Pages

Sunday, November 20, 2011

Episod Cuti Bermula....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna. Suara riuh seawal waktu subuh memberi petanda...cuti sekolah telah bermula....meja makan berubah menjadi cafe dengan deretan mug dan mini cyber cafe juga telah terbentuk....Memang betul...memang sah cuti sekolah telah start...Otak ligat memikir aktiviti apa nak buat agar tahap kehyperaktifan budak-budak yang sedang bercuti dapat diredakan....Aaaha...ok...anak-anak hari ini kita ada satu pertandingan...Pertandingan Katil Tercantik..tempoh masa 4 jam sebelum penilaian dibuat....
Katil kanak-kanak ribena- colourful...
Hehehehhe....suasana tetiba senyap......mereka bertungkus-lumus menghias katil masing-masing...Maka dapat la aku menikmati ketenangan selama 4 jam....Yahuu....boleh nonton movie dengan best sebab dapat dengar dialog hero hensem tu....

Katil kakak- cadar tegang bak pipi anak dara... :)
Mengemas cadar katil nampak aje  mudah. Bentang cadar kaler-kaler/kartun dan tarik kiri dan kanan. Namun masih ramai yang mengemas cadar tetapi senget sebelah, berkedut dan tidak rapi Tidak nampak sekemas katil di hotel atau di asrama.
JOM KONGSI CARA MENGEMAS KATIL
1.Perkara pertama kita perlu alihkan bantal-bantal/ teddy bear dari katil.
2.Lipat selimut dan simpan di tempat asalnya.
3.Bentang cadar dan masukkan di bahagian kepala katil dahulu.
Katil abang- cadar masih senget dan tidak tegang
4.Masukkan dengan ketat di kiri dan kanan kepala katil. Selitkan di bawah tilam agar ia tidak bergerak semasa ditarik kelak.
5.Tarik cadar di kaki katil dengan tegang untuk menghilangkan kedutan cadar.
6.Perhatikan ketinggian cadar dari kiri ke kanan adalah sama panjang.
Katil adik....ermmmm masih perlu dibantu...
7.Jika tak sama, tarik dan betulkan sehingga cadar adalah sama ketinggiannya  - kiri dan kanan katil serta di kaki katil.

8.Setelah berpuas hati dengan ketegangan cadar, masa untuk menegangkan bantal dan sarungnya. Pegang bahagian atas sarung bantal yang terbuka dan biar bantal jatuh ke hujung lagi satu. 9.Jangan biarkan ada ruang udara antara bantal dan sarung di hujung sana.
10.Setelah tegang, pegang pula di bahagian sisi sarung bantal dan jatuhkan bantal rapat ke hujung sarung sebelah sana.
11.Kemudian apabila bantal sudah tegang di dalam sarung, letakkan bantal dengan berhati-hati supaya tiada kedutan. Ratakan atas bantal untuk memastikan ia kelihatan tegang tanpa kedutan.
Mama dah siap....tengok katil saya.....aku hidangkan trifle buat peneguhan....
Trifle - baru tuang custard...

buah-buahan terlebih sudah......terletak buah peach banyak...
Masa makan....semua berebut nak bercerita mengenai pertandingan......suasana kembali bisiiiiiinnnngggg........hurrrmmmmm..

2 comments:

  1. best..best.. lepas ni pertandingan ape plak nk buat??? hehe...

    ReplyDelete
  2. Pertandingan toilet taraf hotel 5 bintang.... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget