Pages

Monday, August 22, 2011

Berdoalah....

Assalamualaikum..
Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Apabila kita ingin mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Jika setelah berusaha kita masih tidak mampu mendapatkannya, kita akan meminta pertolongan daripada orang yang lebih berkuasa. 
Berdoalah.....insyaallah dimakbulkan oleh Allah SWT
Sekiranya mereka juga tidak mampu membantu untuk mencapai hajat,kita akan memohon pertolongan daripada Allah SWT,  kita akan menadah tangan sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu. Bagi yang ingin mendapat ketenangan hati semasa peperiksaan.... berdoalah... 
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Cara yang baik dan nampak lebih sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
Tata cara berdoa:-

1. Angkat tangan ke paras dada


2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3. Duduk dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdoa semasa berdiri, tegak badan betul-betul dan jangan bersandar.
4. Sepanjang berdoa, banyak memuji kebesaran Allah SWT dan disusuli dengan berselawat ke atas Nabi SAW

5. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Guna bahasa yang yang dapat difahami kerana Allah SWT maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara hambanya.
Wallahuálam......

* Artikel dirujuk daripada penulisan Ustaz Abdullah Mahmud.

2 comments:

  1. Semoga doaku makbul di bulan yg mulia ni...

    ReplyDelete
  2. Amiinnn.....semoga doa-doa saya juga makbul di bulan yg mulia ini...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails