Pages

Sunday, November 25, 2012

Program Hati ke Hati - Selamat Bertugas Pada Aku

Assalamualaikum dan salam sayang anak- anak dan teman-teman. Program Jati Diri ~Hati ke Hati peringkat Negeri Johor diadakan di Tiram Indah Village... 3 hari tu.. Nama aku tersenarai sebagai salah seorang urusetia. Happynya.....boleh la beralih angin keluar dari sekolah....Errkkk...tak lah...gurau je...Cikgu-cikgu tahun enam ke USS Singapore, aku akan ke kem ini....Tapi kan bila melihat senarai nama AJK yang terlibat, aku dah tak sabar nak pergi. Ni lubuk ilmu....ramai kaunselor yang hebat-hebat dan penuh ilmu didada....Dapat le aku share untuk meningkatkan diri.


Awal pagi  tiba di kem dan terus membantu dalam kerja-kerja urusetia....pendaftaran peserta, fasilitator dan urusan borang dan fail-fail peserta. Bekerja sambil bergurau dan berbual-bual mengenai masalah manusia membuatkan aktiviti hari itu amat seronok. Ditambah pula dengan kehadiran En Shamsul dan En Husnizar bagi memantau dan membantu anak buah melaksanakan tugas.
Objektif pelaksanaan program ini
adalah untuk :-

1. Membantu murid memperoleh kesedaran mengenai sikap dan tingkah laku.                          2.Memupuk nilai asertif dalam diri murid.                  3.Membina dan mengukuhkan nilai kerohanian dalam diri. 

 4. Membimbing murid agar lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri.    5.Membina keyakinan dalam diri murid. Aku doakan agar semua peserta dapat manfaat daripada program ini.
 
Sepanjang aku berada dikem ini, hati aku sangat teruja dan lega. Dapat melibatkan diri dalam aktiviti bersama murid-murid ini membuat aku lebih faham erti apa itu kemanusiaan......
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails