Pages

Friday, January 14, 2011

PROMOSI.....TAWARAN HEBAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....hari ini cikgu ingin membuat tawaran paling hebat.....promosi yang bagus dan yang bestnya ia percuma....free!


WELCOME!
  Jemputlah dtg ke bilik kaunseling......tak nak la cikgu, saya tak buat salah apa-apa pun...buat apa saya nak kena pergi bilik cikgu.....Tawaran aku ditolak mentah-mentah.
Jom ...ikut cikgu ke bilik kaunseling nak? Nak...tapi saya malu la cikgu....nanti kawan nampak...diaorg mesti kata saya murid bermasalah.
Masih ramai yang mempunyai pandangan salah tentang perkhidmatan kaunseling. Macamana ye nak memberi maklumat tepat tentang perkhidmatan apa yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.

Sila datang kalau kamu:-
1. Ingin belajar dengan lebih berkesan.....cikgu saya baca buku berjam-jam pun tak masuk otak....ok..dtg ye utk kemahiran belajar.
2.Ingin merancang kerjaya masa depan......saya minat Sains dan Matematik.....saya nak sambung belajar kat mana ye nanti? Jom dtg...kita bincang
3.Suka merancang jadual waktu belajar......saya tak sempat nak siapkan kerja rumah.Banyak sgt.... jumpa cikgu...kat bilik cikgu ada jadual kosong ...kita susun masa sama-sama
4.Tidak minat belajar?....cikgu...kalau sya buka buku mesti tidur...oh...ye ke....mari la dtg ke bilik kaunseling...cikgu bagi tahu cara-cara supaya kamu boleh baca buku dan tidak mengantuk.....
5.Tidak tahu teknik belajar berkesan....saya pelik la cikgu.....kawan sya tu tak baca buku langsung tapi result dia semua A....ok....mungkin cikgu boleh tolong kamu dapat A juga..
6.Menghadapi masalah peribadi dan emosi.....cikgu saya sedih....rasa nak nangis.....jom ke bilik cikgu mungkin kita boleh kongsi cerita...
7.Apa itu perkhidmatan kaunseling saya tak faham.....cikgu boleh terangkan...kat bilik kaunseling ada banyak info mengenai kaunseling.

Datang tau jangan malu......lagipun kat bilik cikgu ada banyak gula-gula......hehehehehe....



















3 comments:

  1. kalau saya kata , ckg ... sy dan kwn sy ni bercite-cite tinggi nk jd jutawan cilik ... tp ... kami tak dpt nk usaha dgn sepenuhnya tanpa rancangan yg betul ....

    apa kata cikgu ?

    ReplyDelete
  2. Salam IMah......wow cita-cita yg amat memberangsangkan.....jemput dtg ke bilik cikgu ...mungkin kita boleh sama2 buat plan awal ke arah laluan jutawan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu atas perkongsian ini,saya mohon untuk share perkongsian ini..tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails