Pages

Sunday, July 18, 2010

HAPPY FATHER'S DAY.........

Salam sayang semua.....
Hari ini saya ingin menulis mengenai Bapa...Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa...Anda memang hebat dan sudah semestinya anda menjadi idola anak-anak anda.
Bagi saya sambutan Hari Bapa agak sederhana kerana bapa saya sudah kembali kerahmatullah. Saya pasti ramai juga sudah tiada bapa pada hari sambutan ini.Sedih....& yang pasti saya rindu sgt pada beliau. Bapa saya seorang guru...byk perkara yg telah dia ajar dan bimbing saya. Dia tidak pernah memukul saya dan kalau sya melakukan kesalahan dia akan hanya menasihati sya. Dia sgt suka memasak...kalau bulan Ramadan & Syawal dia lah yg paling sibuk dan bersemangat sekali..Rindu betul saat-saat itu terutama sekali apabila dia akan selalu meminta sya membantu dia di dapur. Walaupun dia telah tiada, segala kenangan bersamanya tidak akan pernah sya lupa. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sewaktu beliau sedang sakit. Menyuapnya makan, mengelap muntah, memicit-micit badannya.......Dan saya juga berada di sisi beliau ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sya masih ingat petang itu, kami adik beradik berkumpul di sekeliling katilnya dan sewaktu doktor ingin membuat bantuan kecemasan, sya tahu dia akan pergi meninggalkan sya. Doa saya semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Abah.....
Click to play this Smilebox collage

50 TIPS UNTUK MENJADI BAPA CEMERLANG :-
UNTUK DIKONGSI BERSAMA. SEMOGA TEMAN-TEMAN YANG BERGELAR BAPA AKAN TERUS BERUSAHA MENJADI BAPA YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK TERSAYANG
1. Bapa yang Memiliki IQ yang Cemerlang
2. Bapa yang Menjadi Suami
yang Cemerlang
3. Bapa yang Beriman
4. Bapa yang Tahu Membezakan Halal
dan Haram
5. Bapa yang Tahu Kewajipan dan Hak
sebagai Bapa
6. Bapa yang Amanah
7. Bapa yang Adil
8. Bapa yang Berilmu
9. Bapa yang Peka dan Prihatin
10. Bapa yang Mesra dan Penyayang
11. Bapa yang Menjaga Kebersihan
12. Bapa yang Tahu Ilmu Psikologi
13. Bapa yang Tidak Menjadikan Anak-anak
sebagai Mangsa
14. Bapa yang Memahami Ajaran Quran
dan Hadis
15. Bapa yang Mengelak Perbuatan
yang Ditegah oleh Agama
16. Bapa yang Tahu Perkara yang Boleh
Membatalkan Islam dan Iman
17. Bapa yang Tahu Ilmu Tajwid
18. Bapa yang Tahu Menggunakan Lidah
19. Bapa yang Tahu Menyembunyikan
Masalah
20. Bapa yang Mengelakkan Pergaduhan
di Hadapan Anak-anak
21. Bapa yang Tidak Mendera Fizikal
dan Mental Anak-anak
22. Bapa yang Suka Menasihati
dan Dinasihati
23. Bapa yang Mempunyai Mentaliti, 'Kami
Serba Kekurangan'
24. Bapa yang Sering Muhasabah Diri
25. Bapa yang Rajin Mendidik Anak-anak
26. Bapa yang Menanam Iman ke dalam
Jiwa Anak
27. Bapa yang Tidak Mendedahkan Aib
Pasangan
28. Bapa yang Mampu Menjadi Guru
di Rumah
29. Bapa yang Merendah Diri
30. Bapa yang Menepati Janji
31. Bapa yang Bijak Mengawal Emosi
32. Bapa yang Pandai Menyelesaikan Masalah
33. Bapa yang Mengambil Tahu
Masalah Anak
34. Bapa yang Menanam Sifat Hormat,
Bukan Takut kepada Anak
35. Bapa yang Tidak Suka Mengungkit
36. Bapa yang Suka Menghadiri Majlis Ilmu
37. Bapa yang Memiliki Sifat Mahmudah
38. Ibu Bapa yang Menjauhi Sifat Mazmumah
39. Bapa yang Memiliki Hobi Berfaedah
40. Bapa yang Mengelakkan Sifat Suka
Menyalahkan Anak
41. Bapa yang Sabar Dengan Kerenah Anak
42. Bapa yang Suka Membantu
43. Bapa yang Berani Mengaku Kesalahan
44. Bapa yang Rajin Membaca
45. Bapa yang Berfikiran Positif
46. Bapa yang Mempunyai Buku Catatan
47. Bapa yang Bersifat Tegas
48. Bapa yang Berlemah Lembut
49. Bapa yang Pemaaf
50. Bapa yang Mampu Menjadi Role Model
yang Baik kepada Anak


Salam sayang drp sya , semoga ilmu yg dikongsi bersama dapat membantu saya dan kalian menjadi insan yang baik dari hari ke sehari. Jangan disalahkan anak sekiranya kita diabaikan semasa tua kelak..........

Iman Mysara.

1 comment:

  1. Salam.... Bagi kawan, sambutan hari bapa ni memang baik..sempene mengenag jase yang selame ini dicurahkan kepade kite semua...Apebile kite menjadi bape barulah kite tahu perit jerihnya tugas sebagai seorang bape...Mane yang tak cukup perlu kite usehakan, mane yang terkurang perlu kite tambahkan, mane yang terlebih perlu kite timbangkan...Walau bagaimanepun kawan tak pernah menyambutnye..kerane ini adalah budaye baru bagi kawan maklumlah asal dari keluarge miskin yang tak pernah mengenal erti kemewahan..cukup sekadar boleh makan dan pakai aje..itupun sudah alhamdullillah...Bagi kawan perlaksanaan tanggungjawab itu adalah lebih penting dan amat berharge, semoge pengorbanan yang kite curahkan untuk keluarge mendapat keredaan daripade-Nya..Walau macammanepun segunug taniah dan syabasss atas usehe anda mewujudkan blog ini..Semoge sukses hendaknya.... M.Nazri

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails