Pages

Friday, February 17, 2012

Mesyuarat Pengurusan Kaunselor @ PPD Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman.Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.– Issac Watts –
Hari ini semua kaunselor berkumpul di PPD untuk mendengar taklimat pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Seronok le juga aku dapat jumpa kawan-kawan maklum le bila dah jumpa dengan kawan sealiran banyak perkara yang nak dishare. Best dapat jumpa Kak Zaiton,Kak Bad, Kak Siti.....boleh le bertukar-tukar fikiran tentang program yang akan dilaksanakan di sekolah. Mendengar idea-idea baru dan program/aktiviti dripada Tn Hj Ahmad Taufik B Hamzah dan En Shamsul Hamraaz B Zaharudin. Aku jadi lebih bersemangat.....
Taklimat seterusnya oleh En Jamaludin Abd Rahman, Penolong PPD Sek Rendah. Antara yang disampaikan :-
1.Tugas-tugas kaunselor- aku sentiasa buat check list sebab itu bila aku terlibat dengan hampir keseluruhan unit di sekolah aku akur walaupun rasa agak tertekan.
2. Mengingatkan tiada waktu mengajar-
sudah dimaklumkan namun masih ada yang mengata aku macam-macam...kaunselor dah le tak mengajar...tak buat kerja...duduk saja.Walaupun tidak mengajar aku amat berharap agar orang tahu bahawa kaunselor memang banyak memegang amanah tugas.
3.Kaunselor tidak boleh menggunakan
tindakan fizikal...aku tak pernah...
4.Kenali murid-murid yang bermasalah-
pun ada dalam perhatian/catatan aku
5.Sekolah jangan hanya tumpu pada murid cemerlang, murid bermasalah juga jangan diabaikan- aku dah laksanakan program bagi akademik dan sahsiah dan keseimbangannya sudah dirujuk kepada Guru Besar....mujur beliau memahami skop tugas aku. Alhamdulillah....terima kasih cikgu...
6.Masalah yang ditimbulkan oleh kaunselor-
Syukur pada Allah aku masih dilindungi
dari melakukan perkara yang bertentangan dengan etika.
7. Kaunselor mesti le ceria- abis camna nak ceria bila ada pihak yang tak pernah nak menghargai tugasan yang dibuat. Tugasan yang berjaya sebanyak 90% tidak dilihat tetapi yang tidak berjaya 10% itu yang dihighlightkan... :(
8. Ada daya tahan yang kuat- insyaallah setakat ni apa pun rintangan.....fail hilang pada hari pemantauan nazir, dokumentasi /kertas kerja hilang aku masih boleh bertahan. Apa yang menyedihkan bila dalam 800 orang murid hanya 8 orang yang masih tegar....ada yang merumuskan kaunselor tak buat kerja...kaunselor dipersalahkan..murid-murid tidak berubah....sedangkan yang sudah berubah juga ramai.....
Mungkin ada rakan kaunselor  yang senasib dengan aku......mungkin dia tau rasa sedihnya hati bila dilabel begitu....Agak-agak kalau cikgu matematik ajar kelas lemah dan muridnya tak juga lulus-lulus......salah cikgu matematik tu ke..sudah pasti jawapan dia murid itu memang tak pandai.....dah bagi latihan tapi tak lulus gak...Aku cuma harap....kalau ada murid kelas lemah yang lambat/tidak berubah-ubah/ juga sikap dan pemikiran, kaunselor jangan pula dikata gagal dan tak buat kerja.....Itu tidak adil bagi kami......... :(

2 comments:

  1. as salam
    hmm hmm .. bukan senangkan jadi seorang kaunselor. Banyak juga dugaannya. Hati perlu tabah, tak memendam rasa dan kuat hadapi segala yang mendatang.

    Tabik ngan kaunselor kerana mereka penuh empati ..

    ReplyDelete
  2. Salam kembali Tuan....
    Terima kasih atas semangat yg diberi.....insyaallah wlpun payah...ingin sekali buat agar ia menjadi mudah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails