Pages

Friday, July 2, 2010

ADAKAH KITA GURU BERKESAN?

books read library Pictures, Images and Photos


Ciri-ciri Yang Perlu Ada
Pada Seorang Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh dan sentiasa menjaga nama baik guru.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid terutama sekali murid yang lemah.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik dan inovatif.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran & pembelajaran di sekolah
.

Adakah kita sudah menepati beberapa ciri-ciri guru cemerlang di atas? Sekadar ingin berkongsi bersama agar kita dapat menjadi guru yang lebih baik dari hari ini...

Wassalam,
Imanmysara

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails