Pages

Tuesday, October 19, 2010

~NASI LEMAK BUAH BIDARA~

Salam sayang anak-anak & teman-teman.....

"Jangan lihat apa yang telah kita usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kita selesaikan"
Hari ini dapat makan nasi lemak percuma. Semua warga sekolah gembira kerana ada insan yang baik hati sudi menjamu kami dengan nasi lemak + sambal udang yang enak. Pengumuman yang dibuat meminta guru mengambil nasi lemak membuat semua gembira dan bersyukur atas kurniaan rezeki. Kami makan sama-sama sambil mengenang jasa insan yang sudi membawa juadah ini ke sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mantan GPK 1 kami yang masih ingat akan kami dan sudi menjamu kami dengan masakan beliau.



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara
Kerana kasih saya turutkan

Tidak pasti bila pantun ini dicipta tetapi nasi lemak sudah ada diselitkan dalam pantun ini. Pantun ini mengisahkan seorang yang sanggup meninggalkan emak dan saudara kerana mengikut kekasih hati. Buat anak-anak, sudah banyak contoh cerita anak-anak gadis yang melarikan diri dengan kekasih hati ( samada mengikut orang Lombok, Bangladesh mahupun Malaysia) berakhir dengan kesusahan yang akhirnya menuntut orang yang ditinggalkan itu la yang membantu mereka....oleh itu berfikirlah 1 minit sekiranya pernah terlintas di kotak fikiran untuk berbuat demikian.

Siapa tidak suka makan nasi lemak.....saya suka....di kampung saya ada satu restoran (Restoran Zaman) yang menyediakan nasi lemak sedap dan restorannya sentiasa sesak dengan orang. Sejak kecil saya sudah kenal apa itu nasi lemak. Nasi yang dicampur santan, daun pandan dan dimakan dengan sambal ikan bilis, telur dan timun. Perrhhhhh...memang sedap. Satu yang unik tentang nasi lemak ini ialah saling lengkap melengkap. Kalau nasi sedap berlemak tetapi sambal tidak sedap maka nasi lemak itu tidak sedap. Kalau nasi kurang lemak atau keras/lembik tetapi sambalnya sedap masih nasi lemak tidak sedap. Oleh itu sekiranya ada teman-teman yang ingin memasak nasi lemak. haruslah dibuat dengan kasih sayang supaya hasilnya boleh lengkap melengkapi kerana dalam kehidupan ini kita juga perlu saling lengkap melengkapi......





Imanmysara

4 comments:

  1. Ijad...salam kembali...terima kasih kerana sudi singgah....

    ReplyDelete
  2. Ikan bilis dah jadi ikan ketarap (gemuk)...October 19, 2010 at 9:24 AM

    Isteriku kalau marah atau mood tak ok mesti masakannye masin...kalau mood dia ok, aku mesti tambah 3-4 pinggan. Tapi selalunye mestilah sedap. Itu tandanye dia sayang husband dia....thank you my wife. Kerana masakanmu, aku dah kena start diet....

    ReplyDelete
  3. Salam ikan bilis...bertuah ye dpt isteri yg suka masak...apa pun saya rasa memasak perlu dengan kasih sayang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget