Pages

Monday, August 1, 2011

# 2 Adik Baru Belajar Puasa

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Bulan ramadhan sudah didepan mata. Kini kita bertemu dengan bulan suci Ramadhan ini. Siapkan hati untuk mendekatkan diri pada-Nya. Marhaban ya Ramadan…
Dari saat pengumuman mengenai tarikh berpuasa kat TV semalam (aku tak pernah miss sejak kecil sampai la sekarang), anak-anak melompat kegembiraan untuk menyambut 1 Ramadhan....kegembiraan yang sukar ditafsirkan. Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang baru belajar puasa. Aku sendiri sudah belajar puasa sejak berumur 5 tahun lagi. Mak kata siapa tak puasa tak boleh makan sama-sama dengan orang berpuasa. Hisssh....mana boleh....Aku dan adik-adik yang tidak berpuasa akan makan di atas tikar dan lauk-pauk, kuih-muih yang enak-enak akan diletak di atas meja. Itu mungkin cara mak memberi motivasi pada aku. Tahun ini anak ku yang kecil juga belajar berpuasa. Hari ini hari pertama...tak tau la sampai pukul berapa. Bila dia tengok iklan makanan kat TV....aku lihat dia begitu terliur sekali....Kasihan ....ye anak mama...takpe.....cuba puasa sikit lagi....
Baca buku cerita......harap tak ingat tentang makan...
Tips untuk melatih anak-anak kecil berpuasa....
1.Latih sedikit demi sedikit. Sekiranya hari pertama anak kita berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, esoknya kita panjangkan tempoh berpuasa sehingga 3 petang. Buatlah seterusnya sehingga anak kita berjaya puasa penuh.
2.Beri penghargaan. Sekiranya anak berhasil berpuasa penuh, berilah dia hadiah (anak-anak kecil sekarang mesti nak duit). Bila dia sudah dewasa dia akan boleh berpuasa tanpa perlu diberi upah.
3.Memberi motivasi dan kata-kata semangat. Sebaiknya sediakan aktiviti ringan untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang sementara menantikan waktu berbuka. Aku pula akan menyediakan sebanyak mungkin buku-buku cerita buat mereka.
4.Kita ajak anak-anak kecil membaca niat berpuasa bersama-sama.
5.Kita masaklah makanan kegemaran anak-anak semasa berbuka dan bersahur......ayam goreng pun suka kan. 
6.Kurangkan menonton tv..iklan makanan boleh menyebabkan iman anak-anak ini goyang.Iklan Kepci dan Mekdi...uissshhhh..
7.Anak-anak yang berpuasa jangan terlalu aktif bermain.. terutama di luar rumah. Panas tu....nanti mula la nak order air bandung.
8.Beri anak-anak makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Amalkan makanan sunnah, kurma semasa bersahur dan berbuka puasa.
9.Masa sahur, masaklah makanan seperti daging, nasi, telur dan ikan. Untuk bekalan tenaga mereka.
10.Kurangkan atau elakkan anak-anak  makan dan minum makanan yang masam, bersantan dan pedas.
Mama...lambat lagi ke berbuka....soalan kali ke 20 aku dengar setakat ini.....haiihhhhhh....sabar ye nak.....sekejap je lagi.

Patut la takde soalan kali ke 21.....dah tido rupanya...

Iklan Bulan Ramadhan
Sunat berbuka puasa dengan kurma. Aku suka kurma ini....
Jom solat tarawih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails