Pages

Tuesday, December 7, 2010

TAKUT LUPA...... KITA CATATLAH....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman................
"Cara yang paling pantas melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa"

Apa nak buat ni.....lupa la pulak.......
Lupa lagi....asyik lupa aje!!! Aku paling takut lupa...lupa bawa barang, lupa beli benda yang penting, lupa siapkan kerja, lupa segala-galanya...tentu ada yang sependapat dengan aku....lupa kadang kala boleh membuat kita susah. Ada muridku yang tersayang didenda kerana lupa...lupa siapkan kerjarumah, lupa bawa buku dan lupa untuk menghantar buku kerja. Bagaimana ye hendak menangani masalah lupa?
Perkara yang sering aku amalkan dari dahulu sehingga sekarang ialah catat. Aku ada satu buku catatan khas untuk menulis semua barang yang hendak dibeli, semua barang yang hendak dibawa dan semua perkara yang hendak dibuat. Setakat ini alhamdulillah...aku tidak lupa...
Kadang-kadang sewaktu membeli baju anak pun aku perlu rujuk buku catatan aku. Berapa helai perlu...baju atau seluar....jenis bajunya...aku telah rancang dan sudah pun tulis. Pernah sekali aku bershopping di sebuah mall di KL. Sedang aku merujuk buku catatan , aku disapa oleh seorang kakak...Aikkk ...dik nak beli baju anak pun kena rujuk buku? Aku hanya tersenyum...mungkin dia hairan melihat aku sibuk menandakan barang yang telah aku perolehi dengan pen. Persepsi kita berbeza, ada yang mengatakan tak perlu catat pun boleh ingat.

Musim perayaan baru-baru ini membuat aku berfikir sekali lagi tentang pentingnya mencatat. Aku hendak membeli beberapa bahan mentah untuk dimasak. Maklumlah musim perayaan, pasar sesak dengan orang. Seperti biasa aku mencatat semua 30 jenis barang yang ingin aku beli. Ok semua sudah dapat...kecuali daun ketumbar dan nenas. Aku singgah disebuah gerai untuk membeli daun ketumbar. Setelah itu aku mengeluarkan pen dan buku catatan untuk menanda bahawa semua barang sudah kuperolehi. Sedang aku membuat semakan, ada seorang pak cik tua meninjau-ninjau buku catatan aku. Nak...boleh pak cik tengok buku anak....? Kenapa pak cik? Nak tengok takut-takut ada barang yang pak cik lupa nak beli...emmm ...aku terus menghulurkan buku catatan aku. Oh....ya...nak..serai, santan dan limau nipis...pak cik belum beli. Terima kasih le nak kerana anak catat...pak cik jadi ingat...dia mengembalikan semula buku padaku. Aku tersenyum sendiri..apa yang aku catat bukan sahaja membantu aku agar tidak lupa tetapi orang lain juga.........


Kongsi Bersama Tips Mengatasi Lupa
Just Do It 
 Jika kita diberi tugasan, sebaiknya lakukan sekarang juga. Jangan tunggu sampai anda  lupa.


To Do List 
 Jika tidak boleh untuk melakukan tips pertama, tulislah dalam to do list ( saya mengamalkan tips ini). Jangan lupa membaca to do list rutin setiap hari. Jangan sampai perkara yang sudah kita tulis tidak dilakukan kerana kita lupa membacanya.


Write It Everywhere 
 Kalau  penyakit lupa anda sudah kronik sehingga lupa membaca to do list, anda harus menyediakan papan kenyataan di mana tempat anda berada. Di meja kerja ada catatan , di bilik tidur ada catatan, dinding rumah dipasang whiteboard untuk dipinkan catatan anda.


Manfaatkan teknologi di sekitar anda
Gunakan PDA atau handphone atau komputer anda untuk menulis catatan anda. Teknologi ini akan mengingatkan anda tentang perkara yang anda rancang.


Minta bantuan orang lain
Minta tolong orang lain untuk mengingatkan anda apa yang anda perlu beli atau buat.


Walau apa pun cara yang digunakan samada cara moden atau cara lama.....lakukanlah supaya kita tidak LUPA.....






 










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget