Pages

Sunday, November 25, 2012

Kejayaan Cemerlang Bersama UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya kata Prof. Datuk Hj. Shahnon Ahmad. Keputusan UPSR 2012 sudah diumumkan...macam biasa ada yang senyum gembira, ada yang menangis duka, ada yang tidak punya apa-apa rasa.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan UPSR di sempurnakan oleh NYD PIBG dan AJK PIBG, En Ajini yang buat pertama kalinya menyediakan kain selempang kaler oren bagi murid cemerlang 5A. Thanks ye En Ajini...membuat satu pembaharuan.

Ini ialah barisan 30 orang murid SK Sri Skudai yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Mereka menyebabkan Tuan Guru Besar tidak dapat hadir pada majlis hari itu kerana terpaksa menghadirkan diri ke Majlis Menerima Anugerah Bagi Sekolah Cemerlang Daerah Johor Bahru.
  Tahniah cikgu ucapkan pada yang berjaya dan bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, cikgu harap jangan la berputus asa.Dari jauh cikgu lihat ada murid yang mendapat 4A sangat sugul wajahnya.. Iyala...hanya 1A tidak dapat ......

Tahniah juga buat penyelaras tahun 6 dan semua guru tahun 6 yang bertungkus lumus untuk mendapatkan peratus 94 bagi UPSR 2012. Tiada sorang murid yang mendapat gred E dan hanya seorang murid gagal bagi setiap subjek kecuali English 7 orang.

 Kegembiraan ibubapa terserlah hari itu....Tahniah ye...Debaran menanti keputusan sudah berlalu dan kini hanya masa untuk memenuhi janji untuk anak-anak yang berjaya ini....Hari ini aku lihat terlalu ramai yang tersenyum lebar....aku pun kerana ini adalah keputusan yang terbaik sepanjang aku berada di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails