Pages

Sunday, January 16, 2011

SELAMAT DATANG KE TAHAP DUA..........MURID-MURID TAHUN 4

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Selamat datang ke tahap 2.....sudah besarkan...walaupun ada diantara kamu fizikalnya masih kecil. Umur sudah berubah ke 2 digit...bermakna tingkah mestilah seperti murid tahap 2.....

Antara barisan guru tahun 4 2011

Cikgu Zaidi sedang beri taklimat tentang subjek Matematik

Cikgu Ana memberi tips tentang teknik menjawab Sains

Cikgu Liz sedang memberi perincian bagi BM Kertas 1 dan 2

Cikgu Arnizam sedang memberi taklimat tentang English

Semoga dapat membantu kamu sepanjang tahun ini

Kalau tak faham tanya ok...
Wah!...ada yang suka ada yang tidak bila dah masuk tahun 4. Waktu rehat dan balik sudah berubah.....bukan itu saja....mata pelajaran baru juga akan kamu pelajari. Belajar kenali subjek Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik. Jangan bimbang ye....semua kesulitan yang kamu hadapi pasti ada penyelesaiannya. Kuatkan semangat, jaga sahsiah diri  dan mula mengumpul A dalam setiap mata pelajaran....Jangan malu bertanya kalau kamu tidak faham. Cikgu Arnizam, Cikgu Faridah,Cikgu Liz, Cikgu Zaidi, Cikgu Hazli, Cikgu Ana, Cikgu Ros dan ramai lagi cikgu tahun 4 pesan kat cikgu suruh bagitau ....tanya lah banyak-banyak soalan....mereka dah tak sabar nak jawab.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget