Pages

Sunday, August 14, 2011

#5 Kriiiiiiiingggggg.....Bangun Sahur.

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Trimakasih blogger....suka pic ni...
Kajian menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi berisiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan kerana lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.  Ini penting kepada anak-anak kecil yang berpuasa. Ini kerana kesan anak-anak yang tidak bersarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Sekiranya kita berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa kita.Bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berpuasa, rasa tanggungjawab menyebabkan mereka akan memastikan anak-anak bangun untuk makan sahur. Jam loceng yang sudah diset, nyaring berbunyi. Bersihkan diri, terus ke dapur untuk memasak atau memanaskan lauk. Time mengejutkan anak-anak adalah masa yang sangat mencabar. Bangun.....satu sudah ada di meja...mana pulak lagi sorang......la rupanya tertidur kat tepi toilet. Suara lembut pada awalnya dah bertukar agak garau jika masih liat nak bangun. Dah puas kejut masih tak mau bangun, kita tanya nak bangun tak.....dia geleng-geleng sambil tarik selimut.
Mama.....ngapa tak kejut saya sahur?....soalan yang selalu diterima walaupun sudah berusaha keras mengejut setiap kali sahur...mungkin ketika aku kecil pun menyusahkan ibuku semasa bangun sahur.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails