Pages

Wednesday, January 19, 2011

Awas Kata-Kata....Jangan Ada Dusta......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......semoga diberkati Allah di hujung bulan pertama tahun 2011.

Cantik dan kemas kerja kamu.....cikgu suka. Ok...murid-murid yang lain boleh ikut macam Azra...kerjanya selalu kemas dan dia pun cikgu nampak seorang yang rajin. Saya tidak suka pujian itu....sebab kata-kata pujian itu saya susah sekarang. Kenapa? Ada kawan saya yang tidak suka saya lebih menyerlah daripada dia. Lebih-lebih lagi bila Cikgu Mariam selalu puji saya. Mula-mula saya ingin bersangka baik cikgu tetapi setiap kali saya dipuji, pasti akan disusuli dengan perkara yang buruk berlaku. Cuba Azra jelaskan, cikgu macam berminat nak tau...Apa yang sering terjadi ialah apabila saya dipuji,kawan saya akan mengadu perkara yang bukan-bukan pada cikgu tentang saya. Saya sedih....ada masa saya dimarah kerana kata-kata dia. Baru-baru ini saya dimarahi teruk oleh cikgu matematik...saya dituduh meniru semasa membuat latihan. Saya tidak boleh terima...ramai saksi dalam kelas yang nampak saya menyiapkan kerja tersebut sendiri dalam kelas. Walaupun ada ramai saksi...dia masih berani berkata dusta tentang saya.Aku cuba mencari alternatif bersamanya...mencari jalan penyelesaian menangani masalah yang dicetus oleh penyakit hati.
Hari ini... Azra datang lagi...mukanya nampak cemas dan gusar...cikgu tolong saya.....Kenapa???...Cikgu Haslina baru aje puji saya....saya susah hati.....Haaiiiiih.....keluhan tiba-tiba keluar dari mulutku.

1.Dusta adalah memberitahu sesuatu yang berbeza dengan kejadian yang sebenarnya baik dilakukan dengan sengaja ataupun kerana dengan sebab-sebab tertentu.

2. Adalah sangat diharamkan berkata dusta dan bahaya menganggap remeh perbuatan dusta, kerana dusta merupakan punca dari segala kejahatan.
3. Barangsiapa dengan sengaja berdusta maka hal itu akan menjadi sifatnya.
Bagi semua anak-anak.....awasilah kata-kata....jangan ada dusta...

2 comments:

  1. Cikgu sekolah tuuuuut...January 20, 2011 at 8:07 PM

    Hai Imanmysara,
    Kat sekolah saya pun situasi yg sama berlaku... bukan murid2 tapi sesama cikgu pulak. Bila ade PHD (perasan hasad dengki) macam2 dia orang sanggup buat.... tipu, dusta,laga2kan sesama cikgu, sabotag...ahhh kadang2 tak masuk akal. Sedih bila memikirkan ade insan yg bergelar cikgu berperangai macam ni. Ape akan jadi pada anak2 kita nanti kalau cikgunye macam ni...

    ReplyDelete
  2. Salam...Cikgu sekolah...perkara mcm tu mmg lumrah....harap Allah bukakan pintu hati dan mereka cepat sedar krn walau apa pun tindakan mereka ....yakin bahawa rezeki itukan ditangan Allah....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget