Pages

Sunday, July 31, 2011

# 1 - Salam Ramadhan Al- Mubarak Teman..

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman, suasana itu sudah terasa.....berdiri di luar rumah dan menjadi pemerhati kita akan dapat rasakan kehadirannya melalui hembusan angin lembut. Bulan keberkatan tiba lagi. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat keluargaku, saudaraku dan semua teman-temanku. Semoga tahun ini amal ibadat kita lebih sempurna dari tahun lepas.

Untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini, persiapan rohani amat perlu. Ramai yang sudah berpuasa semasa bulan Rejab dan Syaaban. Jadi bila tiba Ramadhan...alhamdulillah sudah biasa. Diharapkan kita lebih banyak berinteraksi dengan al-Qur’an.Kita juga digalakkan untuk melipat gandakan amalan bersedekah,  Pahala bersedekah pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.
Salam Ramadhan untuk semua. Jom solat tarawih....

Friday, July 29, 2011

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......Barangsiapa yang diilhamkan tiga perkara, maka dia akan mendapat tiga perkara:

1.orang yang diilhamkan untuk berdoa, ianya akan dikabulkan
2.orang yang ditunjukkan untuk istighfar, dia akan diampunkan
3.orang yang dianugerahi petunjuk untuk bersyukur, dia akan memperolehi tambahan rezeki.
Program bersama Unit Kecemerlangan UPSR dan Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana UPSR.
Semoga Allah memberkati segala usaha kami dan memberi ketenangan kepada semua calon UPSR agar mendapat
keputusan yang cemerlang. Amiiiinnn.
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua ibubapa yang turut serta dalam majlis semalam walaupun serentak dengan perlawanan bola sepak Singa dan Harimau.

Wednesday, July 27, 2011

Cikgu Saya Cantik..Cikgu Saya Kacak

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....Keluhuran hati, tutur bicara dan budi pekerti adalah kecantikan manusia yang paling indah.
Murid-murid sekarang sudah pandai menilai.....saya suka cikgu yang handsome macam Aaron Aziz ( aku pun nak belajar dengan cikgu nih...hehehehe)....
Thanks 4 the pic Mr Google
kalau cikgu perempuan macam Fasha....kalau yang pakai tudung....cantik macam Yuna pun ok la....
Itu le kriteria yang diletakkan oleh seorang murid yang baru berusia 10 tahun. Cikgu-cikgu terutama cikgu perempuan terpaksa berusaha keras untuk menepati kriteria yang disebut. Maka bermulalah era fesyen-fesyen tudung dan busana yang cantek-cantek menyebabkan murid asyik memandang. Mungkin berpuas hati la kot melihat cikgu cantik.
Aku sedang duduk di dataran pada suatu pagi yang gelap.....tiba-tiba telinga tertangkap suara halus murid-murid sedang berbual-bual. Kita pilih cikgu A la untuk kategori cikgu bergaya....maka mereka berempat bersepakat. Datang seorang murid lagi menyampuk...Eh...eh...tapi Cikgu A pakai tudung tak kemas...brooch pun kadang-kadang tak sesuai dengan tudung...Erkkkk....bijak menilai sungguh budak-budak sekarang.....
Tahniah cikgu-cikgu anggun yang sentiasa menjaga personaliti diri dan tahu berfesyen namun masih sopan mengikut batasan agama......kadang-kadang serba -salah juga jadi cikgu ni....Nak pakai meriah-meriah nanti dikata over pula. Tak pakai cantik-cantik.....dikata selekeh pulak. Dah tentu masa perhimpunan nak berdiri sebelah rakan yang meriah pun segan.
Ada seorang guru baru datang padaku....Kak.....geram betul....saya dah pakai tudung ala-ala Yuna.....budak kata saya pakai tudung tak siap.....hahahaha.....tak apa dik....comeelll...Jangan risau teman-teman.....menjaga penampilan untuk kepuasan diri setelah penat bekerja......Hari ni ada orang jual tudung tak...ala jenama yang baru tu.....aku nak beli... ; ))

Monday, July 25, 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR Datang Lagi.

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....untuk menjadi seorang yang berjaya contohnya seorang jurutera/doktor/usahawan/..kita kena berangan tentang kejayaan itu dalam kotak minda terlebih dahulu.
Sekolah senyap sunyi.........Syshhhhhhhhhhh.......cuba dengar.... tak ada satu pun bunyi suara.....sesekali terdengar bunyi batuk-batuk kecil. Pak Cik.....tukang kebun pun perasan sekolah senyap...Semua murid sedang menduduki peperiksaan percubaan UPSR dan PKBS 3 hari ini. Wajah-wajah guru ada yang nampak agak rungsing....ye la takut ada murid yang tidak boleh jawab soalan.

Tips Semasa Menjawab Peperiksaan
1.Masuk kelas/dewan dengan kaki kanan ye....jangan main langkah aje.
2.Pastikan kerusi ok supaya boleh duduk dengan selesa.
3.Keluarkan alat tulis yang dah disiapkan semalam
4. Tak payah la bawa masuk bahan-bahan bacaan yang dilarang.
5. Jangan lupa baca doa penerang hati
6.Takut ye....ok lakukan senaman pernafasan dan banyakkan berselawat
7. Wajah mesti senyum selalu supaya tenang.
8. Bercakap pada diri sendiri bahawa Allah akan sentiasa membantu.
Tips Semasa Menjawab Peperiksaan
Cikgu akan edarkan kertas soalan sekarang......
1.Mulakan dengan lafaz Bismillah
2.Baca arahan kertas soalan dengan teliti
3.Bahagikan masa yang diberi sewajarnya.
4. Jawab ikut kehendak soalan bukan apa yang kita tahu.
5.Sekiranya ada kemusykilan....angkat tangan tanya ok
6.Biasalah jawab soalan yang mudah dulu.
7.Macamana tiba-tiba tak boleh jawab.....jangan panik...letakkan tangan di ubun-ubun dan berselawat.....usap tangan dari depan ke belakang. Insyaallah....lupa akan menjadi ingat kembali.
8. Jangan lakukan perkara yang menimbulkan syak kamu meniru.
Jangan Lakukan Perkara Ini
1. Over Confident- ada beberapa orang yang cikgu kenalpasti
2.Menjawab soalan syok sendiri bukan mengikut apa yang dikehendaki oleh soalan.
3.Tulisan yang tidak kemas
4.Gopoh -gapah
5.Soalan tak habis lagi dibaca tetapi telah menanda jawapan
6.Harapan yang terlalu tinggi
7.Panik tidak menentu
8.Kebimbangan yang melampau- cikgu saya takut gagal...
9.Tidak pandai urus pembahagian masa dengan betul
10.Lorek pilihan jawapan yang tidak betul... nak jawab B...lorek D
11.Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
12.Dah jadi habit.....asyik pergi toilet aje.
Good Luck kepada semua yang menduduki peperiksaan hari ni.....


Friday, July 22, 2011

Sepotong Cake Coklat.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......hidup ini seperti sekotak coklat, kita tidak tahu  apa yang akan kita hadapi.Hari ini hari lahir orang yang tersayang...... 
 sentiasa bersama aku waktu susah dan senang
                Sentiasa menyokong sehingga aku berjaya
            Tak jemu memberi kasihnya....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
Semoga panjang umur dan murah rezeki....
thanks Mr Google....

Tapi tak boleh celebrate lagi sebab
 dia outstation la plak...
So....aku menikmati sepotong cake coklat
sambil mengenang semua saat manis bersama....
kan kita kenal dari sekolah lagi...
Coklat ni kalau nak menikmati keenakannya
 kena makan pelan-pelan.
Bila tiba ulang tahun kelahiran....agak-agaknya apa perkara basic yang diinginkan...
1. Mesti la cake...pulut kuning pun sedap + rendang mak buat
2. Suprise party
3. Hadiah besar-besar...kalau kecil ...pastikan mahal ye..hehehehe
4. Orang-orang tersayang untuk share kegembiraan
5. Doa/Card/ucapan kat FB/SMS
6.Balloon....deco2 bagi nampak meriah
7. Makan kat tempat best-best... Lagi...?
Perkara yang tak diinginkan..... sudah tentu la orang lupa bila birthday kita........
Selamat Ulangtahun juga pada semua yang menyambut birthdaynya hari ini....apa agaknya hadiah yang kita inginkan untuk birthday kita kali ini.....errmmmmmm.....

Thursday, July 21, 2011

Hujan dan Perasaan Itu....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........ hujan lebat itu turun untuk memberikan cahaya pelangi yang indah dihujung nanti......motivasinya dalam hidup ini tiada kemanisan tanpa ada kepahitan, pasti ada dugaan dan rintangan. Manusia yang ingin menikmati kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Sebab itu Allah hadirkan pelangi yang indah dan siulan kedamaian sang burung selepas hujan.

Thanks 4 the pic....
Hujan turun mencurah-curah.....lebat sungguh....aku berdiri di tepi jendela melihat anak-anak murid ku gembira berjalan dalam barisan.....walaupun basah.....jelas keseronokan di wajah mereka. Tidak ada seraut pun wajah masam bagi anak-anak ini.....misteri sungguh perasaan bila hujan tiba. Aku suka bila time hujan. Sama seperti adik bongsuku....kami bersependapat bahawa hujan mengeluarkan satu aroma yang menyebabkan otak kita akan menerawang mengenang kisah lalu......
Ada orang akan menggunakan kesempatan ini untuk menarik selimut dan tidur...Ada pula yang akan duduk di tepi tingkap/ balkoni seperti aku sambil melihat titisan air yang jatuh. Yang paling best bila movie yang ada adegan love story....ada scene pasangan kekasih dalam hujan.....wow....dramatik sungguh...
Pasti kita akan terkenang saat kecil kita mandi hujan.....menadah tangan comel di tepi bumbung dan kaki kecil memijak lopak air hujan.....sejukkk.....
Aku masih berdiri.... melayan filem kisah hidup sendiri dalam minda sambil muhasabah diri.......Tiba-tiba terasa rindu saat itu.........



Thanks Cumi.....kamu memang berbakat.....

Memasak Meningkatkan Motivasi?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim).
Benarkah memasak itu boleh meningkatkan motivasi? Hanya orang tidak kenal putus asa sahaja akan berjaya memasak makanan sehingga ke tahap paling enak.

Antara masakan yang berjaya aku buat....
Cuba bayangkan sekiranya kita sedang membuat sebiji kek tapi kek itu tak jadi...tak naik gebu, keras dan bantat.....adusss... mesti kita frust gile...sampai nak nangis rasa bila mengenangkan kita dah keluarkan kos untuk beli bahan-bahan....bagi yang mudah putus asa....kek dibaling terus ke dinding....ok...tak nak buat lagi. 
Berhasil setelah berkali-kali cuba......
Bagi yang tidak putus asa...motivasi diri akan makin meningkat.....cubaan untuk membuat kek kali kedua akan dibuat...Kalaulah jadi elok...naiknya cantik....sure rasa puas hati yang amat sangat....Senyum-senyum....lebih-lebih lagi bila orang puji sedap, pegang-pegang...nak makan pun sayang....Hebat juga aku memasak ......maka motivasi menggerakkan diri untuk mencuba menu lain pula. 
Memasak meningkatkan motivasi aku....
 Aku pun awalnya bukan pandai memasak pun. Sekarang pun masih belajar.Masih ingat saat awal perkahwinan, ingin menyediakan sarapan buat suami tersayang....aku pun bersemangat menggoreng mee...tapi tak jadi...pelik rasa...(tak sedap la senang cerita). Bila suami tak habis makan dan memberi komen seperti juri Top Chef...aku sangat berkecil hati lalu menangis. Takpa abang tak nak makan....saya bagi kucing aje...Aku terus mencurah mee ke dalam pinggan kucing. Raungan aku bertambah kuat bila kucing cuma cium bau lalu lari keluar rumah......Aiyaaaaaaaa!!!!
Tips yang ingin dikongsikan semasa di dapur
1. Berwuduk sebelum mula memasak.
2. Pastikan kepala ditutup dan pakai pakaian yang sopan.
3.Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah ketika melakukan aktiviti memasak seperti membasuh ikan/ayam
4. Cuci bahan mentah dengan air mengalir,seeloknya bilas 3 kali dan berselawat.
5.Elakkan masak seafood bersama ayam di dalam satu menu.
6. Lakukan kerja-kerja dengan tangan kanan.
7.Tutup  makanan apabila sudah dimasak.
8. Masak makanan berkuah lebih elok.
9. Hidang makanan apabila orang sedia untuk makan.
Adios....nak pergi wat spaghetti bolognese.....harap la menjadi.....

Wednesday, July 20, 2011

Facebook- Sebuah Kisah yang Panjang........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Facebook ni macam fridge. Bila kita bosan, kita akan buka tutup buka tutup setiap beberapa minit dan lihat ada apa yang best kat dalam......Tanya le pada semua orang sapa yang takde akaun FB. Tujuan awal ialah mencari kawan lama...mengeratkan hubungan adik beradik dan saudara yang terpisah jauh.

Tapi kini FB sudah menjadi sebuah kisah yang panjang......seronok sangat meninjau-ninjau dinding rakan-rakan.....Kita boleh tahu perasaan kawan melalui status, kita tahu siapa pasangannya, kita tau dia makan apa ari tu, kita tau restoran mana dia pergi, kita tau berapa harga makanan dia, kita tau dia pegi mana, kita tau dia bercuti kat mana, kita tau dia masak apa,kita tau dia beli apa, kita tau harga barang yang dibeli,kita tau dia guna brand apa, kita tau bila dia gaduh2 manja dengan kawan, kita tau dia main game apa, kita tau dia sihat ke sakit, kalau sakit..kita tau dia sakit apa, kita tau bila dia balik kampung dan yang paling best walaupun tak pernah pergi rumah dia....kita tau setiap ruang yang ada dalam rumah dia....Apa pun semoga Allah sentiasa pelihara hati supaya niat kita hanya untuk berkongsi rasa bukannya riak...aku ada...engkau tidak. Mungkin apa yang kita miliki....dimiliki juga oleh insan lain...Malah lebih hebat.
Itu kalau sorang kawan....kalau kita ada 1000 orang......walllaaaa!!!!! memang sebuah kisah yang sangat panjaaaannnnnnnnnnnnnnnnnng......

Monday, July 18, 2011

Majlis Konferens Ibu Bapa - Harapan Tinggi...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Program rutin Unit Bimbingan dan Kaunseling datang kembali.....tadddaaaa......hehehehe.....cikgu kaunseling sila selaraskan bagi ok tau.....Ok ...baik boss...
Seperti tahun sebelumnya program ini sebenarnya adalah pertemuan antara Guru Besar, guru-guru tahun enam dan guru kaunseling dengan mak ayah. Sehari sebelum majlis, sedang aku membeli pisang goreng ada seorang emak bertanya....nak jumpa lagi ke cikgu....kita ni bukannya ada cuti...kan Hari Terbuka dah jumpa?
Ini maksudnya Puan....Masa ini puan boleh berjumpa
dengan semua guru mata pelajaran.
Puan boleh jumpa Guru Besar juga.....
Puan boleh jumpa cikgu Sains...kalau
anak puan lemah subjek tu..
Puan boleh jumpa saya juga........
Dan puan boleh mendengar setiap guru
matapelajaran memberi komen tentang anak-anak
dan cara menangani. Cukup baguskan....
Dalam menangani masalah tingkah laku murid-murid, kita guru dan ibubapa  berdepan dengan masalah yang sama. Ala....macam lagu "Kita Serupa"...Headwinds. Perkara ini telah diakui oleh Pakar Motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa dan guru perlu bersatu untuk melahirkan generasi muda yang mampu memimpin negara dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
"Sekiranya ibu bapa dan guru tidak bersatu dalam membentuk pelajar menjadi insan yang berwawasan dan berwibawa, amat sukar melahirkan generasi pelapis yang berkarisma dalam memimpin negara pada masa depan," kata pakar motivasi pujaan saya ni....
Senario saling menyalahkan antara satu sama lain yang kerap berlaku di hampir semua sekolah di negara ini harus dielakkan.
Terkenang beberapa tahun yang dulu pernah terdengar dua ayat daripada 2 orang ibu.
Ayat 1 - Anak saya dapat 5A sebab saya hantar dia tuisyen...kalau nak harapkan cikgu...ermmm...entahlah..
Ayat 2- Anak saya ni tak lulus sebab cikgu la tak pandai ajar....
Errrmmmmm.....siannnya......cikgu....

Sunday, July 17, 2011

Nisfu Syaaban 2011 - Istimewanya Bulan Syaaban


Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Salam Nisfu Syaaban...Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari) 
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke merata tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan menjelangnya bulan Ramadhan.
Ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban: Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam
yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Teman-teman dan anak-anak..... marilah kita rebut peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini dengan mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.
Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Sumber- JAKIM/Berita Harian
Akhirnya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci.Alhamdulillah......Selamat berbuka puasa......


Thursday, July 14, 2011

Imuniti Anak Guru...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......kenapa agaknya nenek-nenek...datuk-datuk zaman dahulu cakap sayangkan anak-anak tangan-tangankan.....sekarang baru aku tahu....Aku anak cikgu...mak aku cikgu....ayahku juga cikgu.....maka agaknya jadi le aku cikgu juga. Maka anak-anak aku sekarang adalah anak cikgu.(Aduss....berapa banyak cikgu niihh...hehehe). 
Sayangkan anak tangan-tangankan.....setuju???
Ramai antara kita kaum guru yang anaknya bersekolah di sekolah yang sama. Ye la...senangkan...jalan sehala. Tapi pernah tak teman-teman perasan layanan kita terhadap anak sendiri sewaktu di sekolah. Realitinya layanan sesetengah dari kita sangat ketara tidak adil. Banyak rungutan yang kita dengar dari kaum ibubapa yang bukan profesion guru....anak cikgu boleh pulak datang lambat??? getus seorang bapa. Parenting antara kita tidak sama, maklumlah kita dibesarkan dalam ruang yang berbeza. Ada yang tidak beri muka langsung pada anak-anak. Maksudnya tiada hak keistimewaan pada kamu walaupun kamu anak guru. Kalau murid lain kena denda, kamu anak guru kena juga. Nawaitu supaya anak membesar dalam keadaan normal semasa alam persekolahan... tahu bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan dan tidak sentiasa berada di zon selesa. Tahniah pada rakan-rakan guru yang berfikiran rasional bila anak mereka didenda oleh guru disiplin/guru mata pelajaran dan lain-lain. Walaupun hati kecil seorang ibu@guru agak tersentuh...tapi tetap pasrah bila melihat anak kecil lain yang ibu mereka hanya bekerja menjaja kuih sarapan pagi turut didenda. Bagi yang hatinya kurang puas hati, sebelum bermasam muka dengan rakan sejawat kerana mendenda anak....ingat semasa kita mendenda seorang anak yang ibubapanya bukan guru........
Satu hari cikgu kaunseling meminjam rotan.... dalam keadaan marah dia mengheret anaknya masuk toilet murid....rakan sejawat sudah tegur....cikgu kaunseling tak boleh bawa rotan....sekarang saya seorang cikgu disiplin bukan lagi cikgu kaunseling. Setelah menasihati dan menerangkan apa sebab dia perlu dirotan, aku pun menjalankan tanggungjawab ke atas anakku dengan nawaitu dia tidak mengulangi lagi. 
Isu parenting sangat sensitif....oleh itu mummy daddy... tepuk dada tanya selera....besar nanti anak nak berpersonaliti bagaimana???Kita akan sentiasa bersama merekakah untuk membela nasib....
 Wallahu a’lam



Tuesday, July 12, 2011

Cikgu Sayang Saya ...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,kita sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu, sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa tidak semua yang kita tahu adalah benar.
Seronok tak kalau jadi bahan cerita guru-guru....kita akan dijadikan topik utama dalam perbualan guru-guru di kantin, di bilik guru, di tandas malah dimana jua...Kalau cerita baik maka tersenyum lebar dan kembang le hidung kita tapi kalau cerita buruk...nak dongak muka pun malukan.
Cerita yang baik tentang murid yang baik....
Cikgu kaunseling suka tengok seorang murid ni...hari-hari cikgu akan turun ke kantin walaupun tidak lapar untuk melihat dia...lebih kurang macam secret admire la... Dia ni murid biasa aje bukan antara gang popular kat sekolah tapi cikgu suka tengok dia. Kalau dia nampak cikgu, mesti dia ucap salam sambil cium tangan. Paling suka tengok masa dia makan. Dia akan beratur dengan tenang dan sabar untuk membeli makanan. Selepas siap membeli, dia akan membasuh tangan dan terus duduk. Doa makan dia tidak pernah lupa baca. Cara dia menyuap makanan menarik hati cikgu. Perlahan-lahan dia mengambil makanan dan mengunyahnya dengan tertib. Walaupun kadang-kadang dia hanya makan roti tapi cara dia makan membuatkan makanan itu nampak sangat lazat. Walaupun kawan-kawan sekeliling membuat bising, dia tetap bertenang.
Dia antara murid yang sentiasa menjadi tajuk bualan kami cikgu-cikgu...yang pasti cerita tentang dirinya semua yang indah-indah belaka....

Wednesday, July 6, 2011

Adik Angkat Abang Angkat Kakak Angkat....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Brothers and sisters are as close as hands and feet.....weeee....hari ni tiba-tiba teringat kat kakak angkat aku....Akak Supinah Bt Amir yang baik hati. Dia banyak mengajar aku tentang hidup dan paling aku suka dia turunkan ilmu memasaknya
pada ku...resepi roti maryam nya amat sedap dan buat aku femes...hehehehe..
Sedappppnya lunch kat umah akak....
Sebenarnya trend adik/kakak/abang angkat ini sudah glamer masa aku sekolah lagi. Kalau ada yang cun...comel....hensem sure cepat la diangkat menjadi adik/kakak/abang. Kadang-kadang boleh jadi gaduh sebab kes angkat-angkat ni. Ada kat sekolah tu yang sampai putus hubungan dua hati dek sebab cemburukan adik angkat cun....pernah berjumpa dengan seorang adik angkat yang kini sgt menyesal kerana telah menyebabkan hubungan abg angkatnya dengan tunang putus....sesalannya bertambah bila sekarang dia ditimpa musibah berkaitan hati.....“What goes around, comes around”....nak kata apa lagi sebab masa hubungan abang angkatnya berantakan...dia amat gembira...
 Sebenarnya tiada istilah abang angkat dalam islam.. Seperti yang kita maklum abang angkat adalah ajnabi (bagi yang berlainan jantina).Bila kita duduk bersama-sama ajnabi, bersembang, outing... makan/jalan dengan ajnabi boleh
diklasifikasi seperti menghampiri zina.
Walaubagaimana pun, sekiranya ada antara
anak-anak yang ada abang/kakak angkat,
jagalah batasan mengikut lunas-lunas agama.
 Pastikan hubungan itu menjurus ke arah kebaikan. Wokeh...
 Bagi yang sama jantina, apa salahnya kita berkongsi rasa dan cerita....sayang menyayang....itu lebih baikkan..


Sunday, July 3, 2011

1 Murid ... 1 Sukan.... 1 Malaysia = 1 Hati...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Esok kena hadir sekolah ye.....kita berlari......wajah murid-murid nampak seronok....wajah guru....hahahaha....ada yang suka ada yang tak berapa nak suka.....
Murid mendengar arahan keselamatan...
Katanya anggaran seramai tiga juta pelajar dan guru sekolah menyertai larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai 2011 bersempena pelancaran dasar 1Murid 1Sukan.

Sudah tidak sabar utk berlari......
Katanya juga, larian ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran ibubapa terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Saya suka pic ini.....seronok betul cikgu2 berlari
Tak mau ketinggalan, kami warga SK Sri Skudai pun berlarilah bagi mengeluarkan peluh. Seronok juga le, bila dapat berlari bersama murid-murid dan guru-guru yang lain.
Cekgu.....saya dah berpeluh.........
Bagi murid-murid yang cikgu tengok tadi seronok betul berlari........ingat badan sihat otak tentu cerdas....Syabas kepada GPK Kokurikulum dan SU Sukan.....misi terlaksana...seluruh warga SKSS satu hati melaksanakannya...

Saturday, July 2, 2011

Saya Memang Berbakat....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman...............Great things are accomplished by talented people who believe they will accomplish them - Warren G. Bennis.
 Bakat tidak sama dengan kecerdasan. Bakat lebih ke arah pada keterampilan yang ditunjukkan oleh anak. Dengan kata lain, bakat boleh dilihat oleh orang lain.



Di sekolah aku, ramai sungguh murid-murid yang berbakat....yang telah dikenal pasti mahupun yang masih terpendam. Tahniah ...aku ucapkan kepada Fatimah Zahra yang telah berjaya menjadi johan pidato dan sekaligus melayakkan beliau mewakili daerah Johor Bahru. Kamu memang berbakat....
Bakat haruslah diasah  terus-menerus melalui latihan. Bakat tidak akan berkembang bila tak ada pemangkinnya dan mungkin akan hilang. Selain bakat, mereka harus juga mempunyai minat. Dengan adanya minat ia akan mengukuhkan bakat tersebut.
Bagaimana mengenalpasti anak-anak  yang berbakat?
Anak-anak yang berbakat  lebih cepat menguasai bidang tertentu berbanding dengan anak lain, tanpa berusaha keras. Contohnya anak yang berbakat menyanyi, akan lebih mudah mengenali not,  nadanya juga sangat bagus. Anak yang berbakat dalam bidang linguistik atau bahasa, boleh meniru atau menghafal bahasa asing lebih cepat.Begitu anak yang mempunyai bakat dalam melukis. Hasil seni mereka sangat halus. Mereka memahami warna, hasil sentuhan yang dibuat juga lebih baik dan menarik.
Anak yang mempunyai bakat selalunya mampu memotivasi diri sendiri untuk mempelajari hal-hal yang sangat disukainya. Anak yang suka  bermain piano/gitar atau berenang tidak hanya berlatih bila gurunya datang. Mereka akan berlatih piano/gitar atau berenang tanpa disuruh.
Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.


Ingin Berkongsi..
Cara Mengenali dan Mengasah Bakat Anak
1. Tanamkan Minat
Bakat dan minat selalunya tidak seiring. Ada anak berbakat yang ternyata tidak berminat dengan bakat yang dimilikinya. Bila ini terjadi,  sokongan yang lebih banyak dari kedua ibubapa amat perlu agar bakat anak dapat diasah sepenuhnya.
Sekiranya tidak mendapat sokongan dari ibubapa atau ditanamkan minatnya, bakat yang dimiliki anak tidak akan berkembang. Anak tersebut lambat untuk mengembangkan kemampuannya, terutama ketika menyedari bahwa ia mempunyai bakat dalam bidang tertentu.
 Ujian Bakat:
1. Ada beberapa cara untuk mengenalpasti bakat anak, iaitu: Melihat tingkah laku anak. Aktiviti apa yang sering dilakukannya? Anak lebih berminat pada hal-hal apa?
2. Mengikuti perkembangan anak dengan teliti.
3. Memberikan berbagai rangsangan kepada anak, misalnya dengan memberikan permainan yang pelbagai.
4. Melakukan ujian psikologi (ujian bakat) untuk melihat kelebihan dan kelemahan anak. Ujian ini  dilakukan pada anak berusia 7 tahun. Pada usia ini sudah nampak bakat serta minat anak.


Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.











 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget