Pages

Monday, October 31, 2011

Hanya 3 Hari....

Assalamualaikum....salam sayang anak-anak dan teman-teman.......Program RIMUP sekolah SK Sri Skudai.....dengan dana yang disediakan adalah tidak bagus bagi aku seorg kaunselor untuk tidak melaksanakan program.
Thanks Cekgu Liez.....J-Robik
Cuma 3 hari....tarikh terlalu padat dgn program-program lain....sehingga cikgu berebut-rebut..
Rakan-rakan baru dari sekolah kelompok
Alhamdulillah berkat 3 org guru Hyreen+Jega+Rubi= terhasil le satu persembahan yg amat superb.
Thanks ye murid-murid.....latihan berjam2 selama 3 hari.
Thanks pada semua guru pengiring dan murid-murid sekolah kelompok kerana sudi hadir memeriahkan program ini....
Emmm...makan sama2, duduk sama-sama....saling bertukar cerita.....objektif untuk integrasi pelbagai kaum sudah pasti tercapai.....
Thanks juga kpd semua AJK Unit Kaunseling kerana bersama-sama menjayakan program ini. Mission accomplished.... :)


Tuesday, October 25, 2011

tAk tAhU.....

Assalamualaikum...Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Aku tak tahu mengapa....sejak akhir-akhir ni aku cukup malas nak mengupdate blog aku. Dalam hati begitu bersemangat tapi realitinya tidak. Menulis adalah hobi aku selain daripada memasak. Mungkin aku sibuk dengan tugas aku, hubby tercinta, anak-anak dan teman-teman sporting aku...Alasan jangan bagi alasan kerana aku bukan orang yang suka bagi alasan....Mungkin aku dah berputus asa untuk terus menulis......sebagai kaunselor wajarkah aku cepat berputus asa. 


Drs M. Sofyan Lubis pernah memberi beberapa tips untuk tidak mudah berputus asa....ingatan untuk aku sendiri....
1. Jangan gusar dalam menghadapi hal-hal kecil. Kita tidak perlu cemas dan risau terhadap masalah kecil, anggaplah sebagai ujian untuk kita mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

2. Ingatlah semua masalah besar adalah hal-hal kecil. Masalah-masalah yang kita hadapi jauh lebih kecil daripada kurnia Allah yang telah kita terima.
3. Fahami  setiap  masalah pasti ada jalan keluarnya. Sehebat manapun masalah Allah pasti memberikan jalan penyelesaiannya.
4. Kegagalan bukan bererti berakhir semuanya. Setiap kegagalan merupakan titik awal untuk meraih sebuah kejayaan.Ini adalah kerana kegagalan adalah kejayaan yang tertunda selama kita terus berusaha tanpa rasa putus asa.
5. Syukuri nikmat Allah yang kita terima. Jangan bandingkan apa yang kita perolehi dengan nikmat yang diperolehi oleh orang lain yang akan menimbulkan rasa iri, dengki dan ini semakin menyiksa diri sendiri. Kembali bersemangat menulis selepas aku menonton cerita Julia and Julie kat HBO tadi. Aku mesti teruskan hobi menulis aku....sama seperti aku tidak berputus asa dalam mencuba resepi baru.....Ehh.....panjang juga entri aku walaupun tajuknya Tak Tahu....hahahaha....aku dah mula menulis kembali. Alhamdulillah!









Saturday, October 15, 2011

Jom Berkhemah #2

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Sambung lagi cerita tentang perkhemahan....ok tak? Sesi malam pula ada persembahan malam kebudayaan.
Puteri Islam
Biasa le....masa kita kecil dulu....kalau sebut camping, sure ada camp fire pelbagai....atas tunjuk ajar guru dan usaha murid maka terhasil la 4 persembahan dari 4 unit.....
PBSM
Takde nak bertanding.....orang kata just for fun especially untuk anak-anak kecil yang sudah rindu kat mama kerana malam tak leh tidur atas katil bertilam empuk bertemankan mak.
Tunas Puteri
Pengakap
Malam nanti kena tidur ngan kawan-kawan.....dalam khemah......
Ini experience yang bagus untuk perkembangan kamu. Kamu belajar untuk berdikari....buat semuanya sendiri.
 Menurut Roopnarine dan Johnson (1997)  kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif ,oleh itu mereka harus diberi pendidikan seawal mungkin.
Menurut Wright dan Sugden (1999) pula, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.
Diharap....pengalaman anak-anak semasa berkhemah dapat membantu meningkatkan kematangan diri.....cikgu tengok dah boleh lipat baju/masak/basuh pinggan.....mesti mak gembira....Sayang anak mak.....alolololo....dah boleh buat semua sendiri ye...





Friday, October 14, 2011

Jom Kita Berkhemah..#1

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Semua murid tersenyum happy apabila GPK K0k0 umumkan bahawa perkhemahan unit beruniform akan diadakan. Semua nampak girang terutama murid-murid tahun empat......ye la....pengalaman baru yang pasti menjanjikan keseronokan.
Bagi cikgu pula......emmmmmm.....berkhemah????.....tidur kat sekolah????.....Hati rasa tidak begitu seronok.....bukan kerana bebanan tugas tapi mengenangkan ramai rakan-rakan guru yang lain tiada di sekolah pada masa itu...Ramai....sangat ramai....
Ada yang berkursus....ada yang menanda.....ada yang tidak sihat....ada yang cuti bersalin.....ada yang berkuliah.Boleh ke kita yang tinggal ni uruskan semua.....Tentu boleh....pasti boleh.....melihat wajah murid-murid yang menghitung hari untuk berkhemah.....semangat bersinar kembali.....
Cam mana nak memberi suasana seronok di kalangan rakan-rakan....

Idea datang dan dengan bantuan/sokongan kakak-kakak KSSR ...kak ainum dan kak ana.....
jom kita masak-masak nak.....
Terhasillah jemput-jemput bawang yang panas.....minum pula kopi panas yang hitam lagi pekat......
makan bersama-sama.....di bawah pokok....ditepi tapak perkhemahan....
suasana yang tadinya agak boring tetiba bertukar menjadi sangat seronok.......



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget