Pages

Thursday, July 14, 2011

Imuniti Anak Guru...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......kenapa agaknya nenek-nenek...datuk-datuk zaman dahulu cakap sayangkan anak-anak tangan-tangankan.....sekarang baru aku tahu....Aku anak cikgu...mak aku cikgu....ayahku juga cikgu.....maka agaknya jadi le aku cikgu juga. Maka anak-anak aku sekarang adalah anak cikgu.(Aduss....berapa banyak cikgu niihh...hehehe). 
Sayangkan anak tangan-tangankan.....setuju???
Ramai antara kita kaum guru yang anaknya bersekolah di sekolah yang sama. Ye la...senangkan...jalan sehala. Tapi pernah tak teman-teman perasan layanan kita terhadap anak sendiri sewaktu di sekolah. Realitinya layanan sesetengah dari kita sangat ketara tidak adil. Banyak rungutan yang kita dengar dari kaum ibubapa yang bukan profesion guru....anak cikgu boleh pulak datang lambat??? getus seorang bapa. Parenting antara kita tidak sama, maklumlah kita dibesarkan dalam ruang yang berbeza. Ada yang tidak beri muka langsung pada anak-anak. Maksudnya tiada hak keistimewaan pada kamu walaupun kamu anak guru. Kalau murid lain kena denda, kamu anak guru kena juga. Nawaitu supaya anak membesar dalam keadaan normal semasa alam persekolahan... tahu bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan dan tidak sentiasa berada di zon selesa. Tahniah pada rakan-rakan guru yang berfikiran rasional bila anak mereka didenda oleh guru disiplin/guru mata pelajaran dan lain-lain. Walaupun hati kecil seorang ibu@guru agak tersentuh...tapi tetap pasrah bila melihat anak kecil lain yang ibu mereka hanya bekerja menjaja kuih sarapan pagi turut didenda. Bagi yang hatinya kurang puas hati, sebelum bermasam muka dengan rakan sejawat kerana mendenda anak....ingat semasa kita mendenda seorang anak yang ibubapanya bukan guru........
Satu hari cikgu kaunseling meminjam rotan.... dalam keadaan marah dia mengheret anaknya masuk toilet murid....rakan sejawat sudah tegur....cikgu kaunseling tak boleh bawa rotan....sekarang saya seorang cikgu disiplin bukan lagi cikgu kaunseling. Setelah menasihati dan menerangkan apa sebab dia perlu dirotan, aku pun menjalankan tanggungjawab ke atas anakku dengan nawaitu dia tidak mengulangi lagi. 
Isu parenting sangat sensitif....oleh itu mummy daddy... tepuk dada tanya selera....besar nanti anak nak berpersonaliti bagaimana???Kita akan sentiasa bersama merekakah untuk membela nasib....
 Wallahu a’lam



3 comments:

  1. Kagum dengan seorang yang tetap tenang apabila anaknya didenda berkali-kali...jawabnya bila ditanya mungkin ALLAH sedang menguji saya.....

    ReplyDelete
  2. Zaman saya sekolah dulu, kalau saya report kat mak ayah yg cikgu rotan saya..... satu line kat bontot bekas dirotan cikgu tadi akan bertambah dua tiga line lagi... hehehe... jangan harap mak ayah nak defend

    ReplyDelete
  3. Salam bapak budak....sya dulu mak tak benarkan sekolah sama sb dia nak sya berdikari dan mengalami sendiri apa yg murid lain alami....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails