Pages

Monday, January 31, 2011

Sang Arnab Comel Ucap Selamat Tahun Baru Cina..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Hari ini hari akhir sekolah sebelum kami guru-guru dan murid-murid  SKSS bercuti panjang sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 
Wah....begitu ceria wajah mereka....sedari perhimpunan tadi, aku lihat guru-guru dan murid-murid yang kampungnya jauh asyik senyum-senyum sendiri. Mungkin ada perancangan untuk pulang ke kampung bertemu dengan insan tersayang. Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan aku yang meraikannya...Chang, Tan dan Emily...
Gong Xi Fa Cai...Limau pun dah byk kat sekolah...Thank you Mr Eric. Mengikut zodiak cina tahun 2011 adalah tahun arnab yang bermula 3 Februari 2011 hingga 22 Januari 2012. Ni hanya untuk pengetahuan saja ye terutama bagi rakan kaunselor...mungkin bagi kita yang beragama islam lebih mempercayai kepada Yang Maha Esa... Mengikut masyarakat cina, orang yang lahir pada tahun arnab adalah adalah seorang perahsia dan ada sedikit personaliti introvert. Namun mereka juga amat gembira apabila bersama dengan rakan-rakan baik. Mereka yang lahir pada tahun "Bunny" ni adalah seorang guru yang baik, kaunselor yang bagus dan perantara yang mahir tetapi mereka ini sentiasa inginkan ruang buat diri mereka sendiri.....Mereka akan menjadi guru dan kaunselor yang hebat kerana mereka sangat berdiplomatik dan mempunyai perancangan yang teratur .
 Bagi yang lahir tahun arnab...tidak salah kalau mengikut ciri-ciri  baik yang dicatat bagi orang arnab iaitu bijak, penyabar dan baik hati. Apabila dia marah dia akan menangani dengan sabar dan jarang meninggikan suara....
Buku  dihempas atas meja....suara bercakap kuat-kuat, gerammmm....dah hilang sabar ni.......jeritnya kuat...suaranya tak putus-putus mengeluarkan kata-kata amarah...
Aku teringin nak tahu tarikh lahirnya lalu aku bangun dan cepat-cepat pergi check ....lahir tahun arnab dia nih.....aikkk peliknya aku.....
Apapun aku lahir tahun ayam......sentiasa berkhidmat mengejutkan orang dan diri sendiri.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails