Pages

Thursday, December 2, 2010

ANGER MANAGEMENT.......SAYA MARAH!!!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
"Janganlah kita memandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"
angry Pictures, Images and Photos
Jangan marah-marah...nanti cepat tua.....
Aku terkejut tiba-tiba terdengar suara nyaring seorang perempuan memarahi anaknya di sebuah restoran makanan segera. Ayam goreng kegemaran aku yang selalunya lazat tiba-tiba rasa tidak enak. Walupun aku rasa tak sedap tapi aku hairan ayam itu tetap habis aku makan. "Kecik-kecik lagi dan menyusahkan orang"Bodoh nak .....mamp.....tuuuuuut.....tak tergamak nak menyebut perkataan itu. Anaknya aku lihat masih kecil...dalam lingkungan 5 tahun. Kedengaran lagi suara marah si ibu....###%$^&^%$##@.... maki hamun keluar daripada mulutnya. Si anak aku tengok mula menangis. Mama...mengapa dia marah? Soal anak aku...issh...jangan masuk campur hal orang.....sebenarnya aku pun nak tahu. Apalah salah besar yang dilakukan oleh anaknya sehingga perempuan cantik itu bertukar menjadi monster yang sangat ganas. Untuk memuaskan hati anak aku (alasan) aku mesti siasat....berpandu pada cerita CSI kegemaran aku, aku cuba mencari jawapan. Bangun untuk mencuci tangan memberi peluang aku lalu hampir dengan meja mereka...Aku lihat si ibu sedang sibuk mengelap handbag berjenama dengan tisu...aku tak sure original atau beli online atau Petaling Street mari...namun gaya marahnya original la kot...Anaknya tertumpahkan air terkena handbagnya. Oooooo....itu sebabnya dia marah....sambil membasuh tangan aku terfikir....dia lebih sayang anakkah atau handbagnya sehingga sanggup marah-marah dikhalayak ramai.....

Mari kita kongsi info tentang marah........
RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”
Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu
1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu :-
a-Rasa bangga diri,
b-Takjub kepada peribadi sendiri,
c-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
d-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
e-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
f-Khianat,
g-Tamak kepada harta juga pangkat,
h-Gagal mengendalikan nafsu
i-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Langkah yang boleh diambil:
1.Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.
2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat.
3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda.
4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat anda.
5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.
8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.
9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.

Jangan marah ....jom kita ketawa.....


















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget