so kene le bawa jumpa Vet.
Dia tak mau makan....tak aktif main kejar-kejar....murung aje....stress kot.....Selain memilih kerjaya sebagai doktor perubatan, pelajar yang suka dan sayang pada haiwan dan minat sains perubatan mungkin boleh memilih untuk menjadi seorang veterinar atau doktor haiwan.

Antara tugas-tugas Vet atau doktor haiwan
1. Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan
2. Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;
3.Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan
4.Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit
5.Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan
6.Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia.

7.Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;
8.Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian
9.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik
10.Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan
11.Menyelia pekerja lain.


Sekiranya berminat.......
1. Mohon matriks untuk 1 tahun melalui kementerian  dan mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.6 ke atas. 2. Lulus  STPM, jurusan sains  dengan sekurang 3.5 Mohon masuk universiti melalui kementerian.
3. Mohon diploma kesihatan dan haiwan penternakan untuk 3 tahun di UPM.

4. Sijil veterinar melayakkan kamu menjadi pembantu vet, menjadi doktor haiwan perlu ada degree Vet.
Kelulusan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :
Bagi pelajar yang berminat, institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) ada menawarkan kursus yang melayakkan mereka bergelar doktor perubatan veterinar seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan

Prospek KerjayaDi sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.
Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Mama .....besar nanti saya nak jadi Vet la......aku senyum happy sebab sebelum ni cita-cita nak jadi otromen.......tetiba....masa balik......mama.....tak jadi le nak jadi Vet.....tadi tengok tangan doc dan assistant dia penuh bekas sebab kene cakar ngan kucing....Aku yang tadi happy terus murung sama ngan kucingku Arthur......

2 comments:

  1. Kalau nk amik yg Royal College of Veterinary Surgeon perlu amik diploma di upm ke??

    ReplyDelete
  2. kalau kt malaysia org yg ada sijil vet boleh sambg degree in vet tak jadi dktr haiwam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails