Pages

Monday, April 23, 2012

Taklimat Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Jagalah diri baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana kita dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Semua kaunselor sekolah rendah dan menengah berkumpul di PPD Johor Bahru untuk mendengar taklimat mengenai merekayasa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Tn Hj Rozman B Harun, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling.

Antara yang disampaikan ialah :-
1. Mengingatkan semua kaunselor daerah Johor Bahru tentang tujuan asal tugas sebagai seorang kaunselor dan memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
2.Memuji kaunselor yang mesra tetapi terdapat juga yang terlebih mesra sehingga tidak pandai menolak kerja.
3.Memenangi jiwa murid adalah merupakan teras perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
4.Mendahului jangkaan tindakan murid.
5.Mempunyai personaliti yang disenangi oleh semua warga sekolah dan merupakan orang yang paling dipercayai.


KAUNSELOR PERLU FOKUS PADA:-
a) Pembangunan sahsiah murid
b) Peningkatan disiplin diri murid
c) Pendidikan kerjaya murid
d) Psikososial dan kesejahteraan mental
Banyak lagi la yang dikongsikan bersama.....Beliau ada juga menyentuh tentang program hot sekarang iaitu Program Guru Penyayang.Kami dapat la duduk bersama-sama bertukar cerita mengenai sekolah dan program kaunseling sambil makan nasi tomato yang enak.....

1 comment:

  1. Info bagus..cuma saya minya jenis tulisan ditukar kepada yg lebih senang dibaca..terima kasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails