Pages

Monday, April 18, 2011

TUGASAN YANG BELUM SELESAI........

Salam sayang teman-teman dan anak-anak.......



Mohon maaf kerana blog tidak dapat diupdate dalam masa terdekat........
Ada tugasan yang harus diselesaikan dahulu...
Terima kasih buat yg masih tidak jemu-jemu berkunjung ke blog aku....
Buat peminat setia.....eehhceeehhh...(macam ada)......sokongan kamu sangat2 aku hargai.....
Tunggu ye....banyak idea yang nak
 dikongsi tapi masa tiada....

Saturday, April 2, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Dan Anugerah Kecemerlangan

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Reputasi kita ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita. Sikap dan peribadi kita ialah penilaian orang tentang kita. Esok semua kena pakai baju batik tau...Mesyuarat Agung PIBG..
Ramai ibu bapa tidak melepaskan peluang hadir...ada yang ingin mendengar perbahasan usul dan berkongsi idea, ada yang hadir untuk melihat anak-anak mendapat anugerah dan ada yang datang untuk menyaksikan bakat anak-anak mengadakan persembahan...

Huiiii! best tahun ini ada pemilihan/lantikan AJK baru. Tahniah kepada YDP PIBG baru SK Sri Skudai. PM Dr Yahaya B Md Sam, semoga dapat mencurahkan ilmu kepada sekolah kita dan juga NYDP PIBG SK Sri Skudai En Nordin B Japeri.....khidmat tenaga dalam pembangunan sekolah amat diperlukan.So aku yang sudah 2 tahun menjadi AJK dapat jua bersara....hahahaha...seronoknya...tak putus-putus aku mengusik kawan-kawan yang belum dilantik. Senyum lebar aku hari itu...Majlis berjalan lancar, mesyuarat diisi dengan pembentangan laporan tahunan, kewangan.

Idea-idea bernas untuk kecemerlangan juga dikongsi bersama. Masa penyampaian cenderahati untuk AJK lama....sebaik nama aku dilaungkan...dengan penuh yakin aku naik pentas dan hati aku berbisik....yahuu!!!...sambil tersenyum guru besar berbisik....tahun ini awak jadi AJK lagi tahu...kaunselor kena ada dalam AJK PIBG...Oh...ye ke...muka manis bertukar masammmm..........dan teman yang aku usik tadi mukanya bukan main manissss lagi......
; (


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget