Pages

Wednesday, August 18, 2010

~ DIA TETAP DI SISI~

Salam sayang teman-teman & anak-anak....Kehidupan akan lebih bererti sekiranya kita tahu menghargai apa yang kita punyai. Semoga sentiasa bersemangat untuk menjadi yang terbaik.
Entry kali ini saya ingin sentuh tentang orang yang rapat dalam hidup kita selain keluarga.

S A H A B A T



Suasana di ruangan ini tidak menyenangkan. Amat menakutkan dan membuat hati berasa amat risau. Mata aku tepat memandang ke arah tubuh kurus anakku. Amat tidak bermaya dan pucat. Dianogsis doktor telah membuatkan hati aku amat bimbang dan sedih. Bila melihat di kiri dan kanan, pesakit kanak-kanak yang hanya terbaring lesu....kepala yang botak dan tubuh kurus dililit berbagai jenis wayar membuat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Berminggu-minggu aku duduk menemani anakku....berminggu juga aku murung. Pada satu petang...ya aku ingat lagi...selesai solat asar, aku dikunjungi oleh seorang teman....hadirnya dia untuk melawat anakku yang sakit. Sehingga kini aku masih ingat kata-katanya....kata-kata yang menyebabkan murung aku berlalu. Katanya....sabar ye...Allah ingin menguji dan banyakkan berdoa....walaupun sakit belum tentu dia yang pergi dulu....kadang-kadang yang sihat yang lebih dulu pergi meninggalkan kita. Senyumannya masih kekal terpahat dalam kotak mindaku. Kata-kata itu amat membantu memberi sokongan supaya aku lebih bersemangat. Dengan iringan terima kasih, temanku pulang.Tidak sampai beberapa minit, telefonku berbunyi. Suara halus bertanyakan temanku tadi. Berita yang diterima menyebabkan aku terduduk. Suami temanku ditimpa kemalangan jalanraya dan telah meninggal dunia. Aku lantas bangun dan berlari untuk mencari dan memeluk temanku.....Kali ini aku pula akan membantu memberi semangat padamu...





KENALAN


Hanya orang-orang yang kita kenal dan tahu nama dan rupa mereka tetapi tidak rapat dengan mereka. Kadang-kadang kita cuma ingat nama ayahnya sahaja tetapi namanya tidak berapa pasti.Diri dan wajah mereka tetap dapat dicam kerana otak lebih mengingat imej daripada perkataan.
Hubungan antara kenalan hanya senyum, memberi salam, bersalam-salaman , bertanya khabar dan kemudiannya segera meminta diri.
Saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak berasa rindu walaupun lama tidak bersua. Mereka bukan sebahagian dalam hidup kita. Bukan juga orang yang kita mahu duduk makan bersama dan berbual lama.


friendship Pictures, Images and Photos


KAWAN

Inilah orang yang berada bersama-sama dengan kita sewaktu di sekolah, atau universiti dan tempat kerja.Setiap hari dan sepanjang masa kita akan bertemu dengan mereka.Kita juga boleh bergurau senda dengan mereka. Kawan ialah orang yang membesar bersama kita, satu kelompok semasa di universiti dan sekumpulan semasa bekerja. Kita tidak kisah bila tidak berhubungan selepas selesai tugasan dan aktiviti bersama.Kawan juga tempat kita berbual dan bertukar-tukar fikiran. Kalau ada kelapangan,kita akan menghubungi kawan kita. Bila terpisah,jarang kita dapat berhubung lagi sekiranya tiada inisiatif untuk mencari mereka kembali .Sebagai kawan apabila bersua kembali, kita masih boleh berbual panjang.



SAHABAT
Orang ini kita kenali sejak dari dulu hingga sekarang Walaupun terpisah jauh tetapi masih menggunakan semua jenis alat komunikasi untuk berhubung. Hubungan sangat akrab. Semua perkara rasa ingin dikongsi bersama. Ketawa bersama dan menangis juga bersama. Masalah kita masalah bersama.Kesenangan kita kesenangan bersama. Apabila terpisah jauh, kita akan berusaha untuk bertemu dengan sahabat di majlis-majlis. Bila bertemu, kita tak berhenti-henti bercerita. Menghulur bantuan bila perlu, menerima kita seadanya, empati dengan musibah yang melanda, membantu menghilangkan kesedihan, meringankan beban kita dan semuanya dilakukan dengan ikhlas tanpa bayaran material.
Inilah sahabat...seperti saudara kandung sendiri.


SUDAHKAH KITA MENEMUI SAHABAT SEJATI?'
TERIMAKASIH BUAT SEMUA SAHABATKU DIMANA JUA KAMU BERADA
SUDI KONGSI CERITA SAHABAT ........

Imanmysara








5 comments:

  1. menitis air mata sy bc kisah kali ni zam..syukur kepadaNya kerana anak zam sihat sekarang..sahabat sangat penting dalam hidup kita.jg terima kasih dgn topik ini.sy mmg sgt suka dgn topik sahabat.x tau la mengapa

    ReplyDelete
  2. sy mmg ada sahabat sejati.sentiasa bersama dlm susah senang.alhamdulillah.ke mana jua pergi,akan ada yg nak jd sahabat..satu kurniaan yg berharga drp wang ringgit

    ReplyDelete
  3. Salam Ana.B...sya pun ada sahabat, kawan dan kenalan. Sya tahu mana sahabat sya bila sanggup bersama bila masa sya susah.

    ReplyDelete
  4. slm...sedeh bca,wlaupn mase tu kta lom bkenalan namun dpt rase pahit perih yg dlalui...Alhamdulilah sumenya sudah dpt dtempuhi dgn tabah...congrats buatmu....

    sahabat xpayah dcarik ia dtg sendir, btul kata zam kta bleh kenal mane sahabat, teman dan kenalan....sahabat adlah org yg sentiase dsisi bila kita susah & senang...teman ketawa & menangis...unugerah yg tiada tandingan...

    ReplyDelete
  5. iris comment yg menarik utk entri ini.Thanks. smoga sentiasa dikelilingi sahabat sejati.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails