Pages

Tuesday, November 27, 2012

Model Kerjaya - Johan Milik Kita

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,  sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan.  Segala yang kau pandang dan dengar, simpan…jadikan pedoman.
Ini adalah 2 orang student tahun
6 yang sanggup membantu aku
dalam menjadi peserta Model Kerjaya. Makluman dan tempoh latihan sangatlah pendek. Aku dan studentku bersama-sama mengumpul maklumat mengenai kerjaya yang kami pilih iaitu Optometris. Setelah itu aku menyiapkan slide show data-data penting dan melatih mereka untuk membuat persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 minit.


Dengan bantuan beberapa orang guru, akhirnya kami bersedia untuk membawa murid-murid ku ke Muar untuk pertandingan peringkat negeri. Bagi kategori sekolah rendah sekolah ku mewakili pertandingan Model Kerjaya, SK Nusa Perintis 1 bagi Motivator Muda dan SJKC Pu Tze bagi Poster Motivasi.



Karnival My Talent Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan membina generasi muda celik minda kerjaya menjelang tahun 2020. Objektif bagi kategori Model Kerjaya pula ialah membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam kerja penyebaran maklumat secara berkesan.
 Hati aku agak yakin sekolahku akan memenangi pertandingan pada mulanya. Dengan strategi 0.1 yang aku gunakan dan bantuan guru-guru lain....aku amat yakin. Selalunya percaturan ku tak salah tetapi bila ada suara yang kurang yakin menyebabkan hati aku mula goyah. Hatiku bertambah berbelah bagi bila aku menyaksikan 9 daerah lain hebat membuat persembahan.
Aku dan Rubi telah bersedia mengemas peralatan kami...melihat cara persembahan daerah ini aku agak mesti johan milik mereka.Pabila daerah Johor Bahru diumumkan sebagai Johan....jantungku berdegup kencang...tanpa ku sedari aku menjerit...Rubiiiii kita menanggggg... Ya..Allah syukur alhamdulillah atas rezekiMu...Qistina dan Arif tahniah ye....Johan memang milik kita....seharusnya aku lebih yakin....




Sunday, November 25, 2012

Program Hati ke Hati - Selamat Bertugas Pada Aku

Assalamualaikum dan salam sayang anak- anak dan teman-teman. Program Jati Diri ~Hati ke Hati peringkat Negeri Johor diadakan di Tiram Indah Village... 3 hari tu.. Nama aku tersenarai sebagai salah seorang urusetia. Happynya.....boleh la beralih angin keluar dari sekolah....Errkkk...tak lah...gurau je...Cikgu-cikgu tahun enam ke USS Singapore, aku akan ke kem ini....Tapi kan bila melihat senarai nama AJK yang terlibat, aku dah tak sabar nak pergi. Ni lubuk ilmu....ramai kaunselor yang hebat-hebat dan penuh ilmu didada....Dapat le aku share untuk meningkatkan diri.


Awal pagi  tiba di kem dan terus membantu dalam kerja-kerja urusetia....pendaftaran peserta, fasilitator dan urusan borang dan fail-fail peserta. Bekerja sambil bergurau dan berbual-bual mengenai masalah manusia membuatkan aktiviti hari itu amat seronok. Ditambah pula dengan kehadiran En Shamsul dan En Husnizar bagi memantau dan membantu anak buah melaksanakan tugas.
Objektif pelaksanaan program ini
adalah untuk :-

1. Membantu murid memperoleh kesedaran mengenai sikap dan tingkah laku.                          2.Memupuk nilai asertif dalam diri murid.                  3.Membina dan mengukuhkan nilai kerohanian dalam diri. 

 4. Membimbing murid agar lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri.    5.Membina keyakinan dalam diri murid. Aku doakan agar semua peserta dapat manfaat daripada program ini.
 
Sepanjang aku berada dikem ini, hati aku sangat teruja dan lega. Dapat melibatkan diri dalam aktiviti bersama murid-murid ini membuat aku lebih faham erti apa itu kemanusiaan......
 

Kejayaan Cemerlang Bersama UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya kata Prof. Datuk Hj. Shahnon Ahmad. Keputusan UPSR 2012 sudah diumumkan...macam biasa ada yang senyum gembira, ada yang menangis duka, ada yang tidak punya apa-apa rasa.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan UPSR di sempurnakan oleh NYD PIBG dan AJK PIBG, En Ajini yang buat pertama kalinya menyediakan kain selempang kaler oren bagi murid cemerlang 5A. Thanks ye En Ajini...membuat satu pembaharuan.

Ini ialah barisan 30 orang murid SK Sri Skudai yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Mereka menyebabkan Tuan Guru Besar tidak dapat hadir pada majlis hari itu kerana terpaksa menghadirkan diri ke Majlis Menerima Anugerah Bagi Sekolah Cemerlang Daerah Johor Bahru.
  Tahniah cikgu ucapkan pada yang berjaya dan bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, cikgu harap jangan la berputus asa.Dari jauh cikgu lihat ada murid yang mendapat 4A sangat sugul wajahnya.. Iyala...hanya 1A tidak dapat ......

Tahniah juga buat penyelaras tahun 6 dan semua guru tahun 6 yang bertungkus lumus untuk mendapatkan peratus 94 bagi UPSR 2012. Tiada sorang murid yang mendapat gred E dan hanya seorang murid gagal bagi setiap subjek kecuali English 7 orang.

 Kegembiraan ibubapa terserlah hari itu....Tahniah ye...Debaran menanti keputusan sudah berlalu dan kini hanya masa untuk memenuhi janji untuk anak-anak yang berjaya ini....Hari ini aku lihat terlalu ramai yang tersenyum lebar....aku pun kerana ini adalah keputusan yang terbaik sepanjang aku berada di sekolah ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget