Pages

Thursday, March 24, 2011

Jauh di Mata Namun Tetap di Hati


Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......rezeki kita ada di mana-mana dan ia datang tanpa kita duga. Bila tepat pada masanya kita akan memperolehinya. Apa yang harus dilakukan dan yang penting ialah usaha dan tawakkal. Salam perpisahan diucapkan kepada dua orang guru SK Sri Skudai kerana terpaksa bertukar keluar kerana lebihan guru. Amat sedih sekali buat yang empunya diri , murid-murid dan teman rapat mereka. Walaupun telah dimaklumkan bahawa sekolah mempunyai lebihan guru Sains dan English, namun sedikit sebanyak mereka berasa sedih kerana sudah membuat pelbagai perancangan untuk sekolah....Mungkin orang tak suka kat kita sebab tu kena pindah keluar. Bukan...jangan la ada tanggapan begitu. Jangan sedih wahai teman ku....kami semua berdoa agar rezeki yang lebih baik menunggu kalian di tempat baru....Kami sentiasa ingat saat-saat manis bersama dan sentiasa rindu akan kalian....Selamat bertugas ditempat baru dan aku percaya kita masih boleh selalu bertemu...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget