Pages

Saturday, January 22, 2011

Aku Janji UPSR~ Ingat Jangan Mungkir.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Gantungkan azam dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu sedalam mutiara di lautan.
Kamu dah berjanji pada ibu.....jangan lupa


Kami murid-murid SKSS
Berjanji dan berikrar
Bahawa kami sentiasa
awal dan mendahului
Bersemangat
Tekun dan rajin
Cekal dan tabah
Sentiasa menghasilkan
Kerja yang cemerlang
Kejayaan dan kecemerlangan
Matlamat kami
Kami pasti mencipta sejarah
5A matlamat kami
SKSS pasti cemerlang
Kami yakin kami boleh!!

Bergema suara kamu di dewan tadi....sungguh bersemangat.Ada riak sebak di wajah ibubapa kamu....Dengan lafaznya aku janji tadi maka, kamu sudah terikat dengan satu kontrak yang perlu dipenuhi. Mulakan usaha keras untuk memenuhi setiap baris janji yang telah dibuat.
Syahdu betul melihat ibubapa memeluk
anak masing-masing
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila dipercaya dia khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Jangan mungkir janji....tak baik tau......Janji memang mudah diucapkan namun amat berat untuk kita tunaikan.





1 comment:

  1. jgn hmpakan harapan sek !! chaiyok !! year 6 students skss !!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails