Pages

Friday, October 22, 2010

JEREBU

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

Cuaca tidak baik.....jerebu....pandangan kabur......sekolah-sekolah di Muar semua bercuti akibat jerebu teruk. Dapatlah mereka mengulangkaji pelajaran kerana aktiviti luar tidak digalakkan. Saya pun kebetulan cuti....bukan kerana jerebu teruk tetapi cuti sakit. Untuk anak-anak SK Sri Skudai dan semua yang terlibat dengan keadaan cuaca berjerebu, dinasihatkan agar menjaga kesihatan memandangkan peperiksaan hampir tiba.

Apa ye jerebu tu..?
Terdapat beberapa komponen-komponen pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Golongan yang suka menghisap rokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka.

jerebu Pictures, Images and Photos


JEREBU MENGANCAM KESIHATAN KITA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
i.Kanak-kanak
ii.Orang tua
iii.Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
iv.Perokok
v.Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Kita?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu

termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Anda semua haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Imanmysara







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails