Pages

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidil Fitri Daripada Seluruh Warga SK Sri Skudai




Assalamualaikum......Salam sayang anak-anak dan teman-teman.

Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut hari lebaran. Di kesempatan ini, seluruh warga SK Sri Skudai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin sekiranya ada terguris di hati sepanjang kita bersama.

Mungkin ada di antara kita rakan sejawatan, ada di antara kita rakan sekelas yang memendam rasa akibat sengketa. Kita hanya manusia biasa yang kadang kala terlalai sehingga tidak sengaja melakukan kesalahan. Hulurkan tangan tanda kemaafan.

Sudah pasti semua tidak sabar menunggu fajar 1 Syawal. Berpakaian serba baru dan bagi mereka yang bajunya tidak sempat siap....bersabarlah. Mungkin membeli pakaian siap adalah alternatif terbaik.Kuih-muih yang telah siap ditempah sejak sebelum Ramadhan lagi pasti akan disajikan buat tetamu.

Bagi murid-murid tersayang, inilah masa yang sesuai untuk saling bermaaf-maafan. Sekiranya ada kala menyakitkan hati guru,terlanjur mengata, tersilap mengejek.....di bulan yang mulia ini marilah menyusun sepuluh jari mohon kemaafan.
Akhir kata......Salam Aidil Fitri daripada seluruh warga SK Sri Skudai buat semua.....

Monday, August 22, 2011

Berdoalah....

Assalamualaikum..
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Apabila kita ingin mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Jika setelah berusaha kita masih tidak mampu mendapatkannya, kita akan meminta pertolongan daripada orang yang lebih berkuasa. 
Berdoalah.....insyaallah dimakbulkan oleh Allah SWT
Sekiranya mereka juga tidak mampu membantu untuk mencapai hajat,kita akan memohon pertolongan daripada Allah SWT,  kita akan menadah tangan sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu. Bagi yang ingin mendapat ketenangan hati semasa peperiksaan.... berdoalah... 
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Cara yang baik dan nampak lebih sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
Tata cara berdoa:-

1. Angkat tangan ke paras dada


2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3. Duduk dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdoa semasa berdiri, tegak badan betul-betul dan jangan bersandar.
4. Sepanjang berdoa, banyak memuji kebesaran Allah SWT dan disusuli dengan berselawat ke atas Nabi SAW

5. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Guna bahasa yang yang dapat difahami kerana Allah SWT maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara hambanya.
Wallahuálam......

* Artikel dirujuk daripada penulisan Ustaz Abdullah Mahmud.

Thursday, August 18, 2011

#6 Jom Pergi Bazar Ramadhan

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
Sudah masuk tiga minggu kita menunaikan ibadah puasa, diharap agar kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan yang mulia ini. Sekarang sudah pasti ramai yang sibuk membuat persiapan menyambut Syawal. Kesibukan juga dapat kita kita lihat di semua bazar ramadhan. Pasti semua juadah yang ada di situ sangat menyelerakan. Namun kita seharusnya mengawal nafsu membeli agar tidak berlaku pembaziran. Bila ditanya anak-anak kecil yang berpuasa, pasti mereka gembira bila ke bazar. Dapat beli kuih yang saya suka cikgu......air kat situ pun sedap. Lokasi bazar juga penting...kat mana jual murtabak sedap, ayam percik best dan kuih favorite kita....Bagi peniaga, masa ini adalah bulan limpahan rezeki buat mereka....keuntungan berniaga yang sangat lumayan.
JUS ASAMBOI LIMAU KASTURI (jom kita buat.....sedap ni)

5 biji limau kasturi..belah dua,buang bijinya
4 camca makan gula pasir
5 biji asam boi
Cara.
Asam boi dan gula dimasak dengan satu cawan air hingga gula larut.Kisar limau kasturi dengan kulitnya sekali sampai hancur
Campurkan bahan bahan di atas kedalam jug,masukkan ketulan ais. (tunggu azan ye....)



Ingatan untuk diri sendiri dan anak-anak, sambil menjamu mata dengan juadah yang lazat-lazat di bazar, semasa berpuasa, mata juga harus dijaga dari melihat apa yang tidak sepatutnya. Aurat kena di ambil kira....Lidah jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak apabila ada yang tidak puas di hati semasa di bazar.
Bagi aku, murtabak pasti di cari dan air asam limau yang enak juga menjadi pilihan.
Lauk -pauk, aku lebih selesa makan yang di masak sendiri. Tidak mahu berasa bersalah apabila ada anak yang terkena keracunan dek makanan yang dibeli......Ok....mama nak ke bazar...ada apa nak pesan...
1. Donut
2. Mee goreng
3. Rojak
4. Air soya....dan pesanan lagi....lagi...dan ...lagi....
Hurrrrrmmmmmm........macamana nak berjimat ni....kalau macam ni la order.... penuh la meja....

Sunday, August 14, 2011

#5 Kriiiiiiiingggggg.....Bangun Sahur.

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Trimakasih blogger....suka pic ni...
Kajian menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi berisiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan kerana lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.  Ini penting kepada anak-anak kecil yang berpuasa. Ini kerana kesan anak-anak yang tidak bersarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Sekiranya kita berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa kita.Bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berpuasa, rasa tanggungjawab menyebabkan mereka akan memastikan anak-anak bangun untuk makan sahur. Jam loceng yang sudah diset, nyaring berbunyi. Bersihkan diri, terus ke dapur untuk memasak atau memanaskan lauk. Time mengejutkan anak-anak adalah masa yang sangat mencabar. Bangun.....satu sudah ada di meja...mana pulak lagi sorang......la rupanya tertidur kat tepi toilet. Suara lembut pada awalnya dah bertukar agak garau jika masih liat nak bangun. Dah puas kejut masih tak mau bangun, kita tanya nak bangun tak.....dia geleng-geleng sambil tarik selimut.
Mama.....ngapa tak kejut saya sahur?....soalan yang selalu diterima walaupun sudah berusaha keras mengejut setiap kali sahur...mungkin ketika aku kecil pun menyusahkan ibuku semasa bangun sahur.









Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Apa saya boleh bantu cikgu......masih ada suara-suara PRS yang datang ke bilik kaunseling untuk menghulurkan bantuan. Bulan Ramadhan yang mulia bukan alasan untuk mereka memberi dalih penat.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih murid -murid agar dapat menguasai kemahiran/skill membantu supaya mereka dapat membantu rakan yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri mereka sendiri.
Selain itu, khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan sosial yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling akrab dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Mereka merupakan orang yang paling tepat untuk memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.
Objektif Kelab Pembimbing Rakan Sebaya:-
1.Melahirkan pemimpin di kalangan generasi muda
2.Mengelakkan murid-murid dari terjebak dengan perkara yang negatif
3.Melahirkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif dan kreatis
4.Membentuk masyarakat yang berwawasan
5.Membentuk diri menjadi seorang yang menjadi role model kepada pelajar pelajar lain.
Ok...PRS semua jangan lupa program 5 minit kita sepanjang bulan Ramadhan ni...

Thursday, August 4, 2011

# 4 Terima kasih Juadah Tadi

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman,kita di bulan suci penuh barakah. Ambillah peluang untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya.
Assalamualikuuuuuummm......cikgu....oww....cikgu....suara comel seorang budak kedengaran. Ditangannya ada sebuah pinggan yang bertutup kemas. Mak ....bagi kat cikgu. Alhamdulillah ....rezeki. Tidak berapa lama kemudian ada pula kawan hantar sebekas tempoyak. Wah....best!!!best!!!Timaksih ye.


tmaksih pic ni....antik...mak aku ada sejak
aku kecik lagi...hantar lauk senang sikit...tak tumpah
Tradisi bertukar-tukar juadah ni dah lama diamalkan. Aku ingat lagi masa kecil, kami adik beradik bergilir-gilir menghantar juadah kat rumah jiran. Mak kata bukan dia tak mau pergi hantar, nanti lama pulak bertanya khabar....alamat tak makan le kami berbuka. Bila dah menghantar, ada seperkara lagi kena tunggu. Pinggan pyrex mak. Ada rumah yang dapat terus pinggan, ada rumah yang nak hantar kemudian. Yang leceh bila kita kena tunggu makcik tu basuh pinggan kemudian nak letak lauk balasan. Duduk la main-main dulu depan pagar. Biasanya adik-adik lelaki aku akan terlebih rajin menghantar juadah ke rumah jiran yang ada anak dara cun. Kadangkala kalau hari Allah murahkan rezeki, 4-5 orang jiran yang memberi juadah buat berbuka puasa. Kira campur lauk emak, penuh la meja makan kat rumah. Bila azan berkumandang, tak sabar nak merasa lauk/kuih jiran sambil mulut menceritakan situasi semasa menghantar tadi.
Sekarang situasi agak berbeza sedikit, mungkin masyarakat sudah semakin sibuk. Tak sempat nak memasak. Di taman perumahan aku, masih ada jiran yang sudi menghulurkan rezeki tetapi tidak semeriah dulu. Ada dua bekas jiran kat dapur.....nanti la esok
insyaallah akan aku balas dengan juadah untuk berbuka....

Tuesday, August 2, 2011

# 3 ~Solat Tarawih

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman, bulan Ramadhan, bulan penuh barakah dan keampunan. Bulan menyucikan hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya di bulan puasa ini dan mendapat keredhaan-Nya.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat.  Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun 20 rakaat.
Jom Solat Tarawih.
Perasaan seronok betul melihat setiap keluarga berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Ada yang pergi berkereta, ada yang hanya berjalan kaki. Masjid penuh dengan jemaah.....meriah. Anak-anak cukup gembira dapat merasai pengalaman bersolat bersama ibubapa. Aku lihat ramai anak-anak kecil comel bertelekung dan bersongkok hadir ke masjid.
Terkenang saat semasa aku kecil, waktu solat tarawih adalah masa yang ditunggu. Berjalan beramai-ramai bersama-sama dengan kawan-kawan sambil bertukar cerita tentang juadah berbuka puasa.Masa tu, telekung kena betul-betul bersih.....mak aku suka taruk nila bagi warna biru-biru sikit. (kalau ada duit lebih, beli telekung baru untuk sambut Ramadhan). Satu lagi yang best ialah makan moreh. Moreh tu makan-makan ringan lepas selesai menunaikan solat tarawih. Yelah ...bulan Ramadhan kan bulan bersedekah....jadi ramailah hamba Allah yang menyumbang juadah ke masjid. Kuih donat tu jadi sedap betul.....ini mungkin sebab makan bersama-sama kawan-kawan. Kadang-kadang tu aku makan sampai tak ingat nak balik.....padahal kat rumah punya la banyak kuih.
Sekarang semua menjadi memori, aku pula bersama-sama anak-anak ke masjid bersolat tarawih. Mama, saya nak pergi amik kuih boleh....tanya anakku selepas selesai solat tarawih. Selang berapa minit dia datang semula....kuih donut dah abis la mama....takpe...kat rumahkan ada....tadi kita ada belikan. Tapi tak sama... kuih donut kat sini besttt......Aku senyum.....sama macam aku masa kecil dulu...


Monday, August 1, 2011

# 2 Adik Baru Belajar Puasa

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Bulan ramadhan sudah didepan mata. Kini kita bertemu dengan bulan suci Ramadhan ini. Siapkan hati untuk mendekatkan diri pada-Nya. Marhaban ya Ramadan…
Dari saat pengumuman mengenai tarikh berpuasa kat TV semalam (aku tak pernah miss sejak kecil sampai la sekarang), anak-anak melompat kegembiraan untuk menyambut 1 Ramadhan....kegembiraan yang sukar ditafsirkan. Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang baru belajar puasa. Aku sendiri sudah belajar puasa sejak berumur 5 tahun lagi. Mak kata siapa tak puasa tak boleh makan sama-sama dengan orang berpuasa. Hisssh....mana boleh....Aku dan adik-adik yang tidak berpuasa akan makan di atas tikar dan lauk-pauk, kuih-muih yang enak-enak akan diletak di atas meja. Itu mungkin cara mak memberi motivasi pada aku. Tahun ini anak ku yang kecil juga belajar berpuasa. Hari ini hari pertama...tak tau la sampai pukul berapa. Bila dia tengok iklan makanan kat TV....aku lihat dia begitu terliur sekali....Kasihan ....ye anak mama...takpe.....cuba puasa sikit lagi....
Baca buku cerita......harap tak ingat tentang makan...
Tips untuk melatih anak-anak kecil berpuasa....
1.Latih sedikit demi sedikit. Sekiranya hari pertama anak kita berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, esoknya kita panjangkan tempoh berpuasa sehingga 3 petang. Buatlah seterusnya sehingga anak kita berjaya puasa penuh.
2.Beri penghargaan. Sekiranya anak berhasil berpuasa penuh, berilah dia hadiah (anak-anak kecil sekarang mesti nak duit). Bila dia sudah dewasa dia akan boleh berpuasa tanpa perlu diberi upah.
3.Memberi motivasi dan kata-kata semangat. Sebaiknya sediakan aktiviti ringan untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang sementara menantikan waktu berbuka. Aku pula akan menyediakan sebanyak mungkin buku-buku cerita buat mereka.
4.Kita ajak anak-anak kecil membaca niat berpuasa bersama-sama.
5.Kita masaklah makanan kegemaran anak-anak semasa berbuka dan bersahur......ayam goreng pun suka kan. 
6.Kurangkan menonton tv..iklan makanan boleh menyebabkan iman anak-anak ini goyang.Iklan Kepci dan Mekdi...uissshhhh..
7.Anak-anak yang berpuasa jangan terlalu aktif bermain.. terutama di luar rumah. Panas tu....nanti mula la nak order air bandung.
8.Beri anak-anak makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Amalkan makanan sunnah, kurma semasa bersahur dan berbuka puasa.
9.Masa sahur, masaklah makanan seperti daging, nasi, telur dan ikan. Untuk bekalan tenaga mereka.
10.Kurangkan atau elakkan anak-anak  makan dan minum makanan yang masam, bersantan dan pedas.
Mama...lambat lagi ke berbuka....soalan kali ke 20 aku dengar setakat ini.....haiihhhhhh....sabar ye nak.....sekejap je lagi.

Patut la takde soalan kali ke 21.....dah tido rupanya...

Iklan Bulan Ramadhan
Sunat berbuka puasa dengan kurma. Aku suka kurma ini....
Jom solat tarawih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails