Pages

Thursday, February 25, 2010

FEBRUARI 2010 ~ Majlis Watikah Pelantikan Pengawas /Ketua & Penolong Kelas/Rakan BOSS/Pengawas Perpustakaan/Jururawat Kecil





Salam....
Pada 5 Februari 2010, SK sri Skudai telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas,Pengawas Perpustakaan, Jururawat Kecil, Rakan BOSS dan ketua & penolong kelas. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi hebahan kepada semua murid mengenai calon-calon yang dilantik dan tugas dan tanggungjawab mereka. Dalam ucapan Tuan Guru Besar, En Jemsari B A Mukti, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dan memaklumkan amanah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Semua teman yang menjadi guru penyelaras iaitu - En Hazli B Othman (Pengawas), Pn Rodziah Bt Ahmad (Pengawas Perpustakaan),Pn Fatin Marini ( Jururawat Kecil), Pn Noorazizo (Rakan BOSS) dan Pn Noor Haizam (Ketua & Penolong Kelas) telah bekerja keras menyusun dan mengadakan raptai selama 2 hari bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Alhamdulillah...majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dengan bantuan AJK masing-masing. Kepada semua teman penyelaras, saya berharap agar 2010 dapat memberi ilham baru kepada anda untuk meningkatkan prestasi unit masing-masing...pemimpin kecil harus dibimbing untuk menjadi pemimpin yang lebih besar.....

Tuesday, February 23, 2010

JANUARI~ Pelancaran Program Gemilang 6 (UPSR)










Unit Kecemerlangan UPSR telah mengorak langkah awal dengan mengadakan program pertama iaitu Pelancaran Program Gemilang 6. Program bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada semua ibubapa murid-murid tahun 6 SKSS tentang perancangan yang telah dibuat ke arah kejayaan anak-anak.Sambutan daripada semua ibuabapa amat membanggakan. Tuan Guru Besar, En Jemsari B A Mukti telah berkongsi rasa dan harapan dengan semua ibubapa. Beliau juga berharap agar semua ibubapa bersama-sama dengan pihak sekolah memberi lebih tumpuan untuk menghasilkan buah kejayaan yang membanggakan.Murid-murid tahun 6 ini juga membuat akujanji akan belajar dan sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010.
Slot penceramah jemputan iaitu Tn Hj Abd Razak juga berjaya memberi beberapa panduan kemahiran belajar berkesan yang boleh dipraktikkan di rumah dengan bimbingan ibubapa. Saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua guru-guru tahun 6 terutama sekali penyelaras tahun 6 iaitu Pn Norsiah Abd Rahman. Guru-guru yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Pn Norsalmah, Pn Zauyah, Pn Chang, Pn Meena, Pn Norsila, Cik Siti Khatijah dan kumbangnya En Arfanizam menyumbangkan tenaga tanpa jemu, perancangan program yang diatur dan pelaksanaan program yang konsisten diharap akan memberikan keputusan yang cemerlang buat SK Sri Skudai. Kepada semua teman-teman guru tahun 6.....anda memang hebat.Saya amat berharap agar saya dapat melihat lagi senyuman dan genangan airmata kegembiraan daripada teman semasa keputusan UPSR diumumkan.Semoga kejayaan itu berulang lagi.......Insyaallah...

Monday, February 22, 2010

JANUARI 2010 ~ Program Motivasi Tahun 4







Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Motivasi Tahun 4 untuk memberi gambaran awal kepada murid tentang kemahiran belajar, pengenalan mata pelajaran dan penambahan mata pelajaran baru. Di harap dengan adanya pendedahan tentang mata pelajaran oleh guru -guru mata pelajaran, murid-murid tahun 4 SK Sri Skudai dapat meningkatkan kecemerlangan dalam prestasi akademik masing-masing. Kepada Pn Rohana Mustafa ( 4 Cerdas), Pn Norasmah Bt Misban (4 Cemerlang), Pn Faridah Bt Jantan (4 Cekap) dan Pn Masliza Bt Ngadinan (4 Cergas) selamat memberi didikan kepada anak-anak murid yang dahagakan ilmu.Bagi guru kelas elit, gandakan usaha dalam menarik minat murid-murid melibatkan diri dalam proses p&p. Bagi guru yang mengajar kelas lemah, tabahkan hati dan cipta suasana pembelajaran yang sesuai bagi tahap pemikiran mereka. Jeritan dan lontaran suara guru-guru tahun 4 sewaktu mengajar jelas kedengaran di Bilik Kaunseling. Saya tahu betapa bersemangatnya teman-teman.Semoga nawaitu yang murni akan dibalas dengan keberkatan......Kelas tahun 4 antara kelas yang paling ceria di SK Sri Skudai. Tahniah!!

Wednesday, February 17, 2010

Januari 2010~Program Transisi Tahun Satu









Salam,
Program Transisi tahun satu dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang budaya sekolah dan peraturan-peraturan sekolah.Guru-guru yang bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid tahun satu ialah Pn Ainum Mardziah, Pn Azizah Bt Yusuf, Pn Siti Rohana Sairan dan Pn Nirmala Devi a/p Raman. Mereka ini guru yang cukup berpengalaman. Tahun ini, murid-murid baru tahun satu sangat teruja untuk ke sekolah. Seperti biasa, sepanjang Minggu Transisi , saya akan membantu guru-guru tahun satu memastikan program dapat dilaksanakan dengan mantap.
Pada pendapat saya, murid-murid baru memerlukan masa untuk memahami apa yang sedang mereka hadapi. Seronok melihat bagaimana murid-murid kecil ini baru belajar beratur membeli makanan di kantin. Mula berkenalan dengan kawan baru. Membawa beg besar dari dataran ke kelas...sungguh comel. Tiada masalah yang saya hadapi kecuali hanya dua orang murid yang menangis dan lari keluar kelas. Melihat wajah mereka sewaktu menangis membuat saya berfikir mengapa dan apa sebabnya. Takut cikgu...tak mungkin kerana kedua-duanya pernah menghadiri kelas prasekolah. Mungkin dalam hati kecilnya ada perkara yang mengganggu emosi. walaubagaimanapun, tahniah kepada semua guru tahun satu atas kesabaran yang telah ditunjukkan. Anda memang penyayang...

Aku Guru Kaunseling.

Awal tahun, guru-guru SK Sri Skudai bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan jawatan & tanggungjawab baru yang harus dilaksanakan pada tahun 2010. Ada yang tersenyum kerana masih kekal di kelas sama. Ada yang pening memikirkan strategi kerana terpaksa mengajar di kelas sederhana dan lemah.Guru yang dilantik menjadi penyelaras, ketua dan sebagainya masih berusaha mencari idea untuk unit masing-masing.Bagi saya, saya harus memikirkan bagaimana caranya untuk menangani murid-murid yang ketinggalan dalam pelajaran kerana faktor diri sendiri, keluarga yang pincang, emosi dan pengaruh rakan. Saya rasa agak gembira kerana murid-murid mula mengerti apa fungsi saya sebagai guru kaunseling. Mereka datang ke bilik saya secara sukarela untuk meminta nasihat dan pandangan mengenai masalah yang mereka hadapi. Anak-anak kecil ini masih terlalu muda untuk hidup di dalam situasi tidak ceria.
Rakan-rakan guru juga ada juga singgah di bilik kaunseling untuk bertanya pendapat. Walaupun perkara yang ditanya kadang-kadang agak remeh, tapi saya dengan senang hati memberi beberapa idea dan alternatif agar kawan-kawan tidak tension semasa menjalankan tugas.
Tahun ini saya ada beberapa perancangan yang ingin dilaksanakan...yang utama ialah menceriakan Bilik Kaunseling kerana ramai guru-guru yang mengajar di blok B & D akan transit di sini. Apa ya...nantilah.


Salam semua....

Selamat datang ke Unit Bimbingan & Kaunseling SK Sri Skudai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget