Pages

Tuesday, July 27, 2010

WARNA OH.....WARNA

SALAM SAYANG TEMAN.....HARAP SEMUA DALAM MOOD YG BAIK HARI INI...INGAT YE..KITA SEMUA BERHAK UNTUK BERASA GEMBIRA..
rainbow Pictures, Images and Photos

Warna....semua orang ada pilihan warna masing-masing.Kadang-kadang kita ketawa apabila kita lihat orang mengecat rumah mereka dengan warna ungu gelap dicampur orange. Tapi itu la kuasa warna yang boleh menawan hati setiap manusia. Pilihan warna saya ialah BIRU...dari kecil sya suka warna biru. Sya pasti ramai yang mempunyai pilihan warna sama seperti sya. Semua barang-barang sya, terutama baju mesti nak warna biru....Secara kebetulan rumah sukan sekolah pun sejak dari dulu asyik rumah sukan biru..Sya suka tgk laut...berjam-jam sya boleh duduk di tepi laut TELUK CEMPEDAK melihat cantik & birunya air laut.



Kanak-kanak pula kalau dilihat akan menyukai warna merah...dalam banyak-banyak Power Rangers merah la menjadi pilihan. Bagi yang sudah berkeluarga...bagaimana nak menetapkan warna tema pakaian hari raya, warna dekorasi rumah....warna kereta....kalau sepakat memanglah berkat tetapi bagaimana pula kalau ahli keluarga yang mempunyai pilihan warna yang rencam....mungkin agak bermasalah...Bagi pasangan romantis yang akan merancang majlis...pilihan warna juga menjadi keutamaan...Bagi golongan perempuan...warna sgt penting...warna baju harus disuaipadan dengan warna tudung....warna kasut...warna handbag...Issh......rumit juga. Kalau hendak kata pemilihan warna boleh diabaikan...ada ke orang yg hendak memakai pakaian campur-campur warnanya seperti warna ice cream Paddle Pop.

ice cream Pictures, Images and Photos


Namun ada yang mempunyai cara yang bijak menangani keputusan memilih warna.. Itu la kuasa warna dalam kehidupan kita.

Bagaimana pula warna menurut Islam... perkataan Laun dalam bahasa arab membawa maksud warna dan perkataan Alwaan membawa erti warna-warna.Perkataan Alwaan disebut 7 kali iaitu pada Surah an-Nahl ayat 13 dan ayat 69. Surah ar-Rum ayat 22, Surah Fatir ayat 27 (2 kali) dan ayat 28 dan Surah az-Zumar ayat 21.
Fakta menarik mengenai warna yang ingin sya kongsi bersama ialah mengenai INVENTORI PERSONALITI WARNA (Colour Personality Inventory) IPW oleh Sidek Mohd Noah (2004). Ini adalah satu inventori yang mengandungi 100 item dan mempunyai format jawapan “Ya atau Tidak”. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatan nya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala emas, hijau, biru dan jingga.
Wah!!!...setelah sya mengambil ujian tersebut ternyata saya tergolong dalam individu JINGGA.
Yummy Oranges Pictures, Images and Photos

Apa tafsirannya orang JINGGA ini....:-
1. Tidak suka peraturan ...(/)
2. Adventures (/)
3. Spontan (/)
4.Gopoh tetapi bersemangat (/)
5. Berani (/)
6. Suka pertandingan (/)
7. Suka aktiviti bahaya & seronok (/)
8. Berkemahiran (/)


Ohhhh......semua ciri-ciri ini ada pada diri saya....Ok...sya terpaksa lupakan BIRU dan beralih ke JINGGA......Bagi teman-teman yang belum mencuba ujian ini...cubalah untuk mengetahui warna diri kita...

Salam sayang.
Imanmysara


SHARING IS CARING

Salam sayang semua......harap kalian sihat & gembira hari ini...

sharing is caring Pictures, Images and Photos


Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi memberi komen, cadangan & idea. Keprihatinan kamu amat saya hargai...banyak komen-komen yg saya terima melalui akaun facebook saya.

Sharing ! Pictures, Images and Photos


Idea-idea teman-teman amat saya harapkan bagi membantu saya memantapkan pengisian blog ini. Jadi untuk membantu saya mendapat maklum balas segera...teman-teman boleh la menggunakan 'Shout Box' (berada di sebelah kanan). Taipkan nama ------------ tulis lah message --------------dan tekan send. InsyaAllah saya akan tahu bahawa kalian bersama saya di blog ini... Kehadiran kalian memberi inspirasi kepada saya membantu insan yang memerlukan bantuan....

imanmysara

Monday, July 26, 2010

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN UPPM 3 & PKBS

Salam sayang semua..... Ia dtg lagi...bagi yang sudah bersedia...tahniah dan bagi yang masih belum..usaha lah...masih belum terlambat...Semoga dapat menjalani peperiksaan ini dengan hati yang tenang dan dengan azam yang kuat untuk mendapat gred yang baik...

good luck Pictures, Images and Photos
Ingin berkongsi beberapa tips untuk peperiksaan yang mendatang....
a) Sila semak jadual peperiksaan
Semaklah jadual yang telah diberi supaya dapat menyusun waktu untuk mengulangkaji pelajaran.. (ingatan untuk yg selalu membuat persiapan akhir). Latih tubi mestilah berterusan...bagi yang membuat persiapan awal...tipsnya mulakan ulangkaji subjek yang akhir sekali dalam jadual dan bila hampir hari peperiksaan , kamu akan ulang kaji subjek pada hari pertama...yang pasti tiada subjek yang tertinggal...
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Bila tiba hari peperiksaan, kamu perlu banyak membuat latihan dan ulangkaji menggunakan buku-buku atau set soalan yang ada di pasaran. Kamu lakukan ini untuk mengingati pelajaran lalu dan untuk mengelakkan lupa. Bagus...jangan berhenti...teruskan latihan dan ini akan membiasakan kamu dengan bentuk soalan sekaligus membantu mengekalkan ingatan.
3. Tentukan keutamaan
Walaupun kamu membuat persediaan di saat akhir, jangan lupa mengutamakan subjek yang masih lemah dan kemahiran yang belum kamu kuasai.
Jangan pula kamu belajar subjek yang kamu sukai sahaja tetapi ulangkaji semua. Bersikap adil pada semua guru yang mengajar kamu.
4. Banyak mengingat / menghafal dan membuat kaitan
Mengingat / menghafal adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh kamu gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Gunalah teknik yang sesuai dengan kamu, terpulang kepada kamu, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan semasa menjawab soalan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada 3 perkara yang mesti diamalkan bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
i) Sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, kamu seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu kamu mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya kamu sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang kamu minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan selepas selesai peperiksaan.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat (kismis/susu/soya/kekacang) dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, kamu perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya alat tulis khususnya beberapa batang pensel 2B, pembaris, pemadam dan penajam pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
ii) Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah lebih awal, pastikan kamu bersarapan terlebih dulu. Minumlah secawan minuman panas atau sekeping roti. Jangan bangun lewat kerana jika kamu bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat ye, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan kamu panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dan cium tangan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kamu dapat menjawab soalan dalam keadaan tenang.
Ketika mula hendak menjawab soalan peperiksaan, kamu hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.Sediakan juga air masak untuk diminum.
Apabila sedang menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh guru, jawablah soalan yang kamu fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan dilupakan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
iii) Selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, kamu tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, kamu mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh emosi
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan yang tidak kita sangka mungkin dihadapi. Oleh itu, kamu seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
good luck Pictures, Images and PhotosSering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, kamu tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Okay...itu sahaja untuk kali ini... diharap tips-tips ini dapat membantu semua dalam menghadapi peperiksaan.
Untuk semua murid SK Sri Skudai ....Good Luck.... Buat yang terbaik dan jangan sia-sia kan peluang yang ada...
Iman mysara


Sunday, July 18, 2010

HAPPY FATHER'S DAY.........

Salam sayang semua.....
Hari ini saya ingin menulis mengenai Bapa...Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa...Anda memang hebat dan sudah semestinya anda menjadi idola anak-anak anda.
Bagi saya sambutan Hari Bapa agak sederhana kerana bapa saya sudah kembali kerahmatullah. Saya pasti ramai juga sudah tiada bapa pada hari sambutan ini.Sedih....& yang pasti saya rindu sgt pada beliau. Bapa saya seorang guru...byk perkara yg telah dia ajar dan bimbing saya. Dia tidak pernah memukul saya dan kalau sya melakukan kesalahan dia akan hanya menasihati sya. Dia sgt suka memasak...kalau bulan Ramadan & Syawal dia lah yg paling sibuk dan bersemangat sekali..Rindu betul saat-saat itu terutama sekali apabila dia akan selalu meminta sya membantu dia di dapur. Walaupun dia telah tiada, segala kenangan bersamanya tidak akan pernah sya lupa. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sewaktu beliau sedang sakit. Menyuapnya makan, mengelap muntah, memicit-micit badannya.......Dan saya juga berada di sisi beliau ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sya masih ingat petang itu, kami adik beradik berkumpul di sekeliling katilnya dan sewaktu doktor ingin membuat bantuan kecemasan, sya tahu dia akan pergi meninggalkan sya. Doa saya semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Abah.....
Click to play this Smilebox collage

50 TIPS UNTUK MENJADI BAPA CEMERLANG :-
UNTUK DIKONGSI BERSAMA. SEMOGA TEMAN-TEMAN YANG BERGELAR BAPA AKAN TERUS BERUSAHA MENJADI BAPA YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK TERSAYANG
1. Bapa yang Memiliki IQ yang Cemerlang
2. Bapa yang Menjadi Suami
yang Cemerlang
3. Bapa yang Beriman
4. Bapa yang Tahu Membezakan Halal
dan Haram
5. Bapa yang Tahu Kewajipan dan Hak
sebagai Bapa
6. Bapa yang Amanah
7. Bapa yang Adil
8. Bapa yang Berilmu
9. Bapa yang Peka dan Prihatin
10. Bapa yang Mesra dan Penyayang
11. Bapa yang Menjaga Kebersihan
12. Bapa yang Tahu Ilmu Psikologi
13. Bapa yang Tidak Menjadikan Anak-anak
sebagai Mangsa
14. Bapa yang Memahami Ajaran Quran
dan Hadis
15. Bapa yang Mengelak Perbuatan
yang Ditegah oleh Agama
16. Bapa yang Tahu Perkara yang Boleh
Membatalkan Islam dan Iman
17. Bapa yang Tahu Ilmu Tajwid
18. Bapa yang Tahu Menggunakan Lidah
19. Bapa yang Tahu Menyembunyikan
Masalah
20. Bapa yang Mengelakkan Pergaduhan
di Hadapan Anak-anak
21. Bapa yang Tidak Mendera Fizikal
dan Mental Anak-anak
22. Bapa yang Suka Menasihati
dan Dinasihati
23. Bapa yang Mempunyai Mentaliti, 'Kami
Serba Kekurangan'
24. Bapa yang Sering Muhasabah Diri
25. Bapa yang Rajin Mendidik Anak-anak
26. Bapa yang Menanam Iman ke dalam
Jiwa Anak
27. Bapa yang Tidak Mendedahkan Aib
Pasangan
28. Bapa yang Mampu Menjadi Guru
di Rumah
29. Bapa yang Merendah Diri
30. Bapa yang Menepati Janji
31. Bapa yang Bijak Mengawal Emosi
32. Bapa yang Pandai Menyelesaikan Masalah
33. Bapa yang Mengambil Tahu
Masalah Anak
34. Bapa yang Menanam Sifat Hormat,
Bukan Takut kepada Anak
35. Bapa yang Tidak Suka Mengungkit
36. Bapa yang Suka Menghadiri Majlis Ilmu
37. Bapa yang Memiliki Sifat Mahmudah
38. Ibu Bapa yang Menjauhi Sifat Mazmumah
39. Bapa yang Memiliki Hobi Berfaedah
40. Bapa yang Mengelakkan Sifat Suka
Menyalahkan Anak
41. Bapa yang Sabar Dengan Kerenah Anak
42. Bapa yang Suka Membantu
43. Bapa yang Berani Mengaku Kesalahan
44. Bapa yang Rajin Membaca
45. Bapa yang Berfikiran Positif
46. Bapa yang Mempunyai Buku Catatan
47. Bapa yang Bersifat Tegas
48. Bapa yang Berlemah Lembut
49. Bapa yang Pemaaf
50. Bapa yang Mampu Menjadi Role Model
yang Baik kepada Anak


Salam sayang drp sya , semoga ilmu yg dikongsi bersama dapat membantu saya dan kalian menjadi insan yang baik dari hari ke sehari. Jangan disalahkan anak sekiranya kita diabaikan semasa tua kelak..........

Iman Mysara.

PERTANDINGAN ANUGERAH KUALITI BILIK-BILIK KHAS

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai mengadakan Pertandingan Anugerah Kualiti Bilik-Bilik Khas.Pertandingan ini bertujuan untuk memastikan semua bilik di SK Sri Skudai menepati piawaian yang ditetapkan. Di samping itu, bilik-bilik yang kondusif akan membantu ke arah murid yang lebih inovatif.

JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH
KUALITI BILIK-BILIK KHAS
Click to play this Smilebox collage


NAIB JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH KUALITI BILIK-BILIK KHAS


Click to play this Smilebox collage


TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN ANUGERAH KULAITI BILIK-BILIK KHAS

Click to play this Smilebox collage


PANEL PEMANTAU TERDIRI DARIPADA AJK PIBG dan KETUA PANEL PEMANTAU IALAH
 TN GURU BESAR

Click to play this Smilebox collage


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih atas usaha kalian bertungkus lumus menceriakan bilik masing-masing. Walaupun hadiah yang diterima tidak semahal mana, namun penghormatan dan markah yang diberikan oleh panel pemantau menunjukkan bilik-bilik ini telah menepati piawai dan amat cemerlang. Tahniah ye!!!!!!

Iman Mysara



Friday, July 2, 2010

ADAKAH KITA GURU BERKESAN?

books read library Pictures, Images and Photos


Ciri-ciri Yang Perlu Ada
Pada Seorang Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh dan sentiasa menjaga nama baik guru.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid terutama sekali murid yang lemah.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik dan inovatif.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran & pembelajaran di sekolah
.

Adakah kita sudah menepati beberapa ciri-ciri guru cemerlang di atas? Sekadar ingin berkongsi bersama agar kita dapat menjadi guru yang lebih baik dari hari ini...

Wassalam,
Imanmysara

Thursday, July 1, 2010

KAMI GURU SK SRI SKUDAI

KAMI GURU MALAYSIA...BERIKRAR & BERJANJI..........




















16 Mei...Hari Guru....ada pelbagai pengertian & makna yang dapat digambarkan pada hari ter
sebut. Tahun 2010..SK Sri Skudai bersepakat menggunakan warna merah sebagai tema...wah!!!!! merah melambangkan berani...Namun banyak la rungutan tentang pemilihan warna garang itu..Rata-rata kata tak sesuai ...tapi guru-guru di sini semua sporting...akur dengan majoriti maka bermula la episod "Kami Merah" pada hari guru.Pertandingan bowling yang menyaksikan bakat-bakat terpendam guru SKSS dan Sukaneka yang juga menunjukkan beberapa kemahiran main untuk menang guru-guru...



Sambutan hari guru di
mulakan dengan beberapa pertandingan Pra Hari Guru seperti bowling, Sukaneka, memasak, mewarna, menggubah dan persembahan kumpulan.

Pada Hari Guru...guru-guru SKSS hadir dengan wajah berseri-seri dan menggayakan pakaian tercantik. Walaupun tidak merah sepenuhnya tetapi secalit merah tetap ada pada pakaian hari itu.Murid-murid semua memuji-muji cikgu masing-masing. Lagu tema Hari Guru diny
anyikan dengan baik sekali. Diikuti pula acara penyerahan hadiah daripada murid-murid kepada guru masing-masing.Moment ini ada la saat yang mendebarkan..bayangkan sekiranya ada guru tidak menerima hadiah apa-apa pun daripada murid-murid. Mungkin dia rasa dia tidak disukai oleh muridnya tetapi saya tetap mengatakan anggap aje la itu rezeki..kalau ada guru yang dapat banyak itu rezeki orang, rezeki kita lain.Saat yang ditunggu oleh murid-murid ialah bila guru nak buat persembahan. Guru yang low profile nak menyanyi...itu la yang ditunggu. Ada cikgu nak berlakon la...Apa pun tahniah buat team tahun 2 yang berjaya menjadi johan dengan sketsa kelakar dan spontan.Ada guru yang jarang naik pentas kelihatan begitu takut dan gementar sekali.Namun atas dasar sporting...segalanya berjalan lancar.Jamuan...acara yang wajib ada...Cake besar tersedia...lauk pauk yang enak...alhamdulillah syukur kerana dikurniakan rezeki. Semasa makan guru-guru sibuk membuat post mortem aksi masing-masing semasa di pentas. Sebelum balik, acara bertukar-tukar hadiah antara guru diadakan. Ada yang berpuas hati dengan apa yang dia dapat , ada yang kurang...Apa pun Selamat Hari Guru....pada hari ini hubungan antara guru SK Sri Skudai bukan hanya
hubungan rakan sejawat tetapi lebih kepada saudara...Saya sayang kamuuu.....
~Imanmysara~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget