Pages

Saturday, May 19, 2012

Selamat Hari Guru - Drama 2

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Marva Collins ~The good teacher makes the poor student good and the good student superior.  Hari ini semua guru berpakaian sukan....Ada sukaneka sempena Hari Guru...Khabar angin mengatakan bahawa sukaneka kali ini amat kejam....
Ahli pasukan perlu ada kain batik/pelikat untuk menyertai sukaneka
Sukaneka diadakan agak lewat pagi kerana hujan...Pasukan tetap sama....cikgu kaunseling bersama dengan guru tahun 5. Mengikut penyelaras sukaneka...Cikgu Zaidi Jasuli....nama sukaneka bukan main lagi...ada Ombak Rindu/CukupCukup Sudah/ Zapin/ Pergi Tak Kembali...

Aku tengok cikgu-cikgu cukup seronok mengambil bahagian....kalau stress dan tension boleh dilihat...agaknya aku boleh nampak semuanya keluar melalui kepala cikgu-cikgu nihh...Happy betul!

Permainan Seia Sekata paling tensen kerana kasut besar group aku jenama Nike tu.....tak bergerak dan tak laju langsung....Ye le Nike tiruan...kumpulan Kak Ainum pun mengalami nasib yang sama bila pakai kasut tu...Aku siap jatuh lagi.....

Rumusannya......memang happening le sukaneka tadi....cikgu semua sporting....At least....dapat juga cikgu-cikgu meredakan penat sekejap setelah sibuk memerah tenaga untuk sekolah...Tahniah le ye Encik Zed Zaidi....awesome!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails