Pages

Thursday, February 28, 2013

Art Therapy..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.Kenali kekurangan diri sendiri agar tidak sombong dan ketahui kelebihan diri sendiri agar tidak rendah diri.
Hari ini cikgu kaunseling nak ajak semua melukis dan mewarna...Ramai cikgu tengok masih malu-malu untuk bercakap walaupun kita sudah bersekolah masuk bulan kedua. Cikgu nampak semuanya seronok mewarna dan melukis. Sampai meniarap pun ada...Cutekan! Ada juga yang sangat kreatif mewarnakan muka kaler biru...hijau...takpe la janji kamu luah apa yang ada dalam minda kamu.
Ini ialah art therapy.Biasanya terapi ni digunakan bila ada cikgu mengadu ada murid yang sukar untuk meluahkan perasaan, tidak mahu bercakap, suka  memendam rasa dan sangat pendiam. Jadi,  art therapy ini sangat sesuai digunakan. Murid diberi kebebasan untuk melukis apa saja yang lahir dari minda.Cikgu kaunseling mulakan dengan aktiviti kaler-kaler dulu. Apabila kita nilai lukisan mereka, terhasilnya luahan emosi mereka yang kita boleh baca..




 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails