Pages

Sunday, August 14, 2011

Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Assalamualaikum
Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Apa saya boleh bantu cikgu......masih ada suara-suara PRS yang datang ke bilik kaunseling untuk menghulurkan bantuan. Bulan Ramadhan yang mulia bukan alasan untuk mereka memberi dalih penat.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih murid -murid agar dapat menguasai kemahiran/skill membantu supaya mereka dapat membantu rakan yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri mereka sendiri.
Selain itu, khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan sosial yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling akrab dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Mereka merupakan orang yang paling tepat untuk memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.
Objektif Kelab Pembimbing Rakan Sebaya:-
1.Melahirkan pemimpin di kalangan generasi muda
2.Mengelakkan murid-murid dari terjebak dengan perkara yang negatif
3.Melahirkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif dan kreatis
4.Membentuk masyarakat yang berwawasan
5.Membentuk diri menjadi seorang yang menjadi role model kepada pelajar pelajar lain.
Ok...PRS semua jangan lupa program 5 minit kita sepanjang bulan Ramadhan ni...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails