Pages

Friday, August 13, 2010

AKU RINDU PADANYA....

Salam sayang teman-teman...harap masih mampu meneruskan tugasan harian di bulan Ramadan ini dengan senyum yang sentiasa terukir di bibir..



Aku rindu padanya....terutama pada masakannya. Air tangan seorang ibu tiada tandingannya. Walaupun hanya sepiring sambal tumis ikan bilis dan semangkuk sayur air, keenakannya tidak dapat diatasi. Carilah di bazar, gerai, restoran mahupun buffet di hotel....pasti tidak akan sama.Bagi yang bekerja dan belajar berjauhan dengan dia..pasti terasa tidak lengkapnya hidup ini.Mungkin kekangan masa, tuntutan tugas dan tanggugjawab menuntut ilmu menyebabkan kita tidak berpeluang bersama dia.Namun sekiranya ada peluang...baliklah untuk bersama dia. Dia tidak mengharapkan hadiah mahal..hanya hadirnya anak disisinya.
Teman-teman & anak-anak,
Bagi yang masih berpeluang bersama-sama dengan dia, janganlah lepaskan peluang membuat hatinya gembira. Tiada hadiah yang lebih mahal yang mampu kita beri padanya....bukan banglo mewah, kereta jenama terkini, barang kemas tetapi hanya kejayaan kita dalam menimba ilmu dunia & akhirat. Dia akan tersenyum lebar apabila anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila kita berjaya, dia juga rasa bejaya kerana telah mampu mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna. Bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan, jangan lepaskan peluang untuk membuat dia gembira. Bagi teman-teman yang masih menuntut ilmu teruskan lah. Dia pasti akan tersenyum apabila kita membawanya bersama untuk segulung ijazah. Rindu pada kerabu jantung pisang masakan mak....

INGIN BERKONGSI BERSAMA
Adab-adab dengan ibu :-

Adab-adab seorang anak tehadap ibu ialah....
1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibunya
2. hendaklah ia berdiri ketika ibunya berdiri kerana menghormatinya.
3. hendaklah ia menjunjung segala peritahnya
4. jangan ia berjalan dihadapannya
5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
6. hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaannya
8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepadanya
9. jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada ibunya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhidmatannya baginya
10. janganlah ia melihat kepadanya dengan pandangan penghinaan.
11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapannya
12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripadanya

JALAN MENUJU HIDAYAH.....IMAM GHAZALI..

Sayangi dia selagi ada.......pasti ada kenangan manis bersamanya...kongsilah dengan saya..

Imanmysara

4 comments:

  1. Nak telepon mak jap....

    ReplyDelete
  2. Mieow..call la mesti mak suka dgr suara anak dia..dah berpeluang buka puasa dngan dia blum??

    ReplyDelete
  3. sedeh tgk video ni...thanks..insaf rasenya...mieow: iris pn nk tepon mama jap lg...weekend ni InsyaAllah nk blik buke pose ngan ma & abah...sob,sob...sob..sedeh...=(

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah Irish...jgn lepaskan peluang bersama dia...sayangi lah dia dengan harapan kita pula disayangi oleh anak kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget