Pages

Monday, January 31, 2011

Sang Arnab Comel Ucap Selamat Tahun Baru Cina..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Hari ini hari akhir sekolah sebelum kami guru-guru dan murid-murid  SKSS bercuti panjang sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 
Wah....begitu ceria wajah mereka....sedari perhimpunan tadi, aku lihat guru-guru dan murid-murid yang kampungnya jauh asyik senyum-senyum sendiri. Mungkin ada perancangan untuk pulang ke kampung bertemu dengan insan tersayang. Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan aku yang meraikannya...Chang, Tan dan Emily...
Gong Xi Fa Cai...Limau pun dah byk kat sekolah...Thank you Mr Eric. Mengikut zodiak cina tahun 2011 adalah tahun arnab yang bermula 3 Februari 2011 hingga 22 Januari 2012. Ni hanya untuk pengetahuan saja ye terutama bagi rakan kaunselor...mungkin bagi kita yang beragama islam lebih mempercayai kepada Yang Maha Esa... Mengikut masyarakat cina, orang yang lahir pada tahun arnab adalah adalah seorang perahsia dan ada sedikit personaliti introvert. Namun mereka juga amat gembira apabila bersama dengan rakan-rakan baik. Mereka yang lahir pada tahun "Bunny" ni adalah seorang guru yang baik, kaunselor yang bagus dan perantara yang mahir tetapi mereka ini sentiasa inginkan ruang buat diri mereka sendiri.....Mereka akan menjadi guru dan kaunselor yang hebat kerana mereka sangat berdiplomatik dan mempunyai perancangan yang teratur .
 Bagi yang lahir tahun arnab...tidak salah kalau mengikut ciri-ciri  baik yang dicatat bagi orang arnab iaitu bijak, penyabar dan baik hati. Apabila dia marah dia akan menangani dengan sabar dan jarang meninggikan suara....
Buku  dihempas atas meja....suara bercakap kuat-kuat, gerammmm....dah hilang sabar ni.......jeritnya kuat...suaranya tak putus-putus mengeluarkan kata-kata amarah...
Aku teringin nak tahu tarikh lahirnya lalu aku bangun dan cepat-cepat pergi check ....lahir tahun arnab dia nih.....aikkk peliknya aku.....
Apapun aku lahir tahun ayam......sentiasa berkhidmat mengejutkan orang dan diri sendiri.....

Wednesday, January 26, 2011

Cikgu Kaunseling.. Sila Bantu Murid LINUS

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Setiap kali mata kita tertutup belum bererti kita tidur dan setiap kali mata kita terbuka luas belum bererti kita melihat.
Cikgu tolong la....anak saya agak lambat dalam kelas. Dia lambat faham....macam-macam saya dengan suami buat tetapi nampaknya dia memang ada masalah dalam pembelajaran. Simpati....kalau anak kita begitu tentu kita juga risau. Murid-murid kategori ini biasanya mempunyai masalah dalam menguasai asas literasi dan numerasi.


video
LDP oleh Guru LINUS. Seronoknya bila guru jadi murid LINUS

Cikgu LINUS sekolah saya orangnya happy go lucky. Masih boleh ketawa kuat walaupun penat seharian mengajar tetapi murid masih juga lemah. Tidak mudah putus asa. Aku panggil Kak Ana aje...kawan aku pun cikgu linus dan nama dia pun Ana juga...Agaknya orang nama Ana ni...berkemahiran dalam bidang ini..... hehehehe gurau aje ye semua Ana. Mengajar murid-murid LINUS dengan sabar sampai pandai menjadi satu kepuasan bagi dia....Aku dengar mitos kalau kita sabar dengan murid-murid begini, anak-anak kita akan jadi pandai. Patut la anak-anak dia semua pandai-pandai. Zam...jangan lupa tolong Kak Ana wat program untuk murid Kak Ana tau....OK....cikgu kaunseling ini mesti tolong cikgu LINUS.....Aku senyum dan dia ketawa....

Tuesday, January 25, 2011

Bila Cikgu Kaunseling Keluar Berjalan..........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,hidup biarlah berbakti, walaupun kita tidak dipuji. Cikgu kaunseling makin hari makin banyak kerja...buat selagi terdaya. Minggu yang sibuk kadang-kadang bila dapat keluar ......best juga..Dapat melihat suasana sebenar dan berjumpa dengan orang yang berbeza.
Dah macam pegawai banci le pulak.....
Bila anak-anak berdepan dengan pelbagai masalah kadang kala perlu untuk kita melihat keadaan mereka dengan lebih dekat...

Saturday, January 22, 2011

Aku Janji UPSR~ Ingat Jangan Mungkir.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Gantungkan azam dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu sedalam mutiara di lautan.
Kamu dah berjanji pada ibu.....jangan lupa


Kami murid-murid SKSS
Berjanji dan berikrar
Bahawa kami sentiasa
awal dan mendahului
Bersemangat
Tekun dan rajin
Cekal dan tabah
Sentiasa menghasilkan
Kerja yang cemerlang
Kejayaan dan kecemerlangan
Matlamat kami
Kami pasti mencipta sejarah
5A matlamat kami
SKSS pasti cemerlang
Kami yakin kami boleh!!

Bergema suara kamu di dewan tadi....sungguh bersemangat.Ada riak sebak di wajah ibubapa kamu....Dengan lafaznya aku janji tadi maka, kamu sudah terikat dengan satu kontrak yang perlu dipenuhi. Mulakan usaha keras untuk memenuhi setiap baris janji yang telah dibuat.
Syahdu betul melihat ibubapa memeluk
anak masing-masing
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila dipercaya dia khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Jangan mungkir janji....tak baik tau......Janji memang mudah diucapkan namun amat berat untuk kita tunaikan.





Wednesday, January 19, 2011

Awas Kata-Kata....Jangan Ada Dusta......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......semoga diberkati Allah di hujung bulan pertama tahun 2011.

Cantik dan kemas kerja kamu.....cikgu suka. Ok...murid-murid yang lain boleh ikut macam Azra...kerjanya selalu kemas dan dia pun cikgu nampak seorang yang rajin. Saya tidak suka pujian itu....sebab kata-kata pujian itu saya susah sekarang. Kenapa? Ada kawan saya yang tidak suka saya lebih menyerlah daripada dia. Lebih-lebih lagi bila Cikgu Mariam selalu puji saya. Mula-mula saya ingin bersangka baik cikgu tetapi setiap kali saya dipuji, pasti akan disusuli dengan perkara yang buruk berlaku. Cuba Azra jelaskan, cikgu macam berminat nak tau...Apa yang sering terjadi ialah apabila saya dipuji,kawan saya akan mengadu perkara yang bukan-bukan pada cikgu tentang saya. Saya sedih....ada masa saya dimarah kerana kata-kata dia. Baru-baru ini saya dimarahi teruk oleh cikgu matematik...saya dituduh meniru semasa membuat latihan. Saya tidak boleh terima...ramai saksi dalam kelas yang nampak saya menyiapkan kerja tersebut sendiri dalam kelas. Walaupun ada ramai saksi...dia masih berani berkata dusta tentang saya.Aku cuba mencari alternatif bersamanya...mencari jalan penyelesaian menangani masalah yang dicetus oleh penyakit hati.
Hari ini... Azra datang lagi...mukanya nampak cemas dan gusar...cikgu tolong saya.....Kenapa???...Cikgu Haslina baru aje puji saya....saya susah hati.....Haaiiiiih.....keluhan tiba-tiba keluar dari mulutku.

1.Dusta adalah memberitahu sesuatu yang berbeza dengan kejadian yang sebenarnya baik dilakukan dengan sengaja ataupun kerana dengan sebab-sebab tertentu.

2. Adalah sangat diharamkan berkata dusta dan bahaya menganggap remeh perbuatan dusta, kerana dusta merupakan punca dari segala kejahatan.
3. Barangsiapa dengan sengaja berdusta maka hal itu akan menjadi sifatnya.
Bagi semua anak-anak.....awasilah kata-kata....jangan ada dusta...

Monday, January 17, 2011

AJK UNIT KOKURIKULUM...LANTIK SAYA YE...

  Salam sayang anak-anak dan
teman-teman, Unit Kokurikulum
SK Sri Skudai telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi
memilih jawatan AJK Tertinggi bagi
Kelab/Permainan dan Unit Beruniform. Tahniah bagi yang berjaya dipilih menyandang jawatan. Senyum lebar....cikgu nampak bila
nama dicalon dan diundi oleh ramai kawan. Jangan pula lupa tugasan yang perlu dilaksanakan.

Cikgu kalau angkat tangan untuk   nama sendiri boleh?...Soalan yang sukar dijawab......Menjawat jawatan dalam sesuatu persatuan atau kelab memang menjadi impian semua. Tapi apabila nama kita yang telah dicalonkan tidak mendapat undi banyak.....perlukah kita rasa sedih dan  marah kerana kawan tidak sokong kita?
Walaupun tidak dilantik sebagai AJK tertinggi, kita masih boleh menyumbang kepada persatuan atau kelab yang kita sertai.

Masuk pertandingan yang diadakan....bertanding secara sihat dengan unit lain.....kemenangan itu lebih bermakna.



Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah dilantik....kriteria popular atau memang boleh buat kerja adalah dua perkara berbeza. Walau bagaimanapun....itu ialah penilaian rakan sebaya kamu.



Sunday, January 16, 2011

SELAMAT DATANG KE TAHAP DUA..........MURID-MURID TAHUN 4

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Selamat datang ke tahap 2.....sudah besarkan...walaupun ada diantara kamu fizikalnya masih kecil. Umur sudah berubah ke 2 digit...bermakna tingkah mestilah seperti murid tahap 2.....

Antara barisan guru tahun 4 2011

Cikgu Zaidi sedang beri taklimat tentang subjek Matematik

Cikgu Ana memberi tips tentang teknik menjawab Sains

Cikgu Liz sedang memberi perincian bagi BM Kertas 1 dan 2

Cikgu Arnizam sedang memberi taklimat tentang English

Semoga dapat membantu kamu sepanjang tahun ini

Kalau tak faham tanya ok...
Wah!...ada yang suka ada yang tidak bila dah masuk tahun 4. Waktu rehat dan balik sudah berubah.....bukan itu saja....mata pelajaran baru juga akan kamu pelajari. Belajar kenali subjek Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik. Jangan bimbang ye....semua kesulitan yang kamu hadapi pasti ada penyelesaiannya. Kuatkan semangat, jaga sahsiah diri  dan mula mengumpul A dalam setiap mata pelajaran....Jangan malu bertanya kalau kamu tidak faham. Cikgu Arnizam, Cikgu Faridah,Cikgu Liz, Cikgu Zaidi, Cikgu Hazli, Cikgu Ana, Cikgu Ros dan ramai lagi cikgu tahun 4 pesan kat cikgu suruh bagitau ....tanya lah banyak-banyak soalan....mereka dah tak sabar nak jawab.....

Saturday, January 15, 2011

BETUL KE CIKGU KAUNSELING BOLEH TOLONG SAYA?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman..........
Pertolongan apa yang akan cikgu jalankan ?
Pertolongan akan diberi secara KAUNSELING INDIVIDU atau KAUNSELING KELOMPOK.

KAUNSELING INDIVIDU adalah pertemuan pelajar dengan kaunselor sahaja.
KAUNSELING KELOMPOK adalah pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor.
Segala perbincangan dan maklumat yang kamu berikan akan dirahsiakan oleh kaunselor.

PERTOLONGAN INI AKAN CIKGU JALANKAN ?
1. Pertemuan kamu dengan kaunselor akan diadakan di bilik kaunseling, jauh daripada gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain.
2.Segala perbincangan dan maklumat yang kamu berikan akan dirahsiakan.
3.Hanya kamu dan kaunselor sahaja yang mengetahui apa permasalahan kamu.


BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR KAMU ?
1. Kamu boleh datang seorang untuk sesi Kaunseling Individu atau datang ramai-ramai bersama-sama rakan untuk Kaunseling Kelompok.
2.Datang maklumkan kepada kaunselor satu tarikh yang tertentu untuk sesi kaunseling.
3.Kamu mesti mengisi Borang Temujanji Sesi Kaunseling yang boleh didapati di bilik kaunseling.
4. Kamu boleh meletakkan borang tersebut ke dalam peti kaunseling. Tunggu cikgu panggil ye...


APA PENGALAMAN YANG AKAN KAMU  PEROLEHI MELALUI KAUNSELING ?
1. Kesedaran Kendiri tentang kekuatan dan kelemahan tentang diri sendiri.
2.Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka kamu.
3.Melatih bagaimana cara menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
4.Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain.
5.Merasakan diri sendiri difahami oleh orang lain.
6.Rasa tanggungjawab terhadap orang lain.
7.Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi diri.
Cikgu mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah kamu tetapi kita sama-sama berbincang mencari pilihan ke arah menyelesaikannya....

KENALI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSS........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Wah....ramainya tak sabar nak pergi bilik cikgu.....suka....suka....datang ye...cikgu tunggu. Tahukan kat mana bilik cikgu...blok D...tingkat 3....ala bilik yang cantik tu...(perasan la plak)....Tak perlu malu-malu....tak perlu pakai topeng...tak perlu menyamar kalau nak datang ke bilik cikgu....orang ke bilik kaunseling ialah orang yang hendak menjadikan dirinya yang baik semakin bertambah baik....
Perkhidmatan yang cikgu beri PERCUMA dan IKHLAS untuk menolong kamu dalam persoalan-persoalan berikut :-
1.Belajar dengan lebih berkesan.
2.Pelajaran.
3.Merancang kerjaya masa depan.
4.Ujian personaliti.(kamu akan tahu personaliti diri)
5.Merancang jadual belajar.(awal tahun semua perlu ada jadual)
6.Sukar bergaul dengan kawan.(kawan amat penting)
7.Berpandangan negatif.(berpandangan negatif menyekat kemajuan diri)
8.Tidak berminat untuk belajar.(zaman sekarang ilmu sangat penting)
9.Masalah rokok dan dadah.(akan memudaratkan diri)


 
Ni....cikgu ler......hehehehe..
 Siapa Kaunselor ?
1.Cikgu akan mendengar masalah/persoalan kamu.
2.Cikgu akan menerima kamu tanpa syarat.
3.Insyaallah cikgu akan merahsiakan apa yang kamu kongsikan.
4.Cikgu akan menghormati diri kamu sebagai seorang individu.
4.Cikgu sedia berjumpa dengan kamu pada bila-bila masa yang ditetapkan.(mesti buat temujanji..takut ada murid lain nak jumpa pada masa yang sama)

Bagi anak-anak yang lain...kamu boleh pergi berjumpa dengan kaunselor sekolah kamu.....jadikan mereka kawan baik kamu....cikgu jamin kamu tidak akan rugi.....bukan ke semua cikgu kaunseling baik....









Friday, January 14, 2011

PROMOSI.....TAWARAN HEBAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....hari ini cikgu ingin membuat tawaran paling hebat.....promosi yang bagus dan yang bestnya ia percuma....free!


WELCOME!
  Jemputlah dtg ke bilik kaunseling......tak nak la cikgu, saya tak buat salah apa-apa pun...buat apa saya nak kena pergi bilik cikgu.....Tawaran aku ditolak mentah-mentah.
Jom ...ikut cikgu ke bilik kaunseling nak? Nak...tapi saya malu la cikgu....nanti kawan nampak...diaorg mesti kata saya murid bermasalah.
Masih ramai yang mempunyai pandangan salah tentang perkhidmatan kaunseling. Macamana ye nak memberi maklumat tepat tentang perkhidmatan apa yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.

Sila datang kalau kamu:-
1. Ingin belajar dengan lebih berkesan.....cikgu saya baca buku berjam-jam pun tak masuk otak....ok..dtg ye utk kemahiran belajar.
2.Ingin merancang kerjaya masa depan......saya minat Sains dan Matematik.....saya nak sambung belajar kat mana ye nanti? Jom dtg...kita bincang
3.Suka merancang jadual waktu belajar......saya tak sempat nak siapkan kerja rumah.Banyak sgt.... jumpa cikgu...kat bilik cikgu ada jadual kosong ...kita susun masa sama-sama
4.Tidak minat belajar?....cikgu...kalau sya buka buku mesti tidur...oh...ye ke....mari la dtg ke bilik kaunseling...cikgu bagi tahu cara-cara supaya kamu boleh baca buku dan tidak mengantuk.....
5.Tidak tahu teknik belajar berkesan....saya pelik la cikgu.....kawan sya tu tak baca buku langsung tapi result dia semua A....ok....mungkin cikgu boleh tolong kamu dapat A juga..
6.Menghadapi masalah peribadi dan emosi.....cikgu saya sedih....rasa nak nangis.....jom ke bilik cikgu mungkin kita boleh kongsi cerita...
7.Apa itu perkhidmatan kaunseling saya tak faham.....cikgu boleh terangkan...kat bilik kaunseling ada banyak info mengenai kaunseling.

Datang tau jangan malu......lagipun kat bilik cikgu ada banyak gula-gula......hehehehehe....



















Tuesday, January 11, 2011

MJ DALAM KENANGAN....DAN HUJAN PUN TURUN....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......hujan sungguh lebat di luar....bersama-sama menangisi berita sedih ini...Mama jangan lupa tulis cerita pasal dia ye....kata anak kecil dalam esak tangis....Dia memang peminat setia blog aku...setiap hari dia akan tanya apa cerita yang aku tulis. Hari ini....kali ini.....permintaannya agak sukar aku tolak. Kasihan sungguh aku lihat wajahnya yang sugul.

video

Kucing kesayangannya baru sahaja mati....subuh tadi. Berbagai spekulasi dibuat...mungkin ia diracun. Maklum la bukan semua orang suka pada kucing terutama kucing jantan yang sifat azalinya buang air kecil merata-rata. Orang yang tidak suka binatang tidak boleh dipaksa nalurinya untuk menyayangi....kalau kucing mati...ada aku kisah..???
Tetapi...alhamdulillah ramai yang sangat sayang pada kucing...Tahap kasih sayang terhadap binatang ini kadang kala tidak tercapai oleh akal. Aku sendiri tidak faham mengapa perasaan sayang sesama manusia tidak begitu....bagaimana perasaan semasa ramai manusia membuang bayi......mencederakan orang tersayang.....membunuh sesama darah daging....
MJ...nama kucing anak ku...diberi dan saling memberi kasih sayang dari ia kecil lagi. Saling sayang menyayangi. Dari lahir...dia menyaksikan prosesnya sehingga la ke saat kematian binatang itu. Tangisannya kian kuat dalam hujan yang lebat semasa ayahnya menanam kucing kesayangannya....Bye...bye MJ...Ain sayang MJ....Lambainya semasa tanah dikambus....dan hujan turun semakin lebat........Empati menguasai diri dan air mata aku pun sama mengalir......

Monday, January 10, 2011

CIKGU JGN LA MARAH...SAYA KAN MURID BARU.....

Salam sayang sayang anak-anak dan teman-teman.....Selamat datang ke sekolah...semua murid-murid kecil tahun satu....
Belajar cara-cara berbaris dengan betul

Ucapan selamat juga kepada Cikgu Liz, Cikgu Wani, Cikgu Zizo dan Cikgu Halim kerana anak mereka masuk sekolah tahun ni.Seperti biasa....wajah mereka sangat comel dan polos...mungkin belum melakukan salah laku...fail disiplin masih bersih...





Sedang asyik mendengar penerangan guru-guru kelas
 Unit Transisi SK Sri Skudai saban tahun melakukan beberapa aktiviti dengan nawaitu supaya semua murid baru dapat dicorak dengan nilai-nilai baik semasa di sekolah.

Cikgu tolong saya nak beli makanan

Aku sebagai kaunselor kena la sama-sama memainkan peranan ....slot untuk aku sudah pasti ada...Penyelaras tahun satu...awal-awal lagi telah bagi tarikh...


Basuh tangan....baca doa...baru makan ye...
Dalam proses menyesuaikan diri...ada la beberapa perkara yang dibuat di rumah....diamalkan di sekolah.....menjerit-jerit sesuka hati....cakap dengan volume yang kuat.......berlari-lari seperti atlet di padang dan yang paling pelik...asyik ke tandas aje.....
sabar sayang.....jangan menangis.......




Nak suruh senyap memang la senang......dengar jerkahan daripada guru disiplin...semua senyap tapi kira...1....2....3...la bising balik....

Sedang melukis wajah sendiri...















 Perkara yang paling tak boleh diterima bila mereka panggil cikgu dengan panggilan makcik....Makcik...makcik...ini buku saya.....issh jgn panggil makcik...panggil cikgu.....Matanya berkelip-kelip....air mata sudah bertakung.....jgn la marah.....saya kan murid baru.....uwaaaaaahhhhhhhh!!!!!!

TAHNIAH ....MAJORITI BESAR....

Salam sayang teman-teman dan anak-anak......Kemahiran dan ilmu yang kita ada jika semakin diguna ia semakin bertambah.
Jangan lupa tau...nanti undi dia...dia boleh buat kerja. Ok...ok...sambil makan beberapa org kaki lobi melobi beberapa nama untuk jawatan panas itu. Bila nama yang diajukan menepati selera maka mulut diam dan hanya mengangguk kepala. Tapi bila nama yang tidak ada dalam senarai hati maka berbagai-bagai komen keluar...dia tak boleh buat kerja...pandai cakap aje....kesian kalau dia dapat jawatan tu nanti kena buli...hehehehe......kritik diri...
Apapun setelah penat angkat turun tangan dan tukang kira undi pun dah termuncung-muncung mulut mcm Angelina mengira....akhirnya jawatan itu berpihak kepada dia. Walaupun masih baru tetapi ketenangan di wajah mungkin boleh membuatkan kelab ini dapat ditadbir dengan karismatik. Pendekatan bagaimana masih terlalu awal untuk dinilai tetapi melihat pada personalitinya mungkin ramai yang segan dan semua arahan mungkin dilaksanakan dengan akur......
Tahniah kepada Ustaz Mohamad Shafarizam B Mohd Ani kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Guru SK Sri Skudai...Tahniah!

ANDA CIKGU KAUNSELING.....? TAK BANYAK KERJAKAN....?

Salam sayang teman-teman dan anak-anak.......Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang hanya melihat tanpa berbuat apa-apa........
Aku masih di sini betapa di sini.....di dalam bilik kaunseling aku.....merujuk kepada ciri-ciri di atas...aku harus sentiasa menyemak diri untuk menjadi kaunselor yang baik....unik..aku suka...i like....aku suka buat sesuatu yang lain daripada org lain...aku tak suka ikut-ikut....biar ia dtg fresh dr otak aku...Terima tanpa syarat plak....bagaimana ye...bila berdepan dgn situasi dimana org yg selalu khianat kat kita dtg minta khidmat nasihat....nampak gayanya utk menepati ciri-ciri di atas kena la tarik nafas dalam-dalam dan terima tanpa syarat. Kalau tak alamat kena laser otromen la org tu...Hissh aku perlu berpengetahuan...cukupkah ilmu kaunseling didada....alhamdulillah aku berada dijalan ilmu menuju ke tahap tertinggi bidang kaunseling.....Konsep kendiri aku perlu sentiasa positif....kadangkala ada masa tersasar juga ke arah negatif....Tahun 2011...aku diberi tanggungjawab lain selain mengurus hal-hal kaunseling...:-
1. Penyelaras motivasi dan kecemerlangan sekolah
2.Penyelaras unit perkembangan staff
3.AJK Unit Transisi
4. Pencatat minit mesyuarat
5. AJK Program Gemilang
6.AJK Lembaga Tatatertib Murid
7.AJK Unit Perhimpunan
8. Penyelaras Kelab Rakan BOSS
9.Guru pemimpin Tunas Puteri
10.Guru sofbol
11. Penolong Ketua Rumah Segara
Weee!!!!......banyak tu...tanggungjawab aku...aku cuba buat selagi terdaya....sampai sempurna.
Cuma kadang kala ada suara yang melemahkan semangat aku....Ala...guru kaunseling tak masuk classkan.....best la...boleh relaks.......bukan banyak kerja pun kan.....
Senyum.....tanpa kata apa-apa...

Wednesday, January 5, 2011

FIRST DAY SEKOLAH.....PENATNYA!!!!!!!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....semoga dapat menyesuaikan diri dengan tugasan yang mendatang....
Nak balik rumah cepat.....nak baring....nak rehat...penatnya...terbayang-bayang kenikmatan berada di atas tilam yg empuk...waduh!!!....Hari pertama school memang penat...aku rasa semua rakan yang berselisih dengan aku di sekolah mengadu perkara yang sama....penat le zam...tak tau le ngapa...mungkin masih belum biasa dgn kerja-kerja otak kanan kiri...sebabnya lama sgt bercuti...Hari pertama sudah kena beri taklimat pada semua murid mengenai budaya sekolah....kena ingatkan balik sebab manusiakan mudah lupa...termasuk le aku...



Bestnya kalau aku juga dapat baring macam ni kat bilik kaunseling.....penat ni...

Boleh ke anak aku sekolah hari ini....menangis ke dia.....hisssh...jelas nampak kerisauan di wajah parents yang hadir

Murid-murid SKSS tekun mendengar taklimat GPK HEM...tapi ada yang cikgu nampak tak henti-henti menguap...


Tugas pertama aku di hari pertama....menerapkan budaya sekolah kepada murid-murid.......

Menggigil la pula hari ini....maklum la ramai benar parents yang beri perhatian semasa beri taklimat....hehehhehe..


Ini la perkara yang digeruni oleh semua guru....apabila dipantau oleh parents menerusi jendela...errkkkk!!
Akhirnya...loceng keramat berbunyi....murid-murid bergerak pulang bermakna aku pun boleh balik.....Sampai di rumah...bersih diri dan solat...Capai kerepek kentang...baring-baring di sofa sambil tengok AFC....wow!! bestnya....cikgu kaunseling ni penat....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget