Pages

Tuesday, March 19, 2013

Sofa Kaunseling Boleh Hilangkan Stress...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Jom la singgah bila kaunseling cikgu.....boleh duduk atas sofa ni...Magic tau sofa ni.....duduk aje terus hilang stresss.....hahahahaha...ye la tu....
 
Bila lihat sofa ni terus teringat Terapi Gestalt. Kerusi Kosong adalah teknik yang popular dalam Terapi Gestalt.  Klien meluahkan konflik dengan orang lain, klien diminta membayangkan individu yang seorang lagi duduk kat kerusi kosong dan bercakap dengan individu tersebut. 
Selepas beberapa patah perkataan diluahkan, kaunselor akan mengarahkan klien mengambil tempat individu itu. Melalui latihan ini, klien belajar untuk mengalami dan memahami perasaan dengan lebih mendalam. 
 

Seronok Alya melepak atas sofa sambil buat homework....bilik belum siap sepenuhnya....masa ni.. Anyway...thanks pada individu yang bermurah hati menaja sofa magic ini..... Hihihihihi.....Anda stress...jom le datang bilik kaunseling cikgu.......cikgu ada kerusi...Huh!..Eksyen plak rasanya.....

Sunday, March 17, 2013

Penjenamaan Baru Perpustakaan

 
Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........Buku adalah jendela ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu adalah satu ibadah. Mari kita sama-sama semaikan budaya membaca. Tahniah la ye  kepada barisan AJK library yang berjaya membuat library jadi cunnn sangat.Tahniah juga kepada Penyelaras Pusat Sumber Pn Fatin Marini kerana berusaha keras menceriakan library untuk keselesaan murid-murid. Wahh! Merahh betul warna pilihan adik sorang ni....semangat diri yang kuat....bagus...bagus..
Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Baik :
a)Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah. Biarpun library dok atas kayangan...sebab dah cantik ramai yang sanggup panjat. Huhuhu....
b)Masyarakat sekolah tahu dan mengenali Fatin and the gang yang mengurus pusat sumber yang cantik ni.
 c)Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.              
d)Cikgu and murid merasa suka sangat nak ke pusat sumber untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.
e)Mempunyai koleksi buku yang sesuai, mencukupi , terkini dan menarik.
f)Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.

g)Semua guru memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
So....teruskan usaha kamu dik.....Kak Zam suka....virus baik telah mula merebak....semua penyelaras bilik khas sudah mula upgrade bilik masing-masing.....Apa khabar Siti Rozita yang dah pindah...AJK yang rajin and kreatif....
 

Saturday, March 2, 2013

Terapi Buat Ibu

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.......Ibu yang baik tidak pernah berhenti belajar untuk menjadikan anak dan keluarganya menjadi lebih baik.
Ibu cikgu kaunseling sekarang sedang sakit....ye la beliau sudah tua.... Seorang guru pencen...yang banyak mengajar aku tentang semua perkara yang ada dalam buku mahupun yang tiada...Sudi la doakan kesihatan ibu ku...thanks...ye...
Apa yang mampu aku lakukan bagi mengurangkan kesakitan dia.....selalu balik kampung....berjumpa dia...So...Johor Bahru ke  Kuantan... dah rasa sgt dekat perjalanan.
Selain menjadi teman berbual....apa lagi yang mampu aku buat selain melayan selera ibu....Mak nak makan apa? tanya ku pada pagi Sabtu...Laksam ....ringkas aje jawabnya....Setelah mencari digerai...aku pun beli dua bungkus buat dia...tapi hanya sedikit yang dijamah....tak sedap dik...keras...Sayu hati aku ....takpe mak...saya cuba buatkan....

Inilah  laksam hasil tanganku.......Walaupun berpeluh......penat....mengukus laksam.....bila lihat mak makan dengan selera sekali...hati aku puas....Ya...Allah sembuhkan dan ringankan kesakitan yang ditanggung oleh mak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget