Pages

Friday, October 14, 2011

Jom Kita Berkhemah..#1

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Semua murid tersenyum happy apabila GPK K0k0 umumkan bahawa perkhemahan unit beruniform akan diadakan. Semua nampak girang terutama murid-murid tahun empat......ye la....pengalaman baru yang pasti menjanjikan keseronokan.
Bagi cikgu pula......emmmmmm.....berkhemah????.....tidur kat sekolah????.....Hati rasa tidak begitu seronok.....bukan kerana bebanan tugas tapi mengenangkan ramai rakan-rakan guru yang lain tiada di sekolah pada masa itu...Ramai....sangat ramai....
Ada yang berkursus....ada yang menanda.....ada yang tidak sihat....ada yang cuti bersalin.....ada yang berkuliah.Boleh ke kita yang tinggal ni uruskan semua.....Tentu boleh....pasti boleh.....melihat wajah murid-murid yang menghitung hari untuk berkhemah.....semangat bersinar kembali.....
Cam mana nak memberi suasana seronok di kalangan rakan-rakan....

Idea datang dan dengan bantuan/sokongan kakak-kakak KSSR ...kak ainum dan kak ana.....
jom kita masak-masak nak.....
Terhasillah jemput-jemput bawang yang panas.....minum pula kopi panas yang hitam lagi pekat......
makan bersama-sama.....di bawah pokok....ditepi tapak perkhemahan....
suasana yang tadinya agak boring tetiba bertukar menjadi sangat seronok.......



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails