Pages

Tuesday, August 2, 2011

# 3 ~Solat Tarawih

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman, bulan Ramadhan, bulan penuh barakah dan keampunan. Bulan menyucikan hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya di bulan puasa ini dan mendapat keredhaan-Nya.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat.  Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun 20 rakaat.
Jom Solat Tarawih.
Perasaan seronok betul melihat setiap keluarga berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Ada yang pergi berkereta, ada yang hanya berjalan kaki. Masjid penuh dengan jemaah.....meriah. Anak-anak cukup gembira dapat merasai pengalaman bersolat bersama ibubapa. Aku lihat ramai anak-anak kecil comel bertelekung dan bersongkok hadir ke masjid.
Terkenang saat semasa aku kecil, waktu solat tarawih adalah masa yang ditunggu. Berjalan beramai-ramai bersama-sama dengan kawan-kawan sambil bertukar cerita tentang juadah berbuka puasa.Masa tu, telekung kena betul-betul bersih.....mak aku suka taruk nila bagi warna biru-biru sikit. (kalau ada duit lebih, beli telekung baru untuk sambut Ramadhan). Satu lagi yang best ialah makan moreh. Moreh tu makan-makan ringan lepas selesai menunaikan solat tarawih. Yelah ...bulan Ramadhan kan bulan bersedekah....jadi ramailah hamba Allah yang menyumbang juadah ke masjid. Kuih donat tu jadi sedap betul.....ini mungkin sebab makan bersama-sama kawan-kawan. Kadang-kadang tu aku makan sampai tak ingat nak balik.....padahal kat rumah punya la banyak kuih.
Sekarang semua menjadi memori, aku pula bersama-sama anak-anak ke masjid bersolat tarawih. Mama, saya nak pergi amik kuih boleh....tanya anakku selepas selesai solat tarawih. Selang berapa minit dia datang semula....kuih donut dah abis la mama....takpe...kat rumahkan ada....tadi kita ada belikan. Tapi tak sama... kuih donut kat sini besttt......Aku senyum.....sama macam aku masa kecil dulu...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails