Pages

Saturday, October 30, 2010

MALAM JALINAN KASIH

Salam sayang teman-teman.......
Sekalung tahniah kepada Pengerusi dan semua AJK Badan Kebajikan Guru SK Sri Skudai kerana berjaya menganjurkan majlis akhir tahun yang cukup berprestij.......bijak merubah suasana dewan sekolah menjadi ballroom hotel 5 bintang. Makanan yang enak sehingga menjilat jari dan kesinambungan persembahan dan cabutan nombor bertuah yang amat lancar. Kredit juga kepada 3 pengacara yang spontan menyulam bahasa menjadikan malam majlis lebih hidup.....





Walau dimana majlis berada yang penting pengisiannya bermakna....terima kasih hadiah kipas angin semalam....





Tahniah sekali lagi....dengan majlis yang grand ini.......penat lelah kalian sudah berbayar.....








Imanmysara

BUDI SEBATANG POKOK

Salam sayang teman-teman dan anak-anak sekalian,


"Tidak semua yang kita inginkan, mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

Cerita mengenai sebatang pokok menerjah dalam minda untuk dikongsi bersama. Setiap hari membuka pintu dan ternampak pokok itu, hati terasa sangat terhutang budi. Teringat sekilas peristiwa beberapa tahun lalu. Naluri ibu mengandung ingin makan buah mangga. Mencari dan dapat tapi ingin makan lagi. Kebetulan ada insan yang baik hati membawa beberapa biji buah mempelam....kecil, berwarna kuning dan sangat mengkal. Buah itu mengeluarkan bau yang boleh menyebabkan air liur menjadi cair. Walaupun hanya beberapa biji, perasaan tidak sabar untuk menikmati keenakan buah itu menyebabkan kereta dipandu laju untuk segera sampai ke rumah. Kalau makan dengan kuah rojak pasti bertambah enak...
Sampai dan belum sempat masuk rumah, tangan terus mencapai buah dan terus makan. Terlupa kuah rojak...setelah siap terus bijinya dibuang ke luar pagar.....alamak tak bersivik la.
Dengan izin Allah, biji dibaling tumbuh menjadi pokok, menghasilkan buah yang lebat dan enak. Setiap kali menikmati keenakan buah ini, budi
insan itu akan sentiasa dikenang dan setiap kali berkongsi buah-buah ini dengan teman-teman, cerita budi seorang insan akan disampaikan.

Benarlah kata orang, walaupun hancur badan dikandung tanah....budi yang baik dikenang jua. Jadi anak-anak berbuat jasa dan menabur budi selagi kita masih dikurniakan kesenangan.

Selama manapun kita hidup, berjasalah! Supaya kita ‘hidup’ untuk beratus-ratus tahun lagi. Semoga kita hidup dengan petunjuk Allah.

Imanmysara









Monday, October 25, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Salam sayang anak-anak SK Sri Skudai.....harap semua sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan esok...




Agak kecewa kerana tidak dapat bersama-sama memberi semangat pada hari peperiksaan akhir tahun. Apa pun buat sehabis baik kerana seperti yang pernah cikgu katakan ini adalah peluang terakhir bagi kamu untuk membuat penilaian kendiri bagi kelas 2010. Tahun hadapan kamu akan meningkat ke kelas lain. Bagi murid-murid Cekap & Cergas...ingat pesan cikgu.....usaha kamu pasti lulus. Semoga berkat usaha kalian akan membuahkan keputusan yang cemerlang....Insyaallah.....

Imanmysara


Friday, October 22, 2010

JEREBU

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

Cuaca tidak baik.....jerebu....pandangan kabur......sekolah-sekolah di Muar semua bercuti akibat jerebu teruk. Dapatlah mereka mengulangkaji pelajaran kerana aktiviti luar tidak digalakkan. Saya pun kebetulan cuti....bukan kerana jerebu teruk tetapi cuti sakit. Untuk anak-anak SK Sri Skudai dan semua yang terlibat dengan keadaan cuaca berjerebu, dinasihatkan agar menjaga kesihatan memandangkan peperiksaan hampir tiba.

Apa ye jerebu tu..?
Terdapat beberapa komponen-komponen pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Golongan yang suka menghisap rokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka.

jerebu Pictures, Images and Photos


JEREBU MENGANCAM KESIHATAN KITA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
i.Kanak-kanak
ii.Orang tua
iii.Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
iv.Perokok
v.Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Kita?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu

termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Anda semua haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Imanmysara







Tuesday, October 19, 2010

~NASI LEMAK BUAH BIDARA~

Salam sayang anak-anak & teman-teman.....

"Jangan lihat apa yang telah kita usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kita selesaikan"
Hari ini dapat makan nasi lemak percuma. Semua warga sekolah gembira kerana ada insan yang baik hati sudi menjamu kami dengan nasi lemak + sambal udang yang enak. Pengumuman yang dibuat meminta guru mengambil nasi lemak membuat semua gembira dan bersyukur atas kurniaan rezeki. Kami makan sama-sama sambil mengenang jasa insan yang sudi membawa juadah ini ke sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mantan GPK 1 kami yang masih ingat akan kami dan sudi menjamu kami dengan masakan beliau.



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara
Kerana kasih saya turutkan

Tidak pasti bila pantun ini dicipta tetapi nasi lemak sudah ada diselitkan dalam pantun ini. Pantun ini mengisahkan seorang yang sanggup meninggalkan emak dan saudara kerana mengikut kekasih hati. Buat anak-anak, sudah banyak contoh cerita anak-anak gadis yang melarikan diri dengan kekasih hati ( samada mengikut orang Lombok, Bangladesh mahupun Malaysia) berakhir dengan kesusahan yang akhirnya menuntut orang yang ditinggalkan itu la yang membantu mereka....oleh itu berfikirlah 1 minit sekiranya pernah terlintas di kotak fikiran untuk berbuat demikian.

Siapa tidak suka makan nasi lemak.....saya suka....di kampung saya ada satu restoran (Restoran Zaman) yang menyediakan nasi lemak sedap dan restorannya sentiasa sesak dengan orang. Sejak kecil saya sudah kenal apa itu nasi lemak. Nasi yang dicampur santan, daun pandan dan dimakan dengan sambal ikan bilis, telur dan timun. Perrhhhhh...memang sedap. Satu yang unik tentang nasi lemak ini ialah saling lengkap melengkap. Kalau nasi sedap berlemak tetapi sambal tidak sedap maka nasi lemak itu tidak sedap. Kalau nasi kurang lemak atau keras/lembik tetapi sambalnya sedap masih nasi lemak tidak sedap. Oleh itu sekiranya ada teman-teman yang ingin memasak nasi lemak. haruslah dibuat dengan kasih sayang supaya hasilnya boleh lengkap melengkapi kerana dalam kehidupan ini kita juga perlu saling lengkap melengkapi......





Imanmysara

Monday, October 18, 2010

~BAGAIMANA NAK ULANGKAJI?



Salam sayang anak-anak dan teman-teman yang akan menghadapi peperiksaan.......

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
2-studying Pictures, Images and Photos
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SK SRI SKUDAI
26-29 OKTOBER 2010






Peperiksaan akhir tahun semakin hampir. Sudah selesai membuat ulangkaji?Di sini saya ingin berkongsi cara mengulangkaji dengan teknik yang betul…….

1 Membaca dan menyemak nota-nota pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2 Membaca buku teks/ buku nota/buku rujukan. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3 Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4 Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan yang lepas bersama guru. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5 Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6 Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)

Agak sukar untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Ada pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang agak lemah dalam pelajaran, proses mengulangkaji pecutan akhir ini hendaklah dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

Merancang Program Mengulangkaji

a) Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

b) Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan soalan-soalan ramalan tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

c) Semak contoh-contoh soalan yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

d) Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

e) Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

f) Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

g) Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

h) Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika minggu ulangkaji. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat /Kuasai
Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan
.
Semoga anda lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti.



Imanmysara

Sunday, October 17, 2010

MUZIK~MERANGSANG OTAK KIRI & KANAN

Salam sayang teman-teman & anak-anak........
"LAGI KUAT SAYA BERUSAHA, LAGI BAIKLAH HASILNYA"


Music + Soul Pictures, Images and Photos

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang muzik. Ramai yang menyukai muzik tetapi genre yang berbeza...bagi saya muzik yang lembut dan tidak membingitkan telinga membuat hati saya lebih tenang. Kadang-kadang muzik mampu membuat hati panas jadi sejuk, jiwa menjadi sedih dan perasaan menjadi rindu. Begitu besar kuasa muzik ke atas kita.

Sekadar ingin berkongsi.........

salah satu muzik pilihan saya untuk merehatkan minda....



Imam Al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama dari alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah swt kepada hambaNYa. Contohnya bunyi deruan ombak yang tidak pernah berhenti, bunyi aliran sungai, hembusan angin di puncak tinggi, titisan hujan, kicauan burung dan sebagainya.
Ketenangan dapat diperolehi dari bunyi-bunyi tadi dan membuatkan minda kita lebih bersedia untuk memudahkan saranan berlaku. Saranan akan merangsang kedua-dua belah otak kiri dan kanan untuk menerima ilmu.

The Best Relaxing Sounds Ever - The Ocean



Dr. Georgi Lozanov, seorang pengkaji 'super learning' mengatakan muzik yang berirama perlahan seperti muzik Baroque oleh Vivaldi, Bach, Handel, Tchaikovsky dan Pachelbel boleh merangsangkan pembelajaran.

Concentration Brain Training Music


Beliau juga menegaskan bahawa muzik boleh menjadi sebahagian proses dalaman pembelajaran yang membawa kepada ketenangan sebelum, ketika dan selepas belajar. Dr. Steve Halpern pula berpendapat, muzik yang keras atau kasar akan menjejaskan kesihatan dan sudah tentulah tidak membantu dalam PEMBELAJARAN.......

Imanmysara

Saturday, October 16, 2010

GURU PENOLONG KANAN 1 BARU....

Salam sayang teman-teman & anak-anak...saya pasti sekarang masa untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan tinggal seminggu lagi semua murid-murid akan menghadapi peperiksaan akhir tahun..


Semua warga SK sri Skudai masih ternanti-nanti kehadiran GPK 1 yang baru menggantikan tempat Pn Hjh Rahmi...berdebar-debar juga la hati kami memikirkan siapakah orang baru tersebut. Bila nampak wajah yang tidak biasa di sekolah....berkumpul la cikgu-cikgu di suatu sudut membahaskan adakah itu GPK baru. Bila dimaklumkan itu hanya salesman......baru la bersurai dengan hati yang agak hampa. Hadir lagi orang yang tidak biasa....bukan la itu nazir.....kali ini semua cikgu tidak berkumpul tetapi cepat-cepat bersurai untuk memastikan semua nya dalam kondisi yang baik. Soalan yang sering saya terima siapa ye GPK baru kita? Orang mana ye? Lelaki ke perempuan? Baik ke garang? Dari sekolah mana ye? Banyak juga soalan yang perlu dijawab walaupun sebenarnya tiada jawapan yang sahih...Sabar ye kawan-kawan...nanti pasti ada yang datang...


Bila datang sekolah pagi-pagi, nampak aje bilik GPK 1 terang...hati dah berbunga-bunga....yeay!! yeay!! GPK baru sudah datang...tapi hampa bila jenguk bilik masih kosong.


Walau apa pun, pengurusan SK Sri Skudai tetap berjalan lancar kerana dibantu oleh 2 GPK yang masih ada....Kami harap GPK 1 baru akan hadir ke sekolah kami nanti...kehadirannya memang kami nanti.........

SIAPA AGAKNYA YANG BAKAL HADIR SEBAGAI GPK 1 SK SRI SKUDAI......?




Hehehe gambar tidak ada kene mengena dengan cerita.........

Imanmysara.

Friday, October 15, 2010

PTK

Salam teman-teman dan anak-anak.....

Saya pasti sekarang sedang sibuk membuat ulangkaji untuk peperiksaan PTK esok. Apa pun selamat berjaya ....semoga tenang semasa menjawab soalan esok... Buat teman-teman di SK Sri Skudai dan tidak lupa juga buat semua yang akan menduduki peperiksaan PTK esok...good luck
.


SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam sayang teman-teman,pasangan pengantin dan anak-anak....







Mungkin belum terlewat kami warga SK Sri Skudai berkongsi kegembiraan dengan pasangan pengantin baru ini...Selamat pengantin baru buat En Shah Rizal B Mansor dengan pasangannya Puan Nursabariah Bt Alias.


Semoga berkekalan sehingga akhir hayat......



Imanmysara

Monday, October 11, 2010

~MEMILIKI MOTIVASI YANG TINGGI~

Salam sayang teman-teman & anak-anak.....pernah kita semak diri adakah kita ini mempunyai motivasi yang tinggi atau tidak?
Untuk mencapai kecemerlangan , lebih-lebih lagi hanya tinggal 2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun, kita hendaklah gambarkan kecemerlangan itu dalam kotak minda kita terlebih dahulu. Kita TIDAK akan mencapai apa yang tidak pernah kita gambarkan di dalam minda kita. Kawal tindakan dan rangsangan kendiri (self talk) agar membentuk dorongan yang tinggi.

SEKADAR INGIN BERKONGSI

BAGAIMANA MERANGSANG MINDA KITA
1. Tulis dalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan yang baik setiap hari. Sepatah perkataan sudah memadai.
2.Berkawan dengan orang yang bersikap positif sahaja.
3.Sentiasa merangsang orang lain menjadi hebat.
4. Membaca buku motivasi.
5.Mengambil perhatian dan mencatat kata-kata hikmah,
6. Sentiasa berdoa.


better person Pictures, Images and Photos




Seorang anak kecil akan cuba bertatih beribu kali sebelum dapat berjalan dengan sempurna. Berapa kali anda mencuba sebelum BERJAYA?

Imanmysara

Friday, October 1, 2010

SAYONARA.....


Salam sayang teman-teman dan anak-anak...





Pagi yang mendung dan basah....seluruh warga SK Sri Skudai berdiri

di tempat bertugas masing-masing.

Dalam hati ingin menyediakan yang terbaik buat insan yang diraikan.

Semakan demi semakan dibuat agar jangan ada kesilapan yang bakal mencacatkan majlis.

Seperti yang diduga...semua guru SK Sri Skudai cantik bergaya dan segak kacak

dengan pakaian masing-masing yang bolehlah dikategorikan glamour.

Sementara menunggu ketibaan yang diraikan, guru-guru sibuk memberi pose

yang terbaik untuk dijadikan kenangan. Siapa yang nak bersara sebenarnya ni...

disetiap sudut ada saja sesi fotografi. Ini bukan biar bergaya sampai papa

tetapi biar bergaya sebab kami buat kerja.





8.45pagi insan yang ditunggu tiba dengan menaiki kereta yang dihias cantik

dengan iringan paluan kompang. Terasa seronok pulak bila dirai sebegitu.

Katanya tidak mahu menitiskan airmata kerana bukannya kita hendak berpisah,

nanti pasti berjumpa lagi. Sebaik mencecah kaki di dataran SK Sri Skudai,

airmuka agak sedih sudah terserlah...kami yang melihat juga sebak

memikirkan sekolah tanpa beliau selepas ini.
Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang..

Majlis Persaraan GURU PENOLONG KANAN SATU kami, PN HJH RAHMI Bt KASNON

berjalan lancar.....Selamat bersara Pn Hjh Rahmi...semoga selepas ini akan lebih

ceria menikmati fasa baru dalam kehidupan. Kami sayang Pn Hjh Rahmi....

Lagu ini ditujukan buat 'makcik pencen' gelaran yang diberi oleh anak-anak beliau. Semoga gembira selalu, murah rezeki dan diberkati Allah. Nyanyilah semasa memasak di dapur pasti Hjh ingat kami ......warga SK Sri Skudai.


Salam sayang

Imanmysara.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget