Pages

Saturday, July 2, 2011

Saya Memang Berbakat....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman...............Great things are accomplished by talented people who believe they will accomplish them - Warren G. Bennis.
 Bakat tidak sama dengan kecerdasan. Bakat lebih ke arah pada keterampilan yang ditunjukkan oleh anak. Dengan kata lain, bakat boleh dilihat oleh orang lain.



Di sekolah aku, ramai sungguh murid-murid yang berbakat....yang telah dikenal pasti mahupun yang masih terpendam. Tahniah ...aku ucapkan kepada Fatimah Zahra yang telah berjaya menjadi johan pidato dan sekaligus melayakkan beliau mewakili daerah Johor Bahru. Kamu memang berbakat....
Bakat haruslah diasah  terus-menerus melalui latihan. Bakat tidak akan berkembang bila tak ada pemangkinnya dan mungkin akan hilang. Selain bakat, mereka harus juga mempunyai minat. Dengan adanya minat ia akan mengukuhkan bakat tersebut.
Bagaimana mengenalpasti anak-anak  yang berbakat?
Anak-anak yang berbakat  lebih cepat menguasai bidang tertentu berbanding dengan anak lain, tanpa berusaha keras. Contohnya anak yang berbakat menyanyi, akan lebih mudah mengenali not,  nadanya juga sangat bagus. Anak yang berbakat dalam bidang linguistik atau bahasa, boleh meniru atau menghafal bahasa asing lebih cepat.Begitu anak yang mempunyai bakat dalam melukis. Hasil seni mereka sangat halus. Mereka memahami warna, hasil sentuhan yang dibuat juga lebih baik dan menarik.
Anak yang mempunyai bakat selalunya mampu memotivasi diri sendiri untuk mempelajari hal-hal yang sangat disukainya. Anak yang suka  bermain piano/gitar atau berenang tidak hanya berlatih bila gurunya datang. Mereka akan berlatih piano/gitar atau berenang tanpa disuruh.
Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.


Ingin Berkongsi..
Cara Mengenali dan Mengasah Bakat Anak
1. Tanamkan Minat
Bakat dan minat selalunya tidak seiring. Ada anak berbakat yang ternyata tidak berminat dengan bakat yang dimilikinya. Bila ini terjadi,  sokongan yang lebih banyak dari kedua ibubapa amat perlu agar bakat anak dapat diasah sepenuhnya.
Sekiranya tidak mendapat sokongan dari ibubapa atau ditanamkan minatnya, bakat yang dimiliki anak tidak akan berkembang. Anak tersebut lambat untuk mengembangkan kemampuannya, terutama ketika menyedari bahwa ia mempunyai bakat dalam bidang tertentu.
 Ujian Bakat:
1. Ada beberapa cara untuk mengenalpasti bakat anak, iaitu: Melihat tingkah laku anak. Aktiviti apa yang sering dilakukannya? Anak lebih berminat pada hal-hal apa?
2. Mengikuti perkembangan anak dengan teliti.
3. Memberikan berbagai rangsangan kepada anak, misalnya dengan memberikan permainan yang pelbagai.
4. Melakukan ujian psikologi (ujian bakat) untuk melihat kelebihan dan kelemahan anak. Ujian ini  dilakukan pada anak berusia 7 tahun. Pada usia ini sudah nampak bakat serta minat anak.


Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.











 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails