Pages

Tuesday, October 25, 2011

tAk tAhU.....

Assalamualaikum...Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Aku tak tahu mengapa....sejak akhir-akhir ni aku cukup malas nak mengupdate blog aku. Dalam hati begitu bersemangat tapi realitinya tidak. Menulis adalah hobi aku selain daripada memasak. Mungkin aku sibuk dengan tugas aku, hubby tercinta, anak-anak dan teman-teman sporting aku...Alasan jangan bagi alasan kerana aku bukan orang yang suka bagi alasan....Mungkin aku dah berputus asa untuk terus menulis......sebagai kaunselor wajarkah aku cepat berputus asa. 


Drs M. Sofyan Lubis pernah memberi beberapa tips untuk tidak mudah berputus asa....ingatan untuk aku sendiri....
1. Jangan gusar dalam menghadapi hal-hal kecil. Kita tidak perlu cemas dan risau terhadap masalah kecil, anggaplah sebagai ujian untuk kita mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

2. Ingatlah semua masalah besar adalah hal-hal kecil. Masalah-masalah yang kita hadapi jauh lebih kecil daripada kurnia Allah yang telah kita terima.
3. Fahami  setiap  masalah pasti ada jalan keluarnya. Sehebat manapun masalah Allah pasti memberikan jalan penyelesaiannya.
4. Kegagalan bukan bererti berakhir semuanya. Setiap kegagalan merupakan titik awal untuk meraih sebuah kejayaan.Ini adalah kerana kegagalan adalah kejayaan yang tertunda selama kita terus berusaha tanpa rasa putus asa.
5. Syukuri nikmat Allah yang kita terima. Jangan bandingkan apa yang kita perolehi dengan nikmat yang diperolehi oleh orang lain yang akan menimbulkan rasa iri, dengki dan ini semakin menyiksa diri sendiri. Kembali bersemangat menulis selepas aku menonton cerita Julia and Julie kat HBO tadi. Aku mesti teruskan hobi menulis aku....sama seperti aku tidak berputus asa dalam mencuba resepi baru.....Ehh.....panjang juga entri aku walaupun tajuknya Tak Tahu....hahahaha....aku dah mula menulis kembali. Alhamdulillah!









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails