Pages

Saturday, February 25, 2012

Birthday Anak Orang....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman, mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika kita tidak melakukan perkara itu dengan betul. Lega dapat berehat hujung minggu ni....tinggalkan semua keje....berehat bersama keluarga satu terapi yang amat menakjubkan...Ring tone Ombak Rindu di awal pagi mengejutkan aku....Suara halus kedengaran dihujung talian....Zam kau kene tolong aku!!!...kau kan kaunselor....apa plak kesnya pepagi ni......Kau taukan esok birthday anak aku....Asyraf...aku nak minta pendapat kau....nak bagi apa .....nak wat birthday celeb nya cam na....Ok..my fren....aku pun sebenar dah buntu bila memikirkan birthday anak-anak yang akan datang...bulan Mei,Jun,Julai, Ogos dan September.....semuanya berturut-turut....Aku tau camna perasaan seorang ibu untuk prepare sumthin' yang boleh buat anak happy.....cam aku, aku akan buat sesuatu yang aku tak dapat masa aku kecil dulu....aku akan pastikan ada senyuman di wajah comel birthday boy/girl....So...aku cuma nak share ni dengan teman aku..... Kalau aku buka klinik berbayar....sure dapat bayaran lebih sebab layan klien di awal pagi....Hehehehehe....gurau aje....aku akan tolong selagi pertolongan aku diperlukan....apalagi untuk seorang kawan............


Cute sangat Lily ni.....Happy Belated Birthday  to U...Lily...Thanks to Lily's mum for sharing ur happy moment....

Friday, February 17, 2012

Mesyuarat Pengurusan Kaunselor @ PPD Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.– Issac Watts –
Hari ini semua kaunselor berkumpul di PPD untuk mendengar taklimat pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Seronok le juga aku dapat jumpa kawan-kawan maklum le bila dah jumpa dengan kawan sealiran banyak perkara yang nak dishare. Best dapat jumpa Kak Zaiton,Kak Bad, Kak Siti.....boleh le bertukar-tukar fikiran tentang program yang akan dilaksanakan di sekolah. Mendengar idea-idea baru dan program/aktiviti dripada Tn Hj Ahmad Taufik B Hamzah dan En Shamsul Hamraaz B Zaharudin. Aku jadi lebih bersemangat.....
Taklimat seterusnya oleh En Jamaludin Abd Rahman, Penolong PPD Sek Rendah. Antara yang disampaikan :-
1.Tugas-tugas kaunselor- aku sentiasa buat check list sebab itu bila aku terlibat dengan hampir keseluruhan unit di sekolah aku akur walaupun rasa agak tertekan.
2. Mengingatkan tiada waktu mengajar-
sudah dimaklumkan namun masih ada yang mengata aku macam-macam...kaunselor dah le tak mengajar...tak buat kerja...duduk saja.Walaupun tidak mengajar aku amat berharap agar orang tahu bahawa kaunselor memang banyak memegang amanah tugas.
3.Kaunselor tidak boleh menggunakan
tindakan fizikal...aku tak pernah...
4.Kenali murid-murid yang bermasalah-
pun ada dalam perhatian/catatan aku
5.Sekolah jangan hanya tumpu pada murid cemerlang, murid bermasalah juga jangan diabaikan- aku dah laksanakan program bagi akademik dan sahsiah dan keseimbangannya sudah dirujuk kepada Guru Besar....mujur beliau memahami skop tugas aku. Alhamdulillah....terima kasih cikgu...
6.Masalah yang ditimbulkan oleh kaunselor-
Syukur pada Allah aku masih dilindungi
dari melakukan perkara yang bertentangan dengan etika.
7. Kaunselor mesti le ceria- abis camna nak ceria bila ada pihak yang tak pernah nak menghargai tugasan yang dibuat. Tugasan yang berjaya sebanyak 90% tidak dilihat tetapi yang tidak berjaya 10% itu yang dihighlightkan... :(
8. Ada daya tahan yang kuat- insyaallah setakat ni apa pun rintangan.....fail hilang pada hari pemantauan nazir, dokumentasi /kertas kerja hilang aku masih boleh bertahan. Apa yang menyedihkan bila dalam 800 orang murid hanya 8 orang yang masih tegar....ada yang merumuskan kaunselor tak buat kerja...kaunselor dipersalahkan..murid-murid tidak berubah....sedangkan yang sudah berubah juga ramai.....
Mungkin ada rakan kaunselor  yang senasib dengan aku......mungkin dia tau rasa sedihnya hati bila dilabel begitu....Agak-agak kalau cikgu matematik ajar kelas lemah dan muridnya tak juga lulus-lulus......salah cikgu matematik tu ke..sudah pasti jawapan dia murid itu memang tak pandai.....dah bagi latihan tapi tak lulus gak...Aku cuma harap....kalau ada murid kelas lemah yang lambat/tidak berubah-ubah/ juga sikap dan pemikiran, kaunselor jangan pula dikata gagal dan tak buat kerja.....Itu tidak adil bagi kami......... :(

Sunday, February 12, 2012

Peluklah Daku.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Anak adalah untuk zaman akan datang,bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan ibu bapa yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga (HAMKA).
Program Gemilang 8 baru aje selesai dilaksanakan oleh semua guru...Program rutin UPSR....

 
Pelukan seorang bapa..........

Apa yang menarik ialah sambutan ibu bapa yang hadir untuk bersama-sama menyokong program sekolah bagi kecemerlangan anak-anak mereka..Penceramah undangan En Abdullah B Yusuf dari PPD Johor Bahru menyampaikan beberapa maklumat berguna buat ibu bapa. Katanya.......
Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Haa....dengar tu....kena peluk anak lebih kerap le lepas ni......Kita ni sebagai ibu bapa bukannya tak sayang anak.....sayang sangat...bukan tak mau peluk anak.....tapi kadang-kadang tak sempat..... dek mengejar masa menguruskan kerja dan rumahtangga.



Mama sayang kamu.
Ok kat sini ada tips mudah untuk kita sama-sama dapat amalkan di rumah supaya anak lebih cemerlang otaknya....
1. Bila anak bangun tidur - ucap salam dan selamat pagi + PELUK
2. Selepas anak selesai bersarapan - ucap I luv u - PELUK

3. Sebelum anak ke sekolah - ucap selamat jalan + PELUK

Semoga berjaya anakku




4. Selepas dia balik dari sekolah - Mama rindu kamu + PELUK
5. Setiap masa luang - PELUK sekemas-kemasnya tanpa kata apa-apa
6. Sebelum makan malam- Suruh anak basuh tangan + PELUK
scene ni buat aku nangess....nape ye..




7. Selepas makan malam - Mama happy kamu anak mama +PELUK
8. Setiap kali anak membantu kita - Terima kasih + PELUK
9.Selepas anak siap membuat kerja sekolah - Mama bangga dengan kamu + PELUK
10.Sebelum tidur- Ucap salam /selamat malam + PELUK...
Uisssh 10x tu kene peluk anak-anak......agak-agak anak-anak suka tak???? So....mama kene spray perfume bagi wangi-wangi.....anak-anak sure suka kene peluk....lelama pon takpe...kan... :)






Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul Semua....


Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Hujung minggu menyambut Maulidur Rasul... semoga pengisiannya menambah pahala kita...
Salam Maulidur Rasul buat saudara
seagamaku di seluruh dunia......

Malam semalam menonton cerekarama lakonan Nasir Bilal Khan....pengisian yang baik untuk rohani sempena kita menyambut Maulidur Rasul. Syahdu mendengar alunan zikir....
Banyakkanlah amalan zikrullah.....zikir hasbi-rabbi amat baik diamalkan  dan sentiasalah kita bersifat redha dengan apa yang kita ada...sentiasa bersyukur......




Saturday, February 4, 2012

Jangan la Dengki kat Saya.....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.........Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
Saya dengki kat awak.....kalau kita dengki pada seseorang...pasti kita tak kan memberitahu dia....Tak baik kan...dengki-dengki ni....kalau setakat geram aje takpe....ni pergi mengadu domba cerita yang bukan-bukan tentang diri orang yang didengki tadi....Sebagai manusia biasa...kita tak mampu menggelak diri dari sifat iri hati dan dengki. Dengki pada rakan sekerja yang lebih menyerlah, dengki kepada jiran yang baru membeli kereta baru, dengki apabila anak kawan lulus cemerlang.....isshhhhh banyak le jenis dengkinya sampaikan baju yang dipakai lebih cantik dari dia...pun dengki....tak baiknya....Rasa dengki dan iri hati timbul bila orang lain mendapat nikmat. Lazimnya jika seseorang mendapat nikmat, maka akan tercipta dua sikap pada manusia.
1. Dia benci terhadap nikmat yang diterima kawannya dan senang hati bila nikmat itu hilang daripadanya. Sikap inilah yang disebut hasad, dengki dan iri hati.
2. Dia tidak menginginkan nikmat itu hilang dari kawannya, tapi ia berusaha keras bagaimana mendapatkan nikmat sama seperti itu. Sikap kedua ini dinamakan ghibthah (keinginan). So....pilih le ye nak rasa dengki yang mana....
Diantara tips yang mesti kita lakukan terhadap hasad dengki ialah :
1.Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan tahniah kepadanya. Sebaliknya apabila dia ditimpa kesusahan maka kita tumpang empati juga atas apa yang menimpanya serta bersama-sama menenangkannya.
2.Bercerita, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia, dan kalau ada keburukannya kita rahsiakan. Doakan kebaikan untuknya selalu.
3.Sering menjaga silaturahim serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.
4.Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan turutkan hati melayani ajakan syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk mengumpatnya.
5.Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan menghilangkan penyakit hasad dengki yang ada dalam diri kita.
Jangan dengki-dengki tau....tak baik.....:)


Thursday, February 2, 2012

Nazir ......Bila Agaknya Kalian Tiba?

Assalamualaikum....salam sayang anak-anak dan teman-teman....."Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
Aduuhhh.....lama benar aku tidak singgah di sini......sibuk sanggggaaaaatt sibuk....Nazir akan datang memantau sekolah kami.Kerja datang macam hujan lebat yang turun....siap 10 datang lagi 20.......bila letih sangat kadang-kadang ada juga rungutan keluar dari mulut.....Kaunselor kene buat semua ke?? Marah le tu....sebab sampai tak sempat buat terapi minda dengan menulis di blog aku ni.Kadang -kadang aku terfikir...mengapa aku perlu risau kalau nazir nak datang memantau.....insyaallah semua dokumen UBK dah disiapkan....
Aku tunggu kehadiran nazir dari tarikh sebelum cuti tahun baru cina....tunggu dengan sabar dan debar dan hari ini akhirnya mereka tiba. Mereka memang sangat profesional dan sangat kaya dengan pengalaman......tekun menyemak semua fail-fail panitia, fail unit HEM dan kokurikulum.
Aku ditugaskan untuk bersama-sama mereka sepanjang proses pemantauan bagi membantu apa yang perlu....sebab apa aku dipilih agaknya....sebab...akukan kaunselor.....hehehehehe....
Dalam ketenangan suasana, tiba-tiba seorang nazir bersuara....mari duduk sini kaunselor....saya ada soalan untuk kamu....Banyaknya soalan dia....ada gunakan modul bimbingan dan kaunseling, terangkan program, tunjuk bukti pelaksanaan, rekod sesi....tanya...tanya....terus tanya.....
Setelah berpuas hati, aku dipanggil oleh nazir yang kedua.....kata-katanya aku suka.....awak kaunselorkan?....tau kedudukan awak dalam organisasi.....dimana ada murid di situ ada kaunselor....maknanya awak perlu berkhidmat untuk semua unit.....ye....Baik tuan.Soalan bertubi-tubi juga daripada nazir yang kedua ni.....aku cuba bertenang...jawab apa yang aku tahu....sebab aku tahu kehadiran mereka bukan untuk mencari salah dan sebenarnya memberi peluang untuk aku menambah ilmu.

Dah tengah hari...pemantauan masih belum selesai......perut aku sudah mula lapar......cepat le berakhir....

Nazir ketiga pula memanggil aku......pun sama .....aku disoal dengan pelbagai soalan berkaitan sekolah. Kali ini...nazir ingin melihat bilik kaunseling aku......aku mengiringi nazir.....sekali lagi soalan tentang dokumen itu ini ditanya....ni ada tak....ni ada tak...ni ada tak........


Lewat pukul 2.00pm baru semuanya selesai........fuhhhhhhh lega....hujan pula turun selebat-lebatnya......penatnya otak bekerja hari ni.........aku redah hujan menuju ke kereta......sambil bersandar dikerusi......aku tersenyum....walaupun penat tapi aku puas kerana aku memang suka dengan tugas aku sebagai seorang kaunselor........sukaaaa sangaaaaatttt.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget