Pages

Tuesday, March 1, 2011

9 Tonggak ~Motivasi Kepimpinan Pengawas/Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Cara terbaik untuk menghukum orang yang telah melakukan kejahatan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Guru kaunseling ada tugas menanti kamu....siapkan kertas kerja, pilih tarikh sesuai dan pengisian yang mantap.
Baik boss !!
Motivasi Kepimpinan Pengawas/ Ketua kelas dan Penolongnya adalah program rutin diadakan bagi memantapkan barisan pemimpin kecil ini. Pengisian slot ceramah oleh Tn Guru Besar, slot Guru kaunseling sure le ada...dan bengkel bersama fasilitator.


9 Tonggak Pemimpin
1. Bakat semulajadi dipupuk dan dikembangkan- kamu memang berbakat sebab itu le kamu dipilih jadi pengawas.
2. Sedar tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri dan orang yang dipimpin- ingat dan tahu tugas kamu...apa agaknya yang perlu saya buat semasa bertugas hari ini?
En Zaidi...Guru Disiplin
3. Sedia berkhidmat - selalu lah tolong cikgu terutama guru disiplin...tolong cikgu kaunseling pun ok... suka2

Ice breaking.....Panda Dance
4. Bijaksana- amat subjektif...bijak semasa berdepan dengan masalah semasa bertugas
5. Mempunyai keyakinan diri dalam ucapan, fikiran dan tindakan- Ramai pengawas yang boleh bercakap semasa perhimpunan, membuat persembahan pentas dan berani mengambil tindakan pada murid-murid nakal...

Pn Rose, Guru Pengawas ....
6. Berdisiplin, diteladani dan menjadi role model- cikgu saya nak jadi macam pengawas tu la...cerdik, cantik, uniform kemas dan pandai bercakap...adik-adik kecil kagum tau tengok kamu.
7. Sihat jasmani dan rohani. Emosi stabil, tenang dan sabar dan berupaya membuat keputusan - sabar semasa kena panas masa bertugas, jangan marah bila masa makan kamu pendek.
8. Gigih berusaha, kreatif dan inovatif dan berwawasan-ramai pengawas yang kreatif dan ada idea yang bagus bila berbincang dengan cikgu.
9. Kualiti peribadi. Jujur, amanah, dipercayai dan berterus terang- cikgu saya jumpa duit...banyak...jujurkan pengawas tu...
Ok..kepada semua yang berbaju maroon selamat bertugas....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails